10 Cara Atasi Corona Blues

Apakah itu Corona Blues?

Kita kini tahu tentang COVID-19. Tetapi apakah itu Corona Blues?

Corona Blues merupakan istilah dari gabungan “Covid-19” dan “Blues (kesedihan / kemurungan)”, bermaksud kemurungan atau kelesuan yang disebabkan oleh perubahan besar dalam kehidupan seharian akibat penyebaran Covid-19.

Istilah lain yang serupa seperti “Corona Melancholy” atau “Corona Depression.”

Disertakan tujuh cara mengatasi Corona Blues.

1# Mendapatkan bantuan pakar

Kauseling. Menulis dalam diari atau kongsikan di media sosial mungkin dapat melegakan emosi tetapi adakah masalah yang diluahkan dapat diselesaikan? Mendapatkan khidmat kauseling merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah, konflik diri dan kekeliruan dengan disertakan bantuan, sokongan dan jalan penyelesaian.

Motivasi. Memberikan harapan pada diri, matlamat hidup, dan kekuatan.

Terapi minda dan tumbuh badan. Cuba senaman tiga hingga lima minit yang mudah, duduk di kerusi dengan kaki rata di atas lantai dan tangan di atas lutut. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan.

Khidmat nasihat dalam pekerjaan, cinta, agama dan perkara lain yang berkaitan.

Sertai kelab atau kempen. Sertai kelab yang diminati atau mengambil bahagian dalam kempen yang sesuai dengan keadaan diri. Melalui tindakan sedemikian, kita dapat merasakan perpaduan sosial, kemeriahan dan tidak terasing atau keseorangan.

Help others to overcome together

2# Pelajari skil baru

Bahasa baru.Belajar bahasa asing mungkin mencabar tetapi tidak mustahil. Seperti saya, cuba pelajar bahasa Korea kerana minat. Setakat ini hanya tahu asas huruf Hangul dan komunikasi terhad untuk melancong saja (ada kenalan belajar untuk faham drama tanpa tunggu sarikata) Juga mendapat kawan baru (yang belajar bahasa sama) atau kawan dari bahasa asal negara tersebut.

Pelajari bahasa baru membuka banyak peluang pekerjaan.

Dari jurutera menjadi senireka. Sampai satu tahap kita akan membuat pelbagai pekerjaan. Dahulu belajar lain, kini kerja lain. Dahulu kerja pejabat kini kerja sendiri dari rumah.

Kini pelbagai pekerjaan dan skil yang kita boleh pelajari secara online.

Dunia Internet dan teknologi digital. Zaman sekarang semuanya digital dan online. Antara topik seperti informasi internet, website, pemasaran digital, coding dan pembinaan apps.

DIY atau Do-It-Yourself merupakan terma yang sangat popular terutama di negara barat. Semuanya buat sendiri. Paling menarik yang saya pernah tonton ialah bina rumah sendiri!

Membuat secara sendiri bagus terutama dalam penjimatan kos. Bagi yang tinggal sendirian semestinya memerlukan skil DIY ini.

Seni dan kraf. Semua ada seni dalam diri. Zaman kecil, menconteng dinding atas kertas adalah aktiviti yang menyeronokkan. Seni ini meningkatan kreativiti.

Youtube amat membantu!

3# Menambah hobi

Melukis. Semua orang boleh melukis kerana cantik dan menarik itu adalah subjektif. Cuba lawati galeri. Satu lukisan berbeda pandangan.

Menulis. Menghasilkan buku sendiri. Saya yang latar belakang desainer (orang yang suka melukis sepanjang masa) tidak sangka dapat menghasilkan buku (satu buku komputer dan empat novel remaja).

Menjahit. Dari sekecil-kecil barang (stokin) sehingga sebesar-besar barang (jubah). Jika ia fabrik atau benang, ia boleh di jahit.

Memasak atau membuat kek seperti pakar. Boleh juga menghasilkan buku resepi sendiri!

Fotografi. Semua orang ada kamera di tangan. Menambah gaya dan stail tersendiri.

Hobi juga boleh menjana pendapatan

4# Muzik Muzik

Senarai (playlist) lagu-lagu kegemaran. Memori indah, boleh teringat lagu-lagu lama atau zaman kecil/remaja.

Melodi yang sedap ditelinga. Sungguh menenangkan.

Karaoke. Bakat terpendam. Boleh hilang stres dan keluar peluh.

Orkestra. Persembahan yang mewah kini online.

Muzikal. Persembahan yang penuh drama, muzik dan tarian menarik dengan prop yang wow.

Kajian ada menunjukkan bahawa muzik dapat mengubah mood dan mengatasi kemurungan.

5#Menari itu senaman

Saya bukanlah orang yang aktif bersenam tetapi saya suka menari. Tetap aktiviti keluar peluh, sihat dan menyegarkan.

Menambahbaik kesihatan mental dan emosi/mood

Mengurangkan mendapat peyakit yang berisiko tinggi.

Menguatkan tulang dan otot.

Mengawal berat badan. Saya suka makan dan diet selalu tidak berkesan pada diri. Jadi, saya menari!

Memperbaiki pola tidur

Membantu proses penuaan yang lebih baik.

Dance on your pace, Hip hop to salsa, Slow to fast, Make it fun.

6# Filem dan drama

Koleksi kegemaran. Tidak jemu menonton berulang kali. Kalau drama membuatkan kita bermata panda kerana episod yang panjang dan mahu tahu segera episod seterusnya.

Pilih jenis yang berkaitan dengan emosi ketika itu. Mood gembira, cari lagu yang mengembirakan.

Komedi membantu. Laugh is the best medicine.

TOP 10 merupakan cadangan yang bagus untuk mula atau tercari-cari yang sesuai.

Genre inspirasi , motivasi, atau kisah benar.

Good drama or movies always make feel good. Short moment but stay forever.

7# Buku menarik yang ditarik

Self-help. Peningkatan diri, menyelesaikan masalah yang berkaitan dan terapi.

How-to. Tentang DIY, survival, bisnes, bermula semula.

Quote. Kata-kata pendek, petikan atau nasihat daripada orang terkenal, buku, motivasi dan kehidupan dapat membantu walaupun sedikit.

Autobiografi. Membaca tentang kisah kehidupan seorang individu (selebriti, orang penting, terkenal, mereka yang mengubah dunia) memang menarik dan dapat juga mengenal diri sendiri.

Novel. Jenis ringan, pengembaraan, sci-fi dan fantasi. Kadang-kadang membaca dapat melupakan dunia sebenar seketika.

Write your own book

8# Virtual Travel

Saya suka melancong. Tetapi disebabkan pandemik ini, Industri pelancongan menghadapi kesukaran. Bajet travel sendiri turut memberi kesan. Jadi apa perlu buat untuk menghilangkan kegusaran ini?

Secara virtual. Menonton first pov travel yang terdapat di Youtube. Ia membuatkan kita sendiri merasa tengah melancong, berjalan dan memandu.

Youtuber Vlog. Kini terdapat ramai mereka yang membuat vlog (video blog) terutama ketika melancong. Selain kita mendapat ilmu dan informasi negara dan tempat-tempat yang mereka lawati. Terasa ikut kawan. Tidak terhad di negara asing, dapat merasa melawat kediaman atau tempat yang kita tidak terfikir mahu pergi.

Celebrity Trip. Menarik melihat pelakon, penyanyi bercuti dan berjalan-jalan. Dapat melihat kemewahan para selebriti dan hiburan mereka diwaktu biasa.

Love to do travel itinerary

9# Dekatan diri dengan alam

Alam selalu berada di sekitar kita. Kesibukkan membuatkan kita tidak melihatnya.

Berjalan seketika. Ambil masa untuk berjalan/bersiar sekitar di luar kediaman atau taman.

Mendaki. Bukit ada berdekatan atau suka aktiviti mendaki. Selain senaman dapat juga melihat keindahan hutan. Di Korea, saya melihat ia seperti aktiviti wajib. Terutama untuk melihat matahari terbit.

Berkebun. Aktiviti yang menghargai tumbuhan dan bungaan. Aktiviti yang membakar kalori dan belajar tentang menghargai, kecantikkan, abundance, dan kesyukuran.

10# Agama ada jawapan

Penulis sebagai orang Muslim. Agama yang dianuti ada jawapannya.

Bersolat. Solat merujuk kepada sembahyang, merupakan ibadah wajib dan tiang agama kepada orang Islam. Solat fardhu lima waktu sehari semalam. Solat membentuk hubungan dan dekatkan diri dengan Allah. Memantapkan rohani dalam diri, menyihatkan tumbuh badan dan jasmani

Berdoa. Doa adalah rayuan, pemintaan, keluhan, berharap kepada Allah. Menunjukkan rasa rendah diri dan mengaku kita memerlukan Allah lebih dari segala-galanya. Berdoa setiap ketika dan apa jua keadaan. Seperti berdoa meminta didatangkan rezeki. Doakan sihat minda dan tumbuh badan. Doakan diberikan kekuatan dan jalan menghadapi ujian dan cabaran.

Ceramah agama. Ceramah, kuliah agama yang selalu diadakan di surau dan masjid. Hadiri atau menonton ceramah membantu menambah ilmu agama yang kurang, mengelak melakukan perkara terlarang. Kembali ke jalan yang lurus dan betul. Sebagai nasihat dan pengingatan.

Doakan pembaca dideraskan rezeki yang melimpah ruah, sihat tumbuh badan dan dipermudahkan segala urusan.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *