10 Tip Persediaan Awal Dekorasi Menjelang Hari Raya Aidilfitri

TIP#1 KEMAS@KURANG BARANG DENGAN 3 KOTAK

Tiga kotak kosong. Untuk Simpan, derma dan buang

Kediaman yang mempunyai keluasan terhad, amat bernilai bagi setiap ruang yang ada. Sebelum kita mula menghias (berdekor-dekor). Gunakan sistem ‘3 KOTAK’ . Teknik yang digunakan untuk mengemas dan mengurangkan barang bersarang dan berdebu di dalam rumah.

KOTAK 1- SIMPAN
Kotak berlabel simpan ini adalah barangan yang kita mahu simpan dan mahu digunakan semula.

KOTAK 2- BUANG
Seperti namanya, buang barang yang tidak digunakan dan tidak terusik (sekurang-kurang 6 bulan).

KOTAK 3 – DERMA / DUIT / BARTER
Sayang untuk buang, dermakan. Berikan kepada orang yang memerlukan (bulan mulia ini berlipat ganda pahala dapat).

Barang masih berfungsi? Tukarkannya menjadi wang atau bertukar barang (barter) dengan barang orang lain.

Selesai. Kediaman kita akan menjadi luas dan fikiran pun lapang. KOTAK SIMPAN akan digunakan semula apabila kita selesai menghias rumah.

Selain kotak, boleh guna bakul, baldi atau bekas.

Kredit photo : z287marc

TIP#2 CAT ATAU WALLPAPER?

cat dinding

wallpaper

Terpulang pada citarasa kita. Sudah lama dinding warna sama? Bolehlah tukar warna cat atau memasang wallpaper.

CAT

Cat pula, sudah ada pelbagai teknik. Boleh jadi berjalur, bercorak, momento dan bertekstur seperti wallpaper.

Jika kita mempunyai perabot dan aksesori asal pelbagai warna, eloklah dinding itu berwarna putih. Melainkan perabot dan aksesori kita warna earth tone atau hitam, coklat, warna kayu yang kadang-kadang nampak dull.

Jadi dinding perlu diceriakan. Perlu seimbang antara dinding dan perabot. Kalau dinding dan perabot ‘meriah’, takut mata kita yang serabut.

Pilihan warna pula adalah subjektif. Terpulang kepada minat dan citarasa kita.

WALLPAPER

Bagi wallpaper. Konsultan kedai akan memberikan khidmat nasihat pilihan yang sesuai untuk kediaman kita. Ketika mahu pergi kedai wallpaper bawa sekali gambar kediaman. Supaya mudah konsultan bantu.

Mereka akan cadangkan untuk feature wall sahaja atau keseluruhan dinding. Kos wallpaper mahal daripada cat. Pilihan di tangan kita. (Waktu ini, kita sudah ada ‘Bajet Dekorasi’)

TIP#3 PERABOT BAHAGIAN (I)

Menyusun atur perabot

  1. Teknik ALIH
  2. Teknik TAMBAH

 

Teknik ALIH. Kedudukan perabot asal dialihkan. Contoh:
+ sebelum ini sofa 2 sitter belah kiri. Kali ini alihkan ke kanan. Selagi ia tidak menganggu laluan.
+ Contoh lain, sebelum ini meja sisi di sofa 3 sitter, kali ini alih ke single sofa. (Suasana boleh menjadi baru)

Teknik TAMBAH. Tambahkan kusyen.
+ Biasanya sofa 3 sitter terdapat dua kusyen, kali ini tambah menjadi ia cukup 4 atau 5 kusyen.
+ Sebelum ini, single sofa tiada kusyen, letakkan satu.

Sama saiz atau berbeza saiz kusyen pun boleh. Tujuan kusyen ini:
+ menutup kekerasan sofa
+ sokongan tambahan belakang badan orang yang duduk
+ akibat kelembutan sofa yang telah hilang di makan tahun (padding haus)

Selain kusyen, tambahkan sofa throw.
+ menutup kesan gorasan/koyak atau kotoran degil asal sofa
+ turut memberikan percikkan warna pada sofa.

Malaysia jarang guna sofa throw kerana cuaca kita tidak sesejuk di eropah dan mereka gemar tidur di sofa (dijadikan selimut – keep warm).

Kredit photo : KLIK sini –> www.dekorasibajet.com <–

TIP#4 PERABOT BAHAGIAN (II)

  1. Ambil gambar ruang perabot yang ingin diletakkan.
  2. Ukur ruang tersebut.
  3. Berkenan perabot , ukur saiz perabot ( untuk melihat ia muat atau tidak pada ruang). Pita pengukur mini pun boleh bawa (atau pinjam kedai).
  4. Bawa gambar ruang ke kedai dan rujuk, adakah perabot yang bakal dipilih matching dengan perabot sedia ada dan warna dinding asal kediaman?
  5. Ambil gambar perabot (minta izin).
  6.  Lawati kedai lain. Buat perbandingan harga lebih-lebih lagi tengah Raya Sale. Jangan lupa check kualitinya.
  7. Beli perabot yang perlu dahulu dan praktikal (bukan sekadar mengisi tempat kosong). Aksesori boleh dipilih/beli kemudian.

TIP#5 PERCAHAYAAN UTAMA

jenis lampu IKEA

Bagaimana dengan lampu asal kediaman kita, okey atau kekurangan cahaya lampu?

Ruang tamu yang lengkap sekurang-kurangnya atas meja sisi ada lampu meja atau di sudut ruang tamu boleh diganti dengan lampu lantai.

Ada juga kediaman yang meletakkan lampu meja di empat lokasi:

  1. TV kabinet (sebab panjang).
  2. Meja konsol (satu atau dua lampu meja).
  3. Bufet kabinet (dua lampu meja) -Ruang makan.
  4. Meja sisi katil kiri dan kanan.

Lokasi 1, 2 dan 3 jarang lampu dipasang kecuali untuk memberikan ‘feel cozy’ atau untuk meng-highlight-kan ruang tersebut. Sebab itu ia dipanggil lampu hiasan.

Tip: Cari mentol jimat elektrik.

Gambar lampu daripada IKEA

TIP#6 PERCAHAYAAN RAYA

Percahayaan raya. Lampu liplap dan pelita elektrik

Mencontohi kedai dan gerai dengan memasang lampu lip-lap, lampu pelita elektrik atau Islamic Lantern.

Boleh gantung di luar rumah atau di dalam rumah.

Kredit gambar lampu lip-lap :flickr/soundrave

TIP#7 FOKUSKAN DUA RUANG

Ruang tamu

Ruang makan

Menjelang raya dan sepanjang bulan Syawal, dua ruang ini amat penting, iaitu RUANG TAMU dan RUANG MAKAN

Fokuskan dua ruang ini untuk dihias cantik dan kemas. Melainkan kita buat ‘house tour’ bagi tetamu yang pertama kali datang (perlulah setiap bilik kemas, cara mudah tutup pintu-privasi). Dapur pula hanya sibuk untuk penyediaan makanan.

RUANG TAMU

  1. Tambahan kerusi
  2. Karpet, tikar tambahan (standby)

RUANG MAKAN
Pastikan kelengkapan makan minum seperti pinggan mangkuk dan cutlery untuk dewasa dan kanak-kanak mencukupi.

Pinggan mangkuk plastik IKEA

Ya, kanak-kanak perlu dikhaskan supaya tiada kecederaan menggunakan kelengkapan orang dewasa. (IKEA childrens tableware gambar). Tidak mengapa kalau kita sebagai tuan rumah menyediakan kelengkapan plastik. Yang penting makanan enak dan layanan ramah mesra kita.

Kredit photo ruang makan : emilysnuffer 

TIP#8 DEKO MAGIK

Alas atau upholstery. Baik pulih perabot

  • Meja makan calar
  • Terdapat contengan pada meja kopi
  • Sofa fabrik terdapat tompokan kotoran yang degil
  • Sofa kulit yang terkoyak.
  • Kerusi makan terdapat goresan

Lindungi kadar segera dengan.

+ ‘Alas’ meja makan dan meja kopi dengan kain bercorak atau polos. (Sesuaikan dengan tema kediaman) atau guna ‘table runner’.
+ Sofa ditutupi dengan ‘sofa throw’ atau selimut kecil
+ Kerusi makan ditutupi/dibaluti dengan ‘sarung kerusi’ yang menarik.

Itulah magiknya. Boleh juga dikira sebagai deko pantas. Kerana ia memberikan percikan warna dan feel yang berbeza serta-merta.

Kredit photo: buttongirl , 21954291@N02

TIP#9 AKSESORI DEKORASI

Aksesori dekorasi

  1. Lengkapkan apa yang kurang.
  2. Hiasan dinding- bingkai gambar keluarga, lukisan.
  3. Lantai – karpet di ruang tamu. Karpet ‘Welcome’ di pintu masuk.
  4. Display cabinet. Susun barang/ koleksi peribadi seperti gaya kedai/ pasar raya. Barang kecil depan dan barang besar tinggi belakang. Guna stand (jika perlu). Berjumlah ganjil.
  5. Centerpiece gubahan bunga-bungaan asli atau tiruan di atas meja kopi, meja sudut, meja makan atas meja konsol.
  6. Tambahan kusyen di sofa atau hanya tukar sarung.

Kredit photo :acultivatednest.com

TIP#10 PELENGKAP TEMA RAYA

kad raya gantung

kad raya meja sisi

Sudah nama dekorasi untuk raya, elemen-elemennya perlu ada.

Hiasan klasik raya.

  1. Kad raya (ditegakkan) di atas meja kopi, meja sisi, meja sudut, meja konsol. (Jika kad raya banyak, selerakkan sahaja di atas dulang)
  2. Sarung ketupat reben warna-warni. Centerpiece meja makan atau meja kopi yang dikelilingi bekas biskut raya. Atau gantungkan.
  3. Sampul duit raya. Stapler bersama dan gantungkan.

Boleh juga diaplikasikan di pejabat.

P/S Moga 10 tip ini dapat membantu serba sedikit persiapan awal kita ketika menjelang raya.

#####

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Salah dan silap selama H.A dalam blog ini harap dimaafkan. Berhati-hati di jalan raya dan bergembira bersama keluarga tersayang.

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *