2018 Changwon K-pop World Festival: Malaysia Preliminary

Pada 30 Jun 2018 berlangsungnya 2018 Changwon K-Pop World Festival: Malaysia Preliminary di Taylor’s Lakeside University. Pertama kali juga H.A ke sini dan pertama kali juga hadir ke  Changwon K-pop World Festival.

Changwon K-Pop Wold Festival

2011-2018 Changwon Kpop World Festival poster

Festival Kpop tahunan ini bermula pada tahun 2011. Tujuan festival ini diadakan bagi peminat Hallyu dari seluruh dunia ke Korea Selatan. Selepas melepasi pusingan kelayakan negara masing-masing, para pemenang (yang wakili negara) akan dijemput ke Korea Selatan dan mengambil bahagian di pusingan akhir yang diadakan setiap tahun di Changwon, Korea Selatan.

2018 Changwon K-pop World Festival dengan nama pendek CHANG FE

Tahun ini, menukar jenama dan nama pendek dari ‘KWF’ ke ‘CHANG FE’

Website: kpopworldfestival.kbs.co.kr

Pertandingan ini terdapat dua kategori, iaitu vokal dan tarian. Mengikut sejarah, wakil Malaysia yang telah bertanding adalah:

  • Epsilon Kueen pada tahun 2015 dengan persembahan tarian lagu VIXX (Voodoo Doll). Mendapat anugerah ‘Excellent Performance Award’.
  • FUXION pada tahun 2016  dengan persembahan tarian lagu GOT7 (Fly).
  • KINGSMAN pada tahun 2017 dengan persembahan tarian lagu UP10TION (White Night). Turut mendapat anugerah ‘Audience Favourite Award ‘.

Tahun ini terdapat 13 peserta akhir (vokal/ tarian)

  1. Angelica Paujin
  2. Kimberly Soh
  3. Nabilah
  4. Alex & Anis
  5. Chan Ho Yee
  6. Muhammad Alif Haikal
  7. Unknownz
  8. Mad.G
  9. CHROMATION
  10. 19.(G)
  11. Luminous
  12. MIX7
  13. Sixth Sense

Barisan juri jemputan bersama H.E. Dr. Toh Kyung Hwan Ambassador of the Republic of Korea

Barisan juri dari kiri ke kanan: Dayana (Epsilon), Lylia (Kueendom), Tavis (Kingsman), Bernard Kwo (ICSYV5) dan Uriah See (Astro Star Quest)

Juara Vokal

Juara vokal Angelica Paujin. Menyanyikan lagu Ailee (U & I)

1st Runner-up

1st Runner-up Anis & Alex. Mempersembahkan lagu Shin Seung Hun, I Believe (OST My Sassy Girl-2011)

Juara Tarian

Juara kumpulan Mad.G, mempersembahkan lagu BOOMERANG dan Burn It Up daripada Wanna One

1st Runner-up

Pemenang 1st Runner-up 19.(G) mempersembahkan lagu (G) I-DLE – LATATA

2nd Runner-up

Pemenang 2nd Runner-up, CHROMATION. Mempersembahkan lagu

Tahniah kepada para pemenang dan ke semua para peserta akhir. Semoga berjaya yang mewakili negara ke pusingan akhir di Changwon, Korea Selatan pada 5 Oktober 2018.

Foto kredit: Korean Embassy in Malaysia FB

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *