2018 Hansik Contest: Global Taste of Korea

2018 Hansik Contest dengan tema <Global Taste of Korea> merupakan sebuah pertandingan memasak makanan Korea (hansik) yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Korea di Malaysia, Kementerian Luar Negeri Republik Korea, Kementerian Pertanian, Hal Ehwal Makanan dan Luar Bandar Republik Korea, Korea Agro-Perikanan & Perbadanan Perdagangan Makanan, dan Institut Promosi Makanan Korea.

Tujuan acara ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai makanan, tradisi, sejarah dan budaya Korea di kalangan rakyat Malaysia dan juga untuk menggalakkan para peserta untuk berfikir luar kotak dengan cuba menggabungkan makanan Korea ke dalam selera rakyat Malaysia.

Pertandingan ini pernah diadakan pada tahun  2015 dan 2016. Tahun ini buat kali ketiga diadakan sempena K-Food Fair yang dianjurkan oleh Korea Agro-Fisheries & Food Trade Corporation pada 3-5 Ogos di pusat beli belah Sunway Pyramid.

2018 Hansik Contest Poster

 

SIAPA YANG BOLEH SERTAI?

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga peserta bukan keturunan Korea
  • Pemohon dan ibu bapanya tidak boleh mempunyai kewarganegaraan Korea (Korean adoptees are eligible)
  • Pemohon mestilah dapat berkunjung ke Korea pada bulan September dengan pasport yang sah.

 

MENU KONTEST

Makanan Korea tanpa babi (pork-free) yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.

 

HADIAH

  • Tempat Pertama: RM4,000 + Melancong ke Korea pada September (Tiket penerbangan pergi balik, penginapan dan perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh pihak pengurusan
  • Tempat Kedua: RM2,000
  • Tempat Ketiga: RM1,000

*Cenderamata akan diberikan kepada semua peserta.

 

LOKASI & MASA

  • Hari: 5 Ogos 2018
  • Masa: 4:30 – 7:30 petang
  • Lokasi: LG2, Blue Atrium, Sunway Pyramid Shopping Mall (Google Map)

 

CARA PENYERTAAN

  • Peserta perlu melengkapkan borang permohonan dengan nama mereka, gambar saiz pasport, konsep dan resipi penyertaan dan hantar ke hansikmy@gmail.com. Borang permohonan peraduan boleh dimuat turun dari website Kedutaan Korea.
  • Untuk mendapatkan mata bonus (sehingga 5 mata) ketika pertandingan, sila masukkan dalam borang penyertaan pautan foto memasak anda atau klip video memasak seperti YouTube atau Facebook yang menunjukkan resipi masakan Korea anda dalam apa jua bentuk.
  • Permohonan kemasukan akan ditutup pada hari Rabu, 25 Julai 2018 dan penyerahan lewat tidak akan dilayan.
  • Pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui e-mel setelah selesai penilaian dokumen.
  • Pemohon yang berjaya akan dijemput untuk menyertai pertandingan pada 5 Ogos 2018. Dalam hal ini, dokumen tambahan mungkin diperlukan jika perlu.

 

PERINCIAN KONTEST

  • Hanya seorang bagi satu pasukan. (16 pasukan akan dipilih)
  • Peserta harus menyediakan makanan dalam masa 45 minit dan selepas itu, setiap peserta akan membuat persembahan selama 3 minit dari segi keaslian, globalisasi, teruja dengan makanan dan budaya Korea.
  • Makanan yang disediakan oleh peserta mestilah sama seperti resipi yang mereka hantarkan dalam borang penyertaan.
  • Makanan yang dihasilkan oleh peserta haruslah 2 set hidangan yang lengkap mesti disediakan. Satu untuk paparan (display) dan satu untuk merasa.
  • Peralatan yang disediakan oleh penganjur adalah seperti berikut: 1 meja kerja, 1 induction cooker (pembakar tunggal), 1 chef apron, 1 topi chef, setiap pasukan.
  • Sila bawa kuali dan periuk yang berfungsi pada induction cooker. Anda tidak dibenarkan membawa periuk gas mudah alih anda sendiri kerana isu keselamatan.
  • Peserta harus membawa air sendiri, peralatan memasak dan bahan makanan.
  • Penganjur akan membayar balik RM200 setiap pasukan untuk kos bahan makanan.
  • Sila ambil perhatian bahawa tempat lokasi tidak dilengkapi dengan sinki dapur, para peserta perlu menyediakan bahan makanan yang telah dibasuh (pre-washed) kerana tidak ada air yang akand disediakan.

 

TENTATIF

Tentatif 2018 Hansik Contest

 

KRITERIA PENILAIAN

  • Persiapan dan citarasa yang betul: Rasa (35), Komposisi (15), Kebersihan (10), Plating (5), Tahap Kesukaran (5) –¬† 70 mata keseluruhan.
  • Penyampaian: Keaslian (10), Globalisasi (10), Keterujaan untuk Makanan & Budaya Korea (10) – 30 mata keseluruhan.
  • Mata (Bonus) tambahan sehingga 5 mata bagi mereka yang memenuhi kriteria.
  • Keputusan para hakim adalah muktamad.

 

PERTANYAAN

Silakan kirimkan sebarang pertanyaan ke hansikmy@gmail.com / 03 4251 2336 (Ext 111)

 

 

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *