2018 Hansik Contest Malaysia

Baru- baru ini berlangsungnya 2018 Hansik Contest di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur sempena K-Food Fair.

2018 Hansik Contest dengan tema ‘Global Taste of Korea’ merupakan sebuah pertandingan memasak makanan Korea (hansik) dengan menambah citarasa tempatan.

16 peserta terakhir telah dipilih, dan dibahagikan kepada dua kumpulan (8 peserta). Setiap peserta diberi masa 45 minit memasak dan kemudian 3 minit membuat presentation.

Masakan peserta dinilai dari segi persiapan dan citarasa yang betul seperti rasa, komposisi, kebersihan, tahap kesukaran. Juga penyampaian seperti keaslian, globalisasi, keterujaan dengan makanan & budaya Korea.

Hadiah

  • Tempat Pertama: RM4,000 + Melancong ke Korea pada September (Tiket penerbangan pergi balik, penginapan dan perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh pihak pengurusan
  • Tempat Kedua: RM2,000
  • Tempat Ketiga: RM1,000

*Cenderamata/hamper diberikan kepada semua peserta.

Para Peserta

Peserta-peserta 2018 Hansik Contest kumpulan pertama

 

Peserta-peserta Hansik Contest mula memasak

 

Peserta-peserta Hansik Contest kumpulan kedua

 

Barisan hakim

Dari kiri Chef Patrick Siau (Sunway University), Ivan Toh (TV hos RTM), Chef Nicholas Thang, Chef Loke Hoi Weng (UCSI University ), Mr Yoon Sun Kyu (Korean Restaurant Association Malaysia)

 

Pelajar-pelajar Diploma Culinary Arts dari UCSI University

Para pelajar Diploma Culinary Arts dari UCSI University membantu masalah teknikal para peserta dan mengagihkan makanan peserta kepada para hakim.

 

Peserta Hansik Contest diberikan masa 3 minit untuk menerangan tentang hidangan yang dihasilkan.

 

Para hakim melihat dan menilai hidangan para peserta Hansik Contest

 

Para hakim melihat ruang memasak para peserta Hansik Contest

Cabutan Bertuah & Persembahan

Cabutan bertuah Kfood Fair 2018

Lucky Draw 2018 Hansik Contest

Event diselang seli dengan cabutan bertuah. Saya teruja sampai orang pertama ambil tiket cabutan bertuah. Penghujung event, dapatlah hadiah  satu ramyun cup dan satu bungkus.

Selama tiga jam pertandingan dijalankan. Akhirnya diumumkan para pemenang.

 Pemenang 2018 Hansik Contest

Tempat Pertama

Pemenang tempat pertama Cik Tan Li Ching

Bibim Naengmyeon

 

Tempat Kedua

Pemenang tempat kedua Tuan Ng Jia Ern

Miyeok Oi Naeng-guk, Dak-Galbi with Nasi Kerabu

Tempat Ketiga

Pemenang tempat ketiga Cik Arizza Binti Zainal

Beef Asam Pedas with Kimchi

Tahniah kepada 16 peserta akhir dan para penganjur. Jumpa tahun depan di 2019 Hansik Contest.

16 peserta akhir 2018 Hansik Contest bersama para hakim dan penganjur

 

Photo credit : Korean Embassy Facebook  & personal

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *