2019 WOWKOREA : Edisi Makanan di Seoul, Pulau Jeju dan Pulau Udo

Pada 5 ~ 8 Disember 2019, saya terpilih mengikuti penutupan WOWKOREA Supporters tahun 2019 di Korea. Trip kali ini saya berpeluang ke Pulau Jeju dan Pulau Udo buat pertama kali.

Artikel ini saya kongsikan tempat-tempat makan kami semasa mengikuti program WOWKOREA ini.

AMMA

AMMA Indian Restaurant level 2 at Hongdae

Restoran India yang terletak di Hongdae. Berdekatan dengan hotel yang kami menginap iaitu Hotel The Designer Hongdae.

  • Alamat: 2F, 371-4, Seokyo-dong, Mapo-gu, Seoul, Korea
  • Waktu: 11:00 ~10:30
  • Menu: India food ( Tandoori, Tumeric rice, curry, samosa, nan, lassi)
  • Harga: 1,500KRW ~ 61,000KRW
  • Website: http://www.ammafood.co.kr/

Lokasi

Star Catering

Kami disajikan bufet makanan Korea halal oleh Star Catering setelah selesai majlis penutupan 2019 WOWKOREA Supporters.

Halal buffet

Gogaeg Sigdang

Gogaeg Sigdang entrance

Terjemahan yang berbunyi Restoran Pelanggan. Restoran yang kami singgah ketika tiba di Pulau Jeju. Terletak di Dongmun Market dengan berhampiran pintu gerbang nombor 8. Sebelah saja.

Jeju Dongmun Market gate 8
Gogaeg Sigdang menu and food

Menu yang kami makan ialah Braised Hairtail Fish ala seperti ikan masak asam pedas. Memang sedap sehinggakan saya ambil kawan sebelah punya yang kurang makan.

Gogaeg Sigdang Korean Braised Hairtail Fish set
  • Alamat: 20 Gwandeong-ro 14(sipsa)-gil, Ido 1(il)-dong, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu: 8:00 ~ 19:00 (tutup Rabu)
  • Telefon: 064-727-3002
  • Menu: Braised Hairtail fish, Braised Mackerel,
  • Harga: 8,000KRW ~ 50,000KRW
  • Website: https://wewant.tistory.com

Lokasi

Kkotgaram

Kkotgaram signage inside the restaurant

Pada hari kedua. Makan tengah hari di sini sebelum menuju ke terminal feri untuk ke Pulau Udo. Dari sini sudah kelihatan kawah Seongsan Ilchulbong. Teruja nampak salah satu tarikan ikonik Pulau Jeju ini.

Bangunan Kkotgaram
Spicy noodle

Bagi yang Muslim dan vegetarian , kami disajikan dengan Bibim Noodle. Terasa kosong kerana hanya sekadar mi pedas dengan sayuran (7,000KRW). Kerana ia sepatutnya dimakan bersama dengan hirisan daging babi.

  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, Seongsan-eup, Goseongdongseo-ro, 7-3
  • Waktu Operasi : 9:10AM ~ 8:00PM
  • Telefon:
  • Menu:
  • Harga: 1,000KRW ~ 27,000KRW
  • Website:

Lokasi

Soseom Abalone

Soseom Abalone restaurant in Udo Island

Makan malam di restoran Soseom Abalone. Rupanya restoran ini berdekatan dengan penginapan kami (Dunggeul Resort) di Pulau Udo.

Set Abalone

Alangkah menarik kalau makan di sini waktu tengah hari, sebabnya apabila melihat gambar-gambar restoran ini pada waktu siang yang dikongsikan oleh para pelanggan. Memang cantik dengan panorama hijau dan biru laut.

  • Alamat: 1158 Udohaean-gil, Udo-myeon, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 9:00AM ~ 8:00PM
  • Telefon: 064-782-0062 , 010-8660-6695
  • Menu: Abalone porridge, Abalone Seaweed Stone Rice, Abalone rice+ Abalone sashimi, Grilled abalone butter.
  • Harga: 15,000KRW ~ 30,000KRW
  • Website: https://www.instagram.com/soseomjeonbog/
  • Info/foto: https://m.place.naver.com

Lokasi

Hororak / Hololag Restaurant

Hololag Restaurant at Udo Island

Selalunya penginapan akan sediakan breakfast atau buffet. Kerana ia hanya sebuah bangunan guesthouse yang perlu masak sendiri kerana ada dapur. Kami sarapan berdekatan (hanya depan penginapan). Makan pedas waktu pagi. Seafood Noodle.

Hororak restaurant menu
Seafood ramyeon at Hololag restaurant
  • Alamat: South Korea, Jeju-do, Jeju-si, Udo-myeon, Udohaean-gil, 1132
  • Waktu Operasi: 9:00AM ~ 17:00PM
  • Menu: Fried Rice with Abalone, Seafood Noodle
  • Harga: 1,000KRW~15,000KRW
  • Website:

Lokasi

On The Stone

On The Stone Cafe

Selesai di Pulau Udo, kembali semula ke Jeju. Kami singgah ke On The Stone kafe yang terletak berdekatan terminal feri Seongsanpo Port Terminal. Bagi yang Muslim kami diberikan burger udang. Memang sedap walaupun terdapat lima udang (saya kira). Bagi yang bukan Muslim mereka makan burger daging (handmade).

Signage and small pond
Pemandangan tingkat dua On The Stone
Set burger udang
  • Alamat: 2746 Haemajihaean-ro, Seongsan-eup Seogwipo-si, Jeju-do
  • Waktu Operasi: 10:00 ~ 21:00
  • Menu: Shrimp Burger set (french fries+soda) 14,500KRW / burger only 10,800KRW
  • Website: https://www.instagram.com/onthestone_cafe/

Lokasi

Good Abalone

Good Abalone restaurant in Jeju. Kredit Google Map.

Makan malam. Kami makan seafood abalone lagi. Untuk info Jeju memang terkenal dengan abalone. Menurut maklumat internet, Good Abalone ini mempunyai beberapa cawangan. Cawangan ini terletak di Jeju Jungmun Tourist Complex.

Good Abalone restaurant in Jeju at night
Abalone Seafood Hot Pot set at Good Abalone restaurant

Menu yang dipilih untuk kami ialah Abalone Seafood Hot Pot (15,000KRW).

  • Alamat: 119 Cheonjeyeon-ro, Saekdal-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
  • Waktu Operasi: 10:00AM ~ 10:00PM
  • Menu: Abalone (porridge / hot pot / noodle / mandu / etc)
  • Harga: 9,000KRW ~ 70,000KRW
  • Website: http://www.goodjb.co.kr

Lokasi

Uahan Bomal

Uahan Bomal restaurant in Jeju

Restoran terakhir kami di Jeju. Kami makan tengah hari di Uahan Bomal yang terletak bersebelahan Pantai Gwakji. Berada di tingkat dua. Dibawahnya mempunyai kedai kafe.

Set menu utama Uahan Bomal

Restoran ini mempunyai menu utama iaitu Bomal kalguksu (noodle seaweed soup with topshell), Bomal porridge (bubur yang berkhasiat), hirisan daging babi dan tiga banchan (side dish) . Bagi yang Muslim, hanya ditiadakan hirisan daging babi.

Bomal bermaksud top shell dalam dialek Jeju.

Lokasi

Nota

Tempat makan yang ditunjukkan ini dipilih oleh pihak program WOWKOREA. Mereka memahami ada peserta yang Muslim dan vegetarian. Senarai ini merupakan pengalaman penulis yang mengikuti program WOWKOREA baru-baru ini. Penulis mensyorkan agar pembaca makan mengikut budi bicara sendiri.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *