2020 Quiz on Korea di Malaysia
Quiz on Korea yang diadakan setiap tahun kini kembali semula pada bulan ini (sepatutnya pada bulan Jun untuk pusingan pertama dan bulan Julai untuk pusingan kedua di peringkat Malaysia) disebabkan COVID-19 ia ditangguhkan.
Baca : http://hazlamanuar.com/malaysia-juara-2018-quiz-on-korea.html
Kuiz ini merupakan rancangan tv game show di Korea Selatan. Program yang dibawakan oleh Ministry of Foreign Affairs of the Republic of Korea dan kabel TV nasional KBS . Kuiz yang menguji para peserta pengetahuan umum tentang Korea. Selain bertujuan membantu menyebarkan gelombang Korea (Hallyu) di seluruh dunia.
Baca: http://hazlamanuar.com/2019-quiz-on-korea-malaysia-preliminary.html
Peringkat Malaysia
Peringkat Malaysia akan berlangsung pada 5 September 2020 (Sabtu) di Kedutaan Republik Korea (yang terletak di Ampang ) dalam dua sesi. 30 peserta setiap sesi.
- Sesi Pagi : 10:00 ~ 11:50
- Sesi Petang : 2:00 ~ 3:50
Kelayakan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Saudara-mara atau pemohon yang kini memegang atau memiliki kewarganegaraan Korea TIDAK layak untuk mengambil bahagian.
- Peserta yang pernah ke peringkat akhir di Korea tidak layak untuk sertai.
Tentang Kuiz
- Dijalankan dalam bahasa Inggeris dan Korea
- Kuiz dalam bentuk Q & A (format seperti Golden Bell Quiz in Korea)
Hadiah
Disebabkan COVID-19 , hadiah pemenang utama pergi ke Korea ditiadakan sebaliknya digantikkan dengan wang RM1000. Anugerah turut diberikan kepada pemenang pertama sehingga kelima. Para peserta turut juga diberikan hadiah saguhati.
Borang Pendaftaran: https://forms.gle/uXYVLHy6afLZrqW39
Tarikh akhir pendaftaran : 21 Ogos 2020
Website / Maklumat lanjut
Baca : http://hazlamanuar.com/2018-quiz-on-korea-malaysia-preliminary.html