3 Cara Menentukan Feature Wall

Feature wall atau mesra dipanggil sebagai dinding tumpu ini merupakan satu dinding yang berbeza dengan dinding-dinding yang lain. Feature wall dikenali juga sebagai titik fokal dalam sesebuah ruang atau bilik kita. Selain warna cat (warna gelap) untuk feature wall, kita boleh bezakannya dengan memasang wallpaper atau lukisan mural yang memenuhi dinding tersebut.

Feature wall di ruang tamu

Feature wall di ruang tamu

Ada juga kediaman yang memasang batu berlapis-lapis atau jubin dinding. Tempuk dada, tengok bajet.

3 tip bagaimana kita boleh menentukan feature wall rumah kita.

Cara #1- Dinding Pertama Yang Kita Nampak

Apabila kita memasuki rumah, dinding pertama yang kita nampak itu feature wall. Setiap ruang mempunyai empat dinding, satu dinding dijadikan feature wall dan tiga dinding yang lain dijadikan dinding biasa. Tiada masalah kalau dinding itu paling panjang.

Dinding pertama yang kita nampak

Dinding pertama yang kita nampak

Cara #2- Dinding Yang Tidak Bertingkap

Dinding yang mempunyai bukaan seperti tingkap atau pintu tidak sesuai dijadikan feature wall. Ini perlu dielakkan terutama sekali jikalau kita memasang feature wall ini  dengan kertas dinding dekorasi. Bukan sahaja kita rugi membelinya, malah corak yang terdapat pada wallpaper  tidak kelihatan kerana tingkap dan pintu sudah menganggu dan mengambil keseluruhan ruang dinding.

Pilih dinding yang kosong/polos. Rujuk gambar dibawah.

Cara menentukan dinding tumpu_ feature wall

Gambar contoh – Cara menentukan dinding tumpu / feature wall

Cara #3 – Dinding Belakang Perabot

Kebiasaannya feature wall hanya terdapat di dua tempat sahaja  iaitu di ruang tamu dan di bilik tidur.

Ruang Tamu = Dinding yang berada di belakang TV atau dinding yang berada di belakang sofa. Selalunya susun atur ruang tamu, kita akan meletak sofa paling panjang (sofa tiga tempat duduk) disandarkan pada dinding. Dinding yang terdapat sofa tiga tempat duduk itu dijadikan feature wall.

Feature wall belakang TV

Feature wall belakang TV

Feature wall di dinding belakang sofa tiga tempat duduk

Feature wall di dinding belakang sofa tiga tempat duduk

Bilik Tidur = Kepala katil.

Feature wall di kepala katil_bilik tidur

Feature wall di kepala katil

NOTA:  Tidak mengapa kalau feature wall kita berbeza daripada tiga cara ini, kerana tip yang dikongsikan ini yang biasa dilakukan pada kediaman. Ada juga rumah yang terdapat dua feature wall pada ruang tamu.

Kredit gambar : lucasfoxbcn, robleto, Chuzai Living

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

14 Comments

  1. err… nak tanya lagi satu…cube berikan idea dekorasi bajet bawah rm1K baru namanya dekorasi…kalau beli dan dekorasi nampak cam x bape oke… (cadangan je) deko untuk rumah flet dan apartment saiz kecil.. 850kps

      • Ya..saya juga berminat untuk tahu respond nya..rumah saya ,keluasan yang sama.minta pandangan dan idea kreatif anda.tqvm

  2. Ruang menonton tv dan ruang makan mempunyai satu dinding yang panjang. Sesuaikah jika kita hanya gunakan wallpaper pada dinding belakang kabinet tv sahaja, sedangkan sebahagian dari dinding di kawasan itu tiada wallpaper?
    Jika sesuai, wallpaper corak apakah yang menarik untuk diletakkan pada belakang kabinet tv tersebut?
    Terima kasih kerana sudi berkongksi idea.

    • Boleh dibuat sepanjang dinding atau setakat kawasan ruang tamu (mungkin dipasang wallpaper border) sahaja. Tetapi elok juga tanya pendapat pakar wallpaper yang saudari bakal beli nanti.
      Yang turut membantu saudari memilih corak wallpaper menarik yang sesuai dengan dekorasi rumah, kerana mereka berbual dengan saudari, mereka akan melihat ruang kediaman dan memasang untuk saudari.

  3. saya nak tanya, ruand tamu saya berbentuk L, bagaimana menentukan kedudukan susunan yang sesuai untuk sofa L shape di ruang tamu saya? harap dapat membantu..

    • Bayangkan ketika memasuki rumah sofa boleh susun seperti ‘L’ atau terbalik. Yang penting ia mengadap tv dan tidak menganggu laluan.

  4. Salam…rumah saya jenis memanjang…bgaimana nak buat pemisah antara ruang tamu dan ruang makan…utk pengetahuan ruang tamu n ruang mkn hanya 20×8kaki…kerusi yg ada terlalu pjg..lebih kurang 6 kaki..tq

  5. Halo ..salam satu malaysia….di sini saya ingin cari ilham dan nak buat sedikit decoration pada rumah kedai saya…tema nya ala kampung….sila beri idea macam mana untuk buat design lampu,warna dinding,dan hiasan pada kedai makan saya…selain itu susun letak meja dan design dapur ,bajet dlm 10k

  6. Salam..sy nk tanya mcm mn nk tentukan featurewall utk rmh endlot..biasenye dinding yg pertama kt nmpk bile msk rmh terdapat tingkap. rumah saya ada 2 tingkap dn terdapat dinding antara 2 tingkap itu.so blh x jdkn dinding itu sbgai featurewall?

  7. salam…

    nk ty la..main pintu rumah sy adalah sliding door. macam mane ye sy nk design ruang tamu tu? and langsir type macamane yg sy kena buat sbb masuk2 dh sliding door…

    tolong ye

  8. As’Salam, Mohon bantuan boleh designkan hujung katil ada tv, perlu almari tertutup untuk gantung sejadah dll.ada laci2 untuk simpan barang2. panjang 9 kaki lebih n lebar +- 2 kaki.tujuan supaya nmpak kemas …

    tk.

  9. tq atas info.. saya tgh pening nak tentukan featured wall rumah baru.. cadang yg buat kat dining sbb masuk rumah nampak dining terus.. tp color meja makan hitam.. adakah sesuai featured wall saya warna gey? nanti tak seri pula sebab dua2 gelap.

Leave a Reply to Nicholas Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *