RSS Feed

3 Cara Segera & Jimat Dalam Dekorasi Rumah Untuk Hari Raya Aidilfitri

August 6, 2012 by Hazlam Anuar

Menjelang tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri , ramai antara kita memperuntukkan wang yang lebih untuk membeli pakaian raya untuk diri sendiri atau keluarga, membeli aneka jenis biskut raya, duit raya disediakan untuk diberikan kepada anak-anak saudara, hantar kereta pergi servis, persiapan untuk rumah terbuka dan pelbagai lagi keperluan untuk memeriahkan sambutan raya kita.

Diskaun jualan murah

Diskaun jualan murah

H.A harap kita tidak terlalu boros atau membazir dalam perbelanjaan raya kita kerana ditakuti lepas raya, tiada duit lebihan untuk membeli keperluan lain pula nanti. Begitu juga dengan hiasan kediaman rumah. H.A nasihatkan pembaca blog ini tidak perlulah berhutang membeli perabot.

Diulangi jangan berhutang membeli perabot. Noktah.

H.A ingin kongsikan tiga cara segera yang boleh menjimatkan hiasan kediaman kita menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu:

  • Cara segera#1- Ubah susunan perabot
  • Cara segera#2- Koleksi kad raya dan ketupat reben
  • Cara segera #3- Ready made

 

Cara Segera#1-Ubah Susunan Perabot

Kos yang diperlukan hanyalah kreativiti dan keluar peluh sahaja. Perabot yang disusun secara bersegi sebelum ini, boleh diubah kedudukkan secara mengiring. Satu dua kerusi/sofa boleh disudutkan 30 atau 45 darjah. Sebelum ini sofa single sitter berada di kiri, untuk raya kali ini boleh diubah ke bahagian kanan pula.

ubah susunan perabot

Ubah susunan perabot

Boleh juga sofa-sofa atau kerusi dirapatkan ke dinding untuk memberikan ruang tengah menjadi luas untuk mudah menerima kedatangan tetamu.

Cara Segera#2 –Koleksi Kad Raya dan Ketupat Reben

Kos rendah atau percuma (kad raya lama).Tiada apa yang lebih mudah dan menjimatkan bagi menampakkan dekor rumah kita bertemakan raya dengan meletakkan koleksi kad raya dan sarung ketupat reben hiasan di meja kopi, meja makan atau digantungkan.

Sarung ketupat reben hiasan

Sarung ketupat reben hiasan

Cara Segera#3- Ready Made

Kos rendah dan masa dapat dijimatkan (last minute shopping). Seperti membeli baju raya atau biskut raya yang sudah siap dan tersedia untuk dibeli, begitu juga dengan hiasan dekorasi. Barangan dekorasi yang boleh dibeli dan menjimatkan ialah:

Ready made curtain

Ready made curtain

1) Langsir pasang siap

2) Sarung kusyen

3) Lampu lip-lap perayaan

Lebih Lagi Cara – 17 Makeover Dekorasi Raya

Bagi yang berminat menceriakan kediaman dengan idea dekorasi khas raya. Ebook ini adalah pilihan yang terbaik.

17 Makeover Dekorasi Raya

17 Makeover Dekorasi Raya

17 Makeover Dekorasi Raya adalah himpunan  idea-idea dekorasi yang ideal untuk makeover hiasan kediaman menjelang raya.

Klik di sini untuk maklumat lanjut

Related posts:

Efek warna penting untuk pejabat
Warna Kediaman Berdasarkan Warna Pakaian
Mencari Ruang Yang Hilang
The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & author at Hazlam Anuar Design
Seorang perunding hiasan dalaman online, pereka grafik dan 3D visualizer. Penulis buku 'Mudahnya Google SketchUp' dan novel 'Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah.' Selain itu, menulis ebook dalam topik dekorasi.

1 Comment »

  1. [...] Misalnya, rekacorak langsir baru dan cat dinding memainkan peranan besar dalam konsep dan citarasa hiasan dalaman. Jadi kalau langsir kita warna gelap, kita usahlah memilih warna pakaian yang sama gelap. Bila [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>