4 Festival Ski Popular di Gangwon pada musim sejuk

Berminat bermain salji?

Berminat mencuba sukan ski?

Berminat dengan musim sejuk?

Jom ketahui empat festival ski yang popular di Gangwon, Korea Selatan.

Baca: 8 tarikan kenapa Gangwon menjadi destinasi utama musim sejuk

1.VIVA SKI Festival di Daemyung VIVALDI PARK

Pelajari ski di Viva Ski Festival

Daemyung VIVALDI PARK adalah kompleks empat musim yang mempunyai taman tema air, kelab golf, dan kelab menunggang kuda. Disertakan akses yang baik dari Seoul ( anggaran satu jam perjalanan), ramai pengunjung kembali ke Daemyung VIVALDI PARK.

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, VIVALDI PARK berkolaborasi ski dengan K-food dan ski tahun berikutnya dengan K-culture.

Pakej VIVA SKI ini termasuk All-Day-Pass dengan pelajaran ski asas secara mendalam. Selain daripada ski, peserta boleh memilih untuk pergi ke Jjimjilbang (Sauna Korea), taman air tertutup, kolam air panas  di luar atau aktiviti menunggang kuda! Jadi tidak perlu risau sekiranya anda takut bermain ski setelah mencubanya sekali. Terdapat pelbagai aktiviti lain yang boleh dicuba.

*Bagi pelancong Islam, terdapat bilik solat yang disediakan dan restoran yang mempunyai sijil halal terdapat di dalam  Vivaldi Park.

Acara dan aktiviti di Viva Ski Festival

Selain itu, makanan korea yang terpilih akan dipamerkan untuk pengalaman yang tidak akan dilupakan peserta. Anda akan berpeluang menikmati pelbagai hidangan Korea popular yang terdapat di jalanan & makanan tradisional!

Ketua cef VIVALDI PARK, Jung Jin Seop, yang telah dicalonkan sebagai ‘Master of Korean fermented food’ oleh World Food Culture Centre akan bertanggungjawab terhadap semua hidangan. dan juga beliau akan mengajar anda cara membuat makanan asli Korea. Menu akan berubah setiap tahun menurut kepada pilihan para peserta!

Tarikh:

Daemyung Vivaldi Park dengan pilihan tarikh dan akitiviti 3 hari

Website: Viva Ski 2017

 

2.Fun Ski & Snow Tube Festival di Yongpyong Resort

Para peserta memulakan aktiviti ski

Festival ski ini diadakan pada pertengahan Disember hingga awal Mac di Yongpyong Resort ( resort ski Korea yang pertama dan dikenali dunia sebagai tuan rumah bagi pertandingan-pertandingan peringkat antarabangsa.)

Turun menawarkan pengalaman musim sejuk yang menyeronokkan dan keterujaan dengan pembelajaran ski dan papan luncur ais yang diajar oleh  jurulatih pakar, pertandingan ski dan upacara penghargaan/ penyampaian hadiah, serta pelbagai program dan persembahan.

Aktiviti ski

Aktiviti sled dengan pelampung

 

Tarikh:

Yongpyong Resort dengan pilihan tarikh dan akitiviti 3 hari

Rujukan : Fun Ski & Snow Festival di Yongpyong

 

3.Go! Go! Ski di High 1 Resort

Peserta-peserta bersedia untuk aktiviti ski

Festival Go! Go! Ski ini diadakan pada kemuncak musim sejuk iaitu pertengahan Disember hingga awal Mac di High1 Resort, yang dilengkapi dengan kemudahan terbaik. Ia menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pelancong-pelancong  dari  negara Asia Tenggara dan lain-lain negeri yang tanpa salji.

Para peserta festival boleh mengambil bahagian dalam pelajaran ski bersama pakar yang diajar dengan pelbagai tahap kesukaran, penyampaian hadiah dan acara mengalami persembahan keindahan dan daya tarikan budaya Korea.

Go! Go! Ski & Snow Festival

Persembahan ketika majlis makan

Tarikh:

High 1 Resort dengan pilihan tarikh dan akitiviti 3 hari

Website: High1 Resort

4.KISC (Korea International Ski Camp) di Alpensia Ski Resort &  High 1 Resort

Para peserta KISC atau Korea International Ski Camp

Mempunyai pakej ski waktu siang dan malam,  yang disesuaikan secara tawaran eksklusif kepada para pelancong individu.

KISC boleh disesuaikan dengan penginapan, makanan, pembelajaran ski (dengan ujian berperingkat), aktiviti yang menyeronokkan dan persaingan sesama peserta. Program yang lebih pendek juga disediakan untuk mereka yang mempunyai kekangan masa.

Korea International Ski Camp di Alpensia Ski Resort dan High 1 Resort

Terdapat lima pakej yang ditawarkan dengan jadual berbeza dan program mempelajari ski. Setiap program dirancang mengikut tahap ski anda.

  • Dibahagikan peserta kepada tiga kumpulan. Kanak-kanak muda (umur 4-8), Kanak-kanak (umur 9-15) dan remaja & dewasa. Kumpulan keluarga, pihak penganjur boleh aturkan secara istimewa bersama pelajaran ski secara peribadi.
  • Pakej dinamakan seperti Blue, Red, Yellow, Green dan Black dibuat dengan pembelajaran ski dan kegiatan yang disukai para pemain ski.
  • Pakej termasuk pembelajaran ski  sekali dengan peralatannya, pengangkutan, dan tempat tinggal,

Tarikh: KISC Event Camp (10-12 Dis 2017) dengan harga promosi dan KISC Chistmas Camp (14-26 Dis 2017)

Itinerari:

5 pakej KISC

 

Website: koreaskicamptour.com

 

 

Rujukan Festival-Festival Ski : Ski Korea Festival 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *