5 Idea Cantik Ceria Bilik Air

 

Soalan: Minta pandangan daripada H.A  untuk hiasan bilik air supaya ia tidak kelihatan bosan?

Jawapan : Hiasan bilik air agak sedikit rumit kerana kelembapan yang tinggi. Bilik air merupakan tempat kita membersihkan dan memanjakan diri. Oleh itu, sedikit perubahan dekorasi bakal membantu menceriakan bilik air kita yang bosan.

Bilik Air

H.A berikan 5 tip idea cantik dan ceria untuk bilik air.

1#Warnakan Bilik Air Mu

Kemasan dinding bilik air warna putih dan krim membosankan? Warna jubin juga begitu membosankan. Jika memecahkan jubin untuk menukar warna jubin baru yang cantik akan membabitkan kos yang tinggi.

Cara mudah, warnakan baki dinding simen dengan warna ceria seperti baby blue, turquoise, orange dan yellow. Warna-warna pastel juga boleh memberikan ilusi luas pada bilik air.

Bilik air berwarna - dinding warna pastel

Bilik air kanak-kanak pun mahu ceria? Hasilkan  mural hidupan laut. Pastikan warna cat mempunyai ciri kalis air.

2#Tiru Bilik Air Hotel dan Restoran Mewah

Apa yang boleh ditiru dalam bilik air hotel? Terdapat dua benda yang boleh ditiru iaitu mengantungkan gambar berbingkai (gambar landskap flora dan fauna) dan tumbuhan berpasu untuk indoor.

Bilik air hotel

Tumbuhan indoor  dalam bilik air memberikan kesegaran segera pada ruang. Menurut kajian NASA Clean Air Study, tumbuhan juga bertindak sebagai agen pembersihan udara. Sebahagian tumbuhan indoor yang sesuai ialah pokok Areca palm, bamboo palm, English Ivy, Lily atau Dracaena.

3# Jangan Tiru Tuala Bilik Air Hotel

Maksud jangan ditiru di sini, kerana di hotel mereka mengunakan tuala putih. Kenapa? Sebab kos tuala berwarna agak tinggi dan tuala putih mudah dicuci dengan bahan peluntur kuat dan mereka juga mempunyai mesin pencuci yang hebat, kotoran didapati mudah terhapus.

Tuala berwarna

Kita pula tidak perlukan tuala yang terlampau banyak dan lebih-lebih lagi yang berwarna putih. Oleh sebab itu, gunakan tuala badan, tuala muka, tuala tangan dan sebagainya yang berwarna. Baru ceria!

4# Sedapnya Kakiku dengan Alas Kaki Bewarna

Alas kaki berwarna

Memberikan keceriaan sebelum memasuki bilik air dengan alas kaki berwarna. Pelbagai rupa dan ketebalan alas kaki yang terdapat di pasaran. (Gambar di atas di ambil di IKEA).

5# Percikkan Warna Pada Aksesori Bilik Air

Selain tuala dan alas kaki bewarna, kita boleh menceriakan bilik air kita dengan warna pada bathroom accessories. Contoh , toothbrush holder, soap holder, drinking cup.

Aksesori bilik air

Anda Soal, Saya Jawab.

Bagi memudahkan pembaca blog H.A untuk memperolehi tip artikel yang menarik akan datang. Saya menghasilkan artikel berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan, untuk saya membantu menjawab permasalahan dalam dekorasi.

Sebelum itu, ikuti 3 langkah mudah ini:

  1. Gunakan ruangan komen di bawah untuk bertanyakan soalan.
  2. Like Facebook Hazlam Anuar
  3. Beli  ebook ‘ 77 Tip & Teknik Dekorasi Bajet ’- Jika mahu mendapatkan panduan dekorasi dengan cara yang jimat. ( Syarat ini bukan satu kemestian, ia adalah pilihan pembaca)

 

Ambil peluang ini untuk bertanyakan soalan-soalan masalah yang anda hadapi dalam menghias kediaman. Insya-Allah H.A bantu.

 

Kredit gambar: hotel restroom dan colorful bathroom : Viewphoria, Bryan Bruchman

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

6 Comments

Leave a Reply to LYNNMARISSA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *