5 Tip Sebelum Merancang Membeli Perabot

Membeli perabot adalah salah satu pelaburan yang dikira besar juga selain dari membeli rumah dan kereta. Perabot adalah pelengkap isi rumah bagi kita melakukan pelbagai aktiviti seperti berehat, memasak, membaca, menonton tv, tidur dan sebagainya.

Apabila anda ingin membeli perabot, fikirkan 5 tip ini.

  1. Tentukan bajet anda
  2. Tentukan tema atau konsep hiasan
  3. Kehendak atau keperluan
  4. Ukur bilik/ruang kediaman anda
  5. Keselesaan dan keselamatan paling penting

1#Tentukan bajet anda
Berapa bajet yang anda perlukan untuk melengkapkan ruang kediaman? Jika RM2000, kekalkan bajet tersebut!

2#Tentukan tema atau konsep hiasan
Tema apa yang anda suka. Jika tema tropikal, perabot kayu adalah pilihan tepat. Jika tema moden, perabot bersegi,ringkas dan berkaki besi adalah pilihan yang sesuai.

3#Kehendak atau keperluan
Adakah perabot yang dibeli itu perlu pada masa itu atau boleh ditangguhkan pembeliannya. Jika ingin senang, beli perabot yang multifuction. Contoh, kerusi ottoman boleh jadi meja kopi,storage atau foot rest.

4#Ukur bilik/ruang kediaman anda
Ukur dahulu ruang/bilik yang ingin diletakkan perabot tersebut. Jika tidak, perabot yang dibeli bakal menyempitkan ruang.Tidak dapat masuk perabot ke bilik kerana pintu terlalu kecil. Jangan lupa, ukur juga perabot yang ingin dibeli.

5#Keselesaan dan keselamatan amat penting
Perabot dibeli perlu sesuai dengan anda dan seisi rumah. Cuba dahulu seperti duduk dengan betul jika ingin membeli kerusi. Baring selama 5-10 minit jika ingin membeli tilam. Lihat rekaan perabot tersebut supaya tidak membahayakan diri dan keluarga.

Inginkan lebih tip dan panduan? Layari www.alamdesign.com/dekoperabot

 

credit picture from sofasets.com

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *