6 Idea Penambah Perisa Meja Makan

 

Kita masih lagi berada di dalam bulan  Syawal dan pastinya, pada  hujung minggu terdapat jemputan 2, 3  rumah terbuka yang diadakan oleh saudara-mara dan sahabat handai. Bagaimana jika kita sendiri yang mengadakan open house?

Selain persediaan makanan dan minuman untuk perut tetamu, sedikit sentuhan dekorasi turut juga dapat mengenyangkan mata tetamu.

idea hiasan meja makan

Idea hiasan meja makan

Oleh itu, H.A ingin kongsikan 6 idea penambah perisa meja makan yang dapat memberikan perisa ceria dan segar secara segera.

Perisa Ceria

 

Kelengkapan dan aksesori bewarna meja makan IKEA

Kelengkapan dan aksesori berwarna meja makan IKEA

  1. Meja makan dengan alas meja yang berwarna terang dan bercorak menarik.
  2. Dinding di gantungkan dengan gambar abstrak berwarna-warni.
  3. Ceriakan kerusi makan dengan sarung kerusi yang bercorak atau diberikan lapik kusyen berwarna pada kerusi  yang bukan upholsteri (seperti kerusi bangku atau kerusi plastik)
  4. Pinggan mangkuk, cawan yang berwarna.
  5. Napkin dan place mats yang berwarna.

 

Perisa Segar

 

centerpiece meja makan

Centerpiece meja makan

6. Segarkan meja makan dengan centerpiece. Seperti namanya, ia merupakan gubahan benda yang berada di tengah-tengah meja. Centerpiece ada pelbagai jenis:

  • Bunga-bungaan hidup ataupun tiruan. Dipadankan dengan pasu kaca atau porselin.
  • Bertema. Iaitu centerpiece Hari Raya (ketupat reben) atau majlis harijadi (pasu dipenuhi gula-gula/ cupcake disusun atas piring tiga tingkat )
  • Bahan seni seperti arca atau satu piring bujur atasnya diletakkan tiga lilin bersaiz sederhana kecil.
  • Buah-buahan, kek, pastry yang asli atau plastik yang diletakkan dalam mangkuk atau piring tiga tingkat.
  • Centerpiece juga boleh di sekalikan dengan table runner

 

 

Kredit photo : patrickgage , proforged

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *