7 Langkah Menukar Material Dalam Google SketchUp

Tutorial menunjukkan bagaimana mengunakan material yang kita inginkan tetapi tidak terdapat dalam material Google SketchUp, dengan hanya 7 langkah sahaja.

Paparan menunjukkan sebuah kiub yang telah dihasilkan

Langkah 1 : Klik  Paint Bucket. Kotak dialog keluar dan pilih Create Material…

Langkah 2 :  Klik  Browse for Material Image File

Langkah 3 : Pilih material yang diinginkan dalam simpanan anda. Saya pilih material fabric_spot dalam folder wallpaper saya. Kemudian, klik Open.

Langkah 4: Tukar nama (jika mahu) dan klik OK

Langkah 5: Warnakan kiub yang dihasilkan tadi. Dapati corak material tersebut terlalu kecil dan tidak seimbang dengan kiub tersebut.

Langkah 6: Pada kotak dialog Materials, pilih Edit.

Langkah 7: Pada bahagian Edit. Ubah saiz material di bahagian width dan height

Material yang terdapat pada kiub tersebut automatik bertukar coraknya.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *