8 tarikan kenapa Gangwon menjadi destinasi utama musim sejuk di Korea

Gangwon merupakan wilayah yang paling bersalji. Selama 66 hari dari November ke March, Gangwon mempunyai anggaran 250cm salji. Suhu pula anggaran -4.8 darjah celcius sepanjang musim sejuk. Di mana dapat memberikan keadaan yang bagus untuk peluncur-peluncur ski memberikan skil dan aksi yang terbaik dan menarik.

Baca: Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Bagaimana mahu ke sana?

Mempunysi lapan pusat rekreasi berskala besar dan paling popular di kalangan rakyat Korea. Setiap resort mempunyai cerun-cerun untuk aktiviti ski, papan lucur salji, acara dan festival unik, dan variasi tempat tinggal untuk keselesaan dan kemudahan pengunjung.

8 Pusat Rekreasi yang Popular

1.Alpensia Ski Resort

Alpensia Ski Resort

Merupakan sebuah destinasi hiburan yang terletak pada 700m dari paras laut. Ketinggian optimum yang sesuai bagi kesihatan manusia dan biorhythm mereka.

Direka oleh Cunningham Group yang pernah bersama-sama membangunkan taman tema terkenal dunia seperti Warner Bros – Movie World dan Universal Studios.

Alpensia Ski Resort mempunyai fasiliti seperti stadium utama, padang golf ekologi, cerun ski dan cerun lompatan ski berkelas dunia yang akan menjadikan PyeongChang sebagai hos Sukan Olimpik Musim Sejuk dengan sempurna.

Alamat: 325 Solbong-ro, Daegwallyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Website: www.alpensiaresort.co.kr

Baca : Jom ketahui lokasi Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

 

2.Elysian Gangchon

Elysian Gangchon Ski Resort

Elysian Gangchon Ski Resort. Foto kredit KTO

Mengambil masa sejam dari Seoul. Gangchon memberi jaminan keterujaaan dan keselesaan berski dengan 1000m untuk peluncur  baru (pemula), peluncur ski pertengahan, dan pakar.

Nikmati kestabilan dan keselesaan meluncur salji atas cerun lembah dan dengan keterujaan dan kesegaran berski atas cerun rabung. Bagi yang berminat meluncur pada waktu malam, ia beroperasi sehingga jam 2 pagi.

Taman tema Gangchon ini yang diperbuat daripada 10 tema berbeza merupakan tarikan unik dan Gangchon Channel Park pula merupakan taman ekstrem untuk mereka yang baru ingin mula meluncur sehingga kepada yang pakar ski.

Alamat: 688 Bukhangangbyeon-gil, Namsan-myeon, Chuncheon-si, Gangwon-do

Website: www.elysian.co.kr/global/eng

 

3.Hansol Oak Valley

Hansol Oak Valle Ski Resort

Mempunyai 9 variasi cerun bertema, express lifts, dan half pipe courses berkelas dunia. Oak Valley Snow Park merupakan projek gabungan resort ski, padang golf, dan kondominium.

Seperti namanya, para peluncur ski akan menuruni bukit salji dengan dikelilingi hutan pokok oak. Cerun-cerunnya direka oleh jurutera salji terkenal dunia dari AS dan padang golf direka oleh arkitek padang golf terkenal, Robert Trent Jones Jr.

Nikmati tempat meluncur salji di resort yang bergaya European Mediterrranean.

Alamat: 66 Oak valley 1-gil, Jijyeong-myeon, Wonju-si, Gangwon-do

Website: www.oakvalley.co.kr

 

4.Welli Hilli Park

Welli Hilli Park. Foto Kredit KTO

Cerun-cerun di Welli Hilli Park ini direka oleh Paul Matthews dari ECOSIGN Canada ( pereka yang dikenali dunia kerana pakar dalam rekaan cerun berski), dan diiktiraf oleh International Ski Federation kerana keluasan saiz dan keselamatan.

Sebagai tuan rumah 2009 Snowboard World Championships, ia telah diperkenalkan secara meluas sebagai tempat wajib utama bagi peluncur papan salji.

Terrain Park (taman paling seronok di Korea) adalah kawasan yang mencuri tumpuan kerana membolehkan pemula dan pakar, mempersembahkan pelbagai teknik. Keseluruhan cerun terbuka kepada peluncur papan salji.

The Half Pipe Park, eksklusif untuk peluncur papan salji memang popular dikalangan para peluncur salji.

Alamat: 451 Gowon-ro, Dunnae-myeon, Hoengseong-gun, Gangwon-do

Website: www.wellihillipark.com

 

5.Daemyung Vivaldi Park

Daemyung Vivaldi Park. Foto Kredit KTO

Kompleks rekreasi yang mempunyai taman tema air, padang golf dan kelab menunggang kuda. Serta mudah di akses dari Seoul. Daemyung Vivaldi Park bermula dengan program baru iaitu Viva K-Food dari musim sejuk 2015.

Uniknya festival Viva K-Food ini, ia kombinasi dengan belajar berski dan pengalaman menghadiri kelas memasak makanan Korea. Juga berpeluang menjamu street food seperti Tteokbokki dan makanan lain.

Alamat: 262 Hanchigol-gil, Seo-myeon, Hongcheon-gun, Gangwon-do

Website: www.daemyungresort.com/en

 

6.Bokwang Phoenix Park

Bokwang Phoenix Snow Park

Taman dengan kebanggaan bukit cerun yang semulajadi, Gunung Taegi yang berketinggian 1,050m dengan keadaan salji yang cemerlang. Resort ski yang terbaik di Korea ini mempunyai 12 cerun berkelas dunia, 8 kerusi lif salji, 6 sun-kid lifts dan gondola moden yang dibina oleh Doppelmire.

Bokwang Snow Park

Setiap 21 courses ini mempunyai rekaan unik, 500m lebar permandangan panorama kawasan ski, dan menjamin kelajuan dinamik dan kelajuan yang menarik. Pelbagai tarikan di Terrain Park termasuk Extreme Park untuk pemula dan mini half pipe dan dek lompatan bagi peluncur papan salji.

Meluncur ski waktu malam tamat pada jam 5 pagi.

Alamat: 174 Taegi-ro, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Website: http://phoenixhnr.co.kr/pyeongchang/global/en/index

 

7.YongPyong Resort

Yongpyong Resort

Yongpyong Ski Resort

Merupakan ski resort kedua terbesar di Asia yang telah disahkan oleh International Ski Federation. Telah berjaya mengadakan World Cup Ski Competition (1998 , 2000) dan 1999 Winter Asian Games.

Turut popular dikalangan peluncur ski dari Eropah dan bahagian lain di Asia.

Dengan 27 cerunnya termasuk Rainbow Slopes dan anggaran 250cm salji setiap musim sejuk, membuatkan Yongpyong menjadi ski resort terbaik dunia.

Alamat: 715 Olympic-ro, Daegwanryeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do

Website: www.yongpyong.co.kr

Baca: Lokasi Korean Drama Goblin

 

8.High 1 Resort

High1 Ski Resort. Foto Kredit KTO

Mempunyai sejarah yang ringkas tetapi mempunyai kemudahan yang menakjubkan adalah salah satu faktor menjadikan ia resort ski utama di Korea.

High 1 Resort merupakan kompleks besar yang mempunyai tempat tinggal, padang golf, taman tema, ski dan kasino.

Mempunyai program bernama Go!Go! Ski oleh High 1 Resort. Program yang  terdiri daripada 3 hari. Hari pertama pendaftaran peserta, belajar ski asas dan persembahan. Hari kedua, pelajari ski seharian dan makan malam gala. Hari ketiga pula, kita dapat bertanding bersama peserta yang lain dan penyampaian hadiah.

Alamat: 265 High1-gil, Sabuk-eup, Jeongseon-gun, Gangwon-do

Website: www.high1.com

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *