About Hazlam Anuar

 Hazlam Anuar (H.A) atau lebih dikenali sebagai Alam adalah seorang pereka yang memiliki kelulusan dalam bidang rekabentuk dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).  Perkhidmatan beliau adalah dalam bidang desain, 3D Visualizer dan rekaan logo.

Hazlam Anuar Design (001937216-A) , sebuah syarikat  yang dibangunkan beliau untuk memberikan servis rekaan 3D , logo design, ilustrasi dan konsultasi secara online.

Seorang Penulis

Buku pertama beliau, Mudahnya Google SketchUp- Cara Pantas Menghasilkan Desain 3D Menggunakan Perisian Percuma , di terbitkan pada tahun 2011. Klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan buku. Beliau boleh dihubungi untuk dijemput menganjurkan bengkel atau mengadakan demo menghasilkan 3D dengan perisian  SketchUp atas permintaan untuk sekolah rendah, menengah,universiti, firma dan perseorangan.

Buku Mudahnya Google SketchUp

Buku Mudahnya Google SketchUp

Introduction SketchUp

Introduction to SketchUp – UiTM (Bachelor of Interior Architecture)

Demo 3D SketchUp di SK Kompleks KLIA

Demo 3D SketchUp di SK Kompleks KLIA

Beliau turut menghasilkan novel pertamanya ‘Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah(2013) dan karya seterusnya bertajuk ‘Aku Mahu Banglo Pink’ (2014), ‘Aku Mahu Diari Pink’ (2016), ‘Lolongan Tandas Sekolah’ (2016) dengan bekerjasama bersama penulis novel remaja popular Ain Maisarah.

Novel pertama Alam Anuar_ Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah

Novel pertama Alam Anuar: Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah

Bersama penulis novel remaja popular Ain Maisarah

Bersama penulis novel remaja popular Ain Maisarah

Selain buku, beliau  juga menerbitkan ebook (buku digital) iaitu Dekorasi Bajet (2012).

Turut pernah menjadi penulis jemputan  untuk Majalah Niaga (blog perniagaan) dan Majalah Jootawan dalam memberikan tip-tip tentang dekorasi untuk pejabat.

Di Media

  • Selamat Pagi Malaysia, TV1
  • Rancangan Dekorasi Aidilfitri (Tv1)
  • Berita Minggu sisipan Rona
  • Harian Metro Sabtu
  • Harian Metro Sabtu , 1 Ogos 2015
  • Majalah RUANG
  • Majalah ANJUNG SERI
  • Majalah IMPIANA.
Selamat Pagi Malaysia

Selamat Pagi Malaysia

Bersama pereka selebriti Eric Leong

Bersama pereka selebriti Eric Leong

 

 

*Tujuan blog ini dihasilkan untuk berkongsikan ilmu yang beliau ada dalam bidang dekorasi dan mendidik pembaca dan peminat tentang dunia hiasan dalaman (sebab tiada yang khas dalam bahasa Melayu) dan sekali kala berkongsi tentang dunia penulisan dan pengalaman travel.

*Untuk advertorial, jemputan event, review produk dan hal berkaitan dekorasi/hiasan dalaman/travel boleh hubungi Alam di: alamdesign@gmail.com

 

Gembira berjumpa anda,

Hazlam Anuar

Designer , Author & Decor Blogger

 

Jadi rakan saya di :

Facebook
Instagram
Twitter

Hazlam Anuar | Designer & Author