Alam ke Korea 6 kali pada tahun 2018 dengan 6 Misi Berbeza.

#1 Misi PyeongChang Olympic

PyeongChang 2018 Olympic Winter Games

Disebabkan pernah menjadi Wow! PyeongChang Malaysia Supporters sejak March 2017. Keinginan untuk ke olimpik ini sangat kuat. Selain merupakan acara sukan terbesar dan terdekat pula dengan negara kita (hanya 6 jam lebih perjalanan). Berlangsung pula di negara kegemaran. Terus nekad pergi!

Boleh baca pengalaman di: http://hazlamanuar.com/pyeongchang-2018-pengalaman-olimpik-buat-pertama-kali.html

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea7

#2 WOWKOREA Supporters 2018

Global WOWKOREA Supporters 2018

Terpilih sekali lagi menjadi Global Wow Korea Supporters pada tahun 2018 (saya pernah hadiri program ini pada tahun lepas). Program ini berlangsung selama seminggu (19/4~25/4) Terdapat 11 peserta Global (Filipina, Indonesia, India, Kazakhstan, Malaysia, Singapura, Thailand, Turki , UAE dan Vietnam). Kami akan bersama dengan peserta-peserta (pelajar yang berlajar di Korea.).

Oh, pertama kali juga terima ucapan harijadi di Korea daripada 30 lebih orang dari pelbagai negara. Terharu.

Menerima rice cake dan ucapan harijadi

Artikel-artikel aktiviti kami:

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea8

#3 Seoul International Book Fair

Seoul International Book Fair 2018

Kali kedua saya ikuti pesta buku di luar negara. Pertama kali, di Indonesia International Book Fair 2016. Pesta buku di Korea yang saya hadiri ini merupakan salah satu aktiviti tour buku (bibliotour). Waktu ini juga berlangsungnya musim Piala Dunia di Russia. Dapat juga menonton secara live pasukan Korea Selatan menentang Mexico. Selain menghadiri book fair selama 3 hari. Saya sempat juga singgah ke Blackpink House yang bertukar menjadi BLAKPINK AREA- SQUARE UP.

BLACKPINK AREA- SQUARE UP

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea9

#4 INK Concert + Incheon Bus Tour

2018 INK Incheon Kpop Concert

Pertama kali menghadiri konsert Kpop di luar negara. Selain jarang juga menghadiri konsert Kpop di negara sendiri hahaha. Teringin ke konsert ini kerana tiket untuk pelancong terutama sekali Malaysia adalah PERCUMA!

Jadi semasa seminar Incheon yang berlangsung di Korea Plaza. terus beri nama. Selepas nama confirm. Segera membeli tiket kapal terbang dan penginapan. Memang tinggal sepenuhnya di Incheon. Turut mencuba misi tambahan iaitu bersiar-siar di Incheon dengan city bus tour.

Artikel pengalaman ke konsert tertangguh penulisan tetapi boleh baca: http://hazlamanuar.com/pengalaman-incheon-city-tour-dengan-incheon-city-tour-bus-harbor-line.html

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea10

#5 ACH Invitation Program for ASEAN fans of Hallyu (the Korean Wave)


ACH Invitation Program for ASEAN fans of Hallyu (the Korean Wave) – Malaysia team

Mendapat hadiah ke Korea (sebagai Outstanding Supporter) dengan menghadiri ACH Invitation Program for ASEAN fans of Hallyu (the Korean Wave) dari 26/10~2/11 selepas hampir 8 bulan menjadi Online Supporters untuk Korea Embassy di Malaysia. Saya tidak pergi keseorangn kerana terdapat dua wakil Malaysia yang ikut sekali. Setiap negara ASEAN menghantar tiga wakil ke program ini.

Menariknya program ini ada misi juga. Pada hari kedua terakhir, kami perlu melakukan presentation tentang pengalaman kami selama mengikuti selama seminggu program ini.

Disertakan video kami sepanjang seminggu di sini.


Malaysia Team – 2018 ACH Invitation Program for ASEAN Fans of Hallyu (The Korean Wave)

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea11

#6 WOWKOREA Supporters Disbanding Ceremony


2018 WOWKOREA Supporters Disbanding Ceremony

Dalam 11 Global Wow Korea Supporters (yang pergi masa opening bulan April hari itu). Saya serta seorang rakan dari Indonesia terpilih ke acara penutup.Selepas berjaya memenuhi misi-misi yang diminta. Seperti mempromosi Facebook Wow Korea Supporters dan berkongsi tentang aktiviti WOWKOREA di laman media sosial masing-masing.

Dengan tanda pagar di IG #AlamkeKorea12

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'