RSS Feed

Anjung Seri, Hazlam Anuar Design, Trend Warna 2013

January 1, 2013 by Hazlam Anuar

 

Selamat Tahun Baru 2013 H.A ucapkan kepada pembaca setia blog H.A. Entri pertama bagi tahun 2013!

Majalah Anjung Seri, Januari 2013

H.A ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan Facebook H.A yang memaklumkan terdapat artikel H.A di bahagian personaliti dalam majalah hiasan Anjung Seri bagi bulan Januari 2013. Berlaku sekitar bulan November, H.A di temuramah oleh wartawan dan kerana ruang  ini lebih santai, sehingga barang yang selalu digunakan H.A turut dirakam gambarnya.

AnjungSeri_January_2013

AnjungSeri – Januari 2013

Dapatkannya okey. Selain itu, Anjung Seri kali ini ini juga terdapat perkongsian panduan bagaimana mengubah suai rumah cara betul. Ini merujuk berita mengenai sebuah banglo runtuh yang berlaku di Shah Alam ketika masih dalam proses renovasi kediaman sampai merangut nyawa!

Hazlam Anuar Design

Seperti namanya, ia adalah syarikat H.A yang didaftarkan pada tahun 2010. Baru-baru ini H.A pergi memperbaharui lesen kerana tidak mahu melepaskan promosi SSM (RM50 – 5 tahun). Hazlam Anuar Design ini memberikan perkhidmatan dalam online design consultation, 3D visualizer, logo design dan internet marketing.

Hazlam Anuar Design

Hazlam Anuar Design

Kenapa boleh tercampak internet marketing dalam Hazlam Anuar Design ini? Kerana SKMM dan SSM mewajibkan sesiapa yang menjual produk/ perkhidmatan secara online, dia perlu mendaftarkan syarikat.

Trend warna 2013

Januari tahun lepas H.A ada menghasilkan artikel berkenaan warna trend 2012 iaitu ‘ Tangerine Tango’ boleh lihat semula di sini Trend Warna Kediaman 2012. Bagi tahun ini, H.A tunjukkan warna trend bagi tahun 2013 yang dipinta pembaca blog.

Soalan pembaca blog : Apakah warna ‘IN’ untuk tahun 2013?

Jawapan :  Warna popular yang bakal ‘in’ pada tahun 2013 menurut pakar autoriti warna terkenal dunia, Pantone bersama pemerhati trend, desainer dan jenama  ialah warna EMERALD GREEN.

merald

Emerald

 

“Green is the most abundant hue in nature – the human eye sees more green than any other color in the spectrum,” said Leatrice Eiseman, executive director of the Pantone Color Institute®

Warna Psikologi untuk Hijau

 

warna psikologi_sifat hijau

Warna psikologi sifat hijau

Menurut buku Color Your Life , penulisnya Howard dan Dorothy Sun menyatakan mereka yang sukakan hijau seorang yang menghargai kecantikkan alam semulajadi. Sukakan diri sekitarnya di selubungi pokok, tumbuhan dan bunga-bungaan di rumah mahupun di pejabat. Gemarkan  barang yang diperbuat daripada elemen kayu, tanah dan batu.

Kediaman untuk Hijau Zamrud

Kita boleh gunakan warna hijau ini untuk feature wall, atau untuk warna pada perabot (Sofa hijau dengan kushion putih). Warna hijau ini boleh diwarnakan pada dinding dalam bilik tidur kerana memberikan ketenangan dan kesegaran.

Warna hijau juga boleh dipadankan dengan perabot kayu jati, warna coklat dan warna merah. Disertakan gambar kediaman berdasarkan warna hijau sebagai inspirasi.

Green feature wall

Green feature wall

Gabungan warna hijau dan peach

Gabungan warna hijau dan peach

Pasu kaca hijau

Pasu kaca hijau

Kabinet hijau

Kabinet hijau

Green L shape sofa

Green L shape sofa

 

P/S : Lets go green!

Kredit gambar  smiling_da_vinci, ooh_food, robgiampietro, coco+kelley, nic221, Mr TGT.

Related posts:

Warna Kediaman Berdasarkan Warna Pakaian
Mencari Ruang Yang Hilang
5 Cara Atasi Ruang Makan Terhad
The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & author at Hazlam Anuar Design
Seorang perunding hiasan dalaman online, pereka grafik dan 3D visualizer. Penulis buku 'Mudahnya Google SketchUp' dan novel 'Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah.' Selain itu, menulis ebook dalam topik dekorasi.

100 Comments »

  1. anah says:

    saya nk minta pendapat, dinding rumah saya warna pink.. warna ape yang sesuai untuk pemilihan warna langsir.

  2. aishah says:

    mahu cari warna feature wall yang ceria warna hijau apa yang cantik dan sesuai, sofa warna kelabu dan ruang menonton berasingan dari sofa dan langsir warna apa yang sesuai dengan hijau

1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>