Anjung Seri, Hazlam Anuar Design, Trend Warna 2013

 

Selamat Tahun Baru 2013 H.A ucapkan kepada pembaca setia blog H.A. Entri pertama bagi tahun 2013!

Majalah Anjung Seri, Januari 2013

H.A ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan Facebook H.A yang memaklumkan terdapat artikel H.A di bahagian personaliti dalam majalah hiasan Anjung Seri bagi bulan Januari 2013. Berlaku sekitar bulan November, H.A di temuramah oleh wartawan dan kerana ruang  ini lebih santai, sehingga barang yang selalu digunakan H.A turut dirakam gambarnya.

AnjungSeri_January_2013

AnjungSeri – Januari 2013

Dapatkannya okey. Selain itu, Anjung Seri kali ini ini juga terdapat perkongsian panduan bagaimana mengubah suai rumah cara betul. Ini merujuk berita mengenai sebuah banglo runtuh yang berlaku di Shah Alam ketika masih dalam proses renovasi kediaman sampai merangut nyawa!

Hazlam Anuar Design

Seperti namanya, ia adalah syarikat H.A yang didaftarkan pada tahun 2010. Baru-baru ini H.A pergi memperbaharui lesen kerana tidak mahu melepaskan promosi SSM (RM50 – 5 tahun). Hazlam Anuar Design ini memberikan perkhidmatan dalam online design consultation, 3D visualizer, logo design dan internet marketing.

Hazlam Anuar Design

Hazlam Anuar Design

Kenapa boleh tercampak internet marketing dalam Hazlam Anuar Design ini? Kerana SKMM dan SSM mewajibkan sesiapa yang menjual produk/ perkhidmatan secara online, dia perlu mendaftarkan syarikat.

Trend warna 2013

Januari tahun lepas H.A ada menghasilkan artikel berkenaan warna trend 2012 iaitu ‘ Tangerine Tango’ boleh lihat semula di sini Trend Warna Kediaman 2012. Bagi tahun ini, H.A tunjukkan warna trend bagi tahun 2013 yang dipinta pembaca blog.

Soalan pembaca blog : Apakah warna ‘IN’ untuk tahun 2013?

Jawapan :  Warna popular yang bakal ‘in’ pada tahun 2013 menurut pakar autoriti warna terkenal dunia, Pantone bersama pemerhati trend, desainer dan jenama  ialah warna EMERALD GREEN.

merald

Emerald

 

“Green is the most abundant hue in nature – the human eye sees more green than any other color in the spectrum,” said Leatrice Eiseman, executive director of the Pantone Color Institute®

Warna Psikologi untuk Hijau

 

warna psikologi_sifat hijau

Warna psikologi sifat hijau

Menurut buku Color Your Life , penulisnya Howard dan Dorothy Sun menyatakan mereka yang sukakan hijau seorang yang menghargai kecantikkan alam semulajadi. Sukakan diri sekitarnya di selubungi pokok, tumbuhan dan bunga-bungaan di rumah mahupun di pejabat. Gemarkan  barang yang diperbuat daripada elemen kayu, tanah dan batu.

Kediaman untuk Hijau Zamrud

Kita boleh gunakan warna hijau ini untuk feature wall, atau untuk warna pada perabot (Sofa hijau dengan kushion putih). Warna hijau ini boleh diwarnakan pada dinding dalam bilik tidur kerana memberikan ketenangan dan kesegaran.

Warna hijau juga boleh dipadankan dengan perabot kayu jati, warna coklat dan warna merah. Disertakan gambar kediaman berdasarkan warna hijau sebagai inspirasi.

Green feature wall

Green feature wall

Gabungan warna hijau dan peach

Gabungan warna hijau dan peach

Pasu kaca hijau

Pasu kaca hijau

Kabinet hijau

Kabinet hijau

Green L shape sofa

Green L shape sofa

 

P/S : Lets go green!

Kredit gambar  smiling_da_vinci, ooh_food, robgiampietro, coco+kelley, nic221, Mr TGT.

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

178 Comments

    • Boleh sahaja untuk warna exterior. Kerana terdapat pelbagai warna hijau , pilih warna hijau yang sedikit gelap. Contoh, hijau lumut.

  1. klu ruang rumah sempit sesuai ke untuk warna2 gelap mcam hijau lumut..tidakah akn membuat ruamh menjadi semakin gelap n sempit..

    • Ya, warna-warna gelap boleh memberikan ilusi ruang rumah kita sempit kecuali warna gelap itu diwarnakan pada dinding feature wall sahaja.

  2. salam, ruang tamu saya kecil,boleh ke saya cat warna kelabu?ruang makan merah dan dinding tepi tanga pun merah.bagi ruang dapur pula hijau epal.bilik saya nak warna unggu,rumah saya 2 tingkat keluasan rumah 18×55.boleh ke warna pilihan saya ini?

    • Warna pilihan saudara memang sesuai, tetapi ditakuti kediaman saudara meriah dengan warna. Jika saudara selesa, boleh teruskan sahaja yang penting seimbang. Contohnya, pastikan ada warna kelabu diruang lain seperti yang terdapat pada ruang makan dan dinding tangga merah.

  3. jika saya ingin memadankan perobot seperti sofa , tv cabinet untuk feature wall berwarna hijau , warna apakah sesuai bagi segala perabot untuk pemilihan warna tersebut

    • Hijau dikira golongan warna yang natural. Perabot warna sesuai yang boleh dipadankan dengan hijau ialah
      -merah
      -putih
      -coklat
      -pink
      -turquoise

  4. sy cadang nak cat dinding ruang tamu warna hijau n krim.sofa sy warna coklat gelap n hitam.tetapi warna apakah yang sesuai untuk langsir rumah?

    • Cadangan:
      Pilihan 1 : Jika dinding hijau terang, pilih langsir hijau gelap
      Pilihan 2 : Warna natural, iaitu langsir warna coklat tanah.
      Pilihan 3 : Langsir warna kelabu.

    • Cuba taip di Google ‘pastel brown’. Itu warna yang selesa dipandang.

  5. Sy peminat pink color.klu sy nk pasang langsir ruang tamu soft pink color,warna dinding pink keputihan dan feature wall cat b’tekstur warna kelabu,ok tak?ade idea lain untuk matching dgn lgsir soft pink sy?

    • Idea saudari Hani itu memang menarik dan warna kelabu itu sesuai sekali dengan warna pink. Warna lain yang sesuai dengan pink:
      -warna biru turquoises.
      -warna hijau epal.
      -warna kuning mustard.

  6. apakah warna yang sesuai untuk bilik pejabat dan boleh menampakkan keluasan bilik ?

  7. assalamualaikum….

    saya nk tny wrna hijau ape yg paling sesuai dengan ruang tamu?????ruang tamu saya kecik jer…lpas tu saya nk jadikan warna ijau tu feature wall….dinding lain wrna ape ye?????saya nk pakai cat jotun…ada x die pnye nama warna ijau tu…

    • Waalaikumussalam. Warna Apple Green kerana warnanya tidak terlalu gelap. Dinding lain boleh dibiarkan putih atau berikan warna krim. Berkenaan warna cat Jotun cuba lihat website mereka. PAsti ada nama untuk warna hijau tersebut.

  8. Hijau warna yg Menarik, tetapi apakah warna dinding dlm rmah yg paling sesuai dpadankn dgn tiles warna kelabu? Serta bole tak recommend warna cat luar yg terkini? Adakh warna hitam putih sdah ketinggalan jika digunakn pd kitchen cabinet?

    • 1)Warna kelabu jubin, adalah antara warna yang universal (semua warna ‘in’). Warna coklat, merah jambu, warna kuning emas, warna olive green pun boleh kena dengan jubin kelabu.
      2)Warna luar saya sarankan elok seragam dengan rumah-rumah yang lain supaya tidak menjadi sasaran pencuri(kisah benar) sebab terlalu menonjol. Selalunya warna earth tone. Melainkan kawasan kejiranan itu berwarna-warni.
      3) Perihal warna tidak pernah ketinggalan zaman, cuma perabot ya. Hitam putih berikan kesan nampak urban dan tampak maskulin.

  9. Salam…sya nak minta pandangan…ruang tamu saya gunakan wallpaper sebagai feature wall (warna hitam).sofa warna coklat dan coklat lembut…kalau saya padankan dengan warna grey… ok tak?grey yg mcmana ye?…

    • Salam kembali. Semua warna keluarga kelabu ‘in’.Tetapi bagi mengelakkan ruang tamu nanti menjadi gelap kerana ada hitam dan coklat, pastikan kelabu yang cerah/pucat warnanya. Kelabu asap orang biasa panggil.

  10. salam..saya mempunyai sofa L shape berwarna coklat gelap dan partition kayu.saya ingin mdngecat dinding saya berwarna kuning pastel dan putih diamond..sesuai ke warna pilihan saya ini dan warna apa sesuai untuk langsir saya apabila sofa saya berwarna coklT gelap

    • Apabila kita mempunyai perabot gelap, dinding perlu warna cerah. Warnya yang dipilih tiada masalah. Warna langsir yang sesuai untuk sofa coklat gelap ialah turquoise atau yellow gold atau idea warna langsir lain ialah beige brown.

  11. salam…rumah sy berkeluasan 22×75.sofa sy warna light grey n campur merah sikit pada kusyen kecilnye saje… so nk tanya warna apa ye yang sesuai untuk feature wall sy dan warna langsir?sy juga masih tercari2 warna untuk dining room sy.boleh cadangkan warna yang sesuai?ktchen kabinet sy warna merah cili + hitam…saya inginkan konsep moden…tq…

    • Warna sesuai untuk feature wall – pilihan 1 (kuning mustard) atau pilihan 2 (pastel lime green). Langsir yang ada warna merah supaya ngam dengan kusyen merah.
      Adakah dinding room open space? Maknanya sekali dengan ruang tamu jika ya – light grey.
      dinding dapur – light grey

  12. salam..sy fanatik pink kaler..
    umah br sy dlm pembinaan..
    lau sy nk e’thin is pink ok x?
    dr cat, perabot, kabinet..smuala..
    ok x? huhu

    • Boleh tetapi tona-tona pink yang berbeza. Seperti ‘Hello Kitty Home’. Merah jambunya berbeza, ada yang dark pink, light pink.

  13. boleh x bg idea cat dinding warna apa yg sesui utk perabot yg Warne
    hitam n merah….ruang tamu jenis memanjang n sempit….ruang makan bercantum….

  14. as salam..
    1) saya ingin tahu,warna apakah yang sesuai dengan ruang tamu saya, kerana kebanyakkan perabot di rumah saya adalah daripada kayu jati.. saya ingin warna2 ceria dan ingin menyerlahkan keluasan ruang tamu,,, pencahayaan rumah(from sunlight) sangat limited kerana pintu rumah yang agak kecil …

    2) warna untuk master bedroom yang ada anak kecil,
    warna untuk bilik anak perempuan yang sudah remaja
    warna untuk bilik anak bujang
    *kebanyakkan perabut saya memang kebanyakkan nya kayu jati, dr depan sampailah ke dapur..

  15. salam, hi H.A sy nk tnye pndapt H.A. blh bntu sy dlm pemilihan warna dinding, future wall & langsir. inginkan konsep moden. Di rmh sy ruang tamu & ruang makan di 1 tmpat. Jd prlu ke sy divide antara ruang mkn & ruang tamu ? Perabot sy warna dark brown campur line2 hitam. Sy nk rumah yg nmpk besar & tinggi. Perabot Bilik sy pula warna dark brown. Jd warna yg sesuai utk bilik 2 ape ye? Bilik k2 perabot warna coklat. Warna dinding yg sesuai? Sy harap H.A Dpt bntu. TQ

  16. assalam
    Saya nak tanya..1. ruang tamu saya jenis dinding tinggi,color apa yg sesuai.
    2. kabinet dapur saya warna merah..warna apakah yg sesuai bagi dinding di sekelilingnya.

    • 1-Dinding tinggi sesuai dengan pelbagai warna. Pilih warna yang disukai.
      2-Kelabu atau coklat.

  17. Assalam… Kalau dinding warna dark peach, langsir warna apa yg sesuai?

  18. Saya bru beli rumah d mna lntainya brwarna coklat gelap. Wrna apa yg sesuai untuk dipadankn..

    • Adakah ‘lantainya’. Pilih warna yang cerah dan tidak gelap. Semua warna sesuai kerana coklat adalah warna bumi.

  19. Salam nk tya…klu color dinding merry white(ala2 light cream) n fix wall color latte…warna apa yg sesuai utk langsir n sofa?

    • Apa sahaja warna boleh kerana warna existing itu warna natural tone/ earth tone color.

  20. Salam
    Saya nak tanya pendapat en hazlam untuk warna yang sesuai untuk ruang tamu dan dapur saya.langsir ruang tamu saya warna merun,perabot saya (sofa n kabinet tv) warna hitam.warna ape yg sesuai untuk feature wall dan warna yg sesuai digabungkan dengan warna feature wall tersebut.untuk dapur,kitchen kabinet saya warna hijau pucuk pisang+hitam.

    • Dinding dibiarkan semua putih dan hanya feature wall ruang tamu warna maroon atau warna kelabu. Takuti jika dinding lain diwarnakan akan menjadi gelap

  21. Salam,
    Saya nak tanya, jika saya cat rumah warna kelabu asap dan feature wall warna turqoise. warna apa yang sesuai untuk langsir.

  22. asalam…saya nak tanya, saya baru beli rumah jenis apartment, sesuai tak kalau saya gunakan kaler merah utk dinding bhgian tv, dan dinding bertntngan lg memanjang warna kelabu n dinding sebaris merah tu saya bg kaler kuning…dan apakah warna yang sesuai utk langsir,sofa dan syiling.bagaimana pula dengan lampu yang sesuai utk wrna2 tu..

    • Warna dinding tiga warna sesuai dan tanpa warna kuning pun sesuai (hanya merah dan kelabu).
      Siling seleloknya tidak perlu warna. Sofa merah dan langsir kuning.
      Lampu badan berwarna putih.

  23. Salam…maaf sy ingin bertanyakn pndapat…kbnykn perabut sy adlah dri kayu dn brwarna coklat…apakah gabungn warna yg ssuai tuk ruangn ruang tamu rumah sy…trima kasih

    • Kerana warnanya yang natural iaitu warna kayu dan coklat ia boleh dipadankan dengan semua warna. Hanya cuma pastikan warna dipilih bukan gelap contoh biru cerah okey jangan biru gelap.

  24. as salam…kalau dinding rmh warna merah, warna apa yg sesuai untuk langsir…tq

  25. Assalam En Hazlam Anuar,sy bercadang nak cat bahagian luar rumah dgn warna pink.. Pada padangan en, warna pink jika digabungkan dgn dark coklat ok x? Atau mungkin En boleh bg cadangan warna yg sesuai utk digabungankan dgn warna pink. Jenis rumah sy adalah rumah teres satu dgn pagar batu..

  26. saudara, apakah warna permaidani dan kusyen kecil yang sesuai dengan sofa berwarna krim dan dinding utama berwarna merah.

  27. Salam, saya ingin meminta pendapat. Warna cat bilk tidur saya peach lembut. Apakah warna langsir yg sepadan dgn cat td.

  28. Salam, sebelum ni dinding rumah saya warna kuning, sempena raya ni saya bercadang nak bertukar warna. Warna apakah yang sesuai memandangkan lantai berwarna kuning dengan kebanyakan perabot,langsir dan permaidani adalah berwarna coklat dan hitam

    • Pemilihan warna agak subjektif, kerana ia lebih kepada citarasa. Apa yang boleh saya cadangkan ialah warna HIJAU atau KELABU.

  29. salam..en hazlam,

    nk minta pendapat..adakah sesuai jika saya ingin:
    1) dinding ruang makan warna orange; dan
    2) dinding sekitarnya berwarna terra peach?

    kerana sy mempunyai:
    1) tv dan tv cabinet, sofa dan meja makan berwarna hitam;dan
    2) langsir berwarna kelabu(seakan-akan coklat)

    jika sy ingin memadankan dgn permaidani dan hiasan-hiasan dinding, apakah warna yang sesuai?

    TQ…

    • Salam kembali, Ya sesuai. Padankan warna hijau dan biru turqoise di perabot atau pada aksesori seperti pasu/ permaidani atau hiasan dinding.

  30. salam HA, sy bru nak bpindah ke rumah bru. sofa leather seat color mocha, dinding putih, color langsir apa yg sesuai? supaya x nmpak kosong sgt n hiasan yg bagaimana sesuai memandangkan rumah masih baru.

    • Warna-warna ceria dan terang seperti Hijau/Jingga/Turquoise. Langsir ini mahu warna polos boleh hendak bercorak pun boleh.

  31. Salam..if dinding kaler hijau gelap n putih perabot plak kaler coklat kayu jati n merah..langsir sesuai kaler ape ye?

  32. assalam..sy telah mengecat ruNG TAMU DENGAN warna grey..tetapi nampaknya rumah telah menjadi gelap kerna warna nya terlalu tua/terang.langsir pula telah ditempah dengan warna coklat..adakah ianya sesuai ?…tolong bantu saya..

    • Apabila sudah terjadi begini. Kita atasinya dengan pencahayaan. Table lamp atas meja sisi sebelah sofa. Floor lamp diletakkan di sudut ruang tamu. Untuk langsir. Buat dua layer. Layer belah luar ia coklat dan layer dalam yang putih sheer. Apabila siang pakai sheer dan langsir coklat tolak ke tepi.

  33. Warna kabinet dapur sy merah putih…table top warna hitam…warna apa yg sesuai utk dinding dapur sy…tq for sharing…

  34. Salam Hazlam,
    Saya tinggal di unit kondominium dan perabot dlm rumah saya di dominasi dengan warna coklat gelap. Kabinet di ruang dapur adalah kombinasi kabinet kayu pasang siap warna coklat gelap & putih.
    Ruang tamu pula ada sofa kulit warna hitam.Dan saya sedang memikirkan warna apa yg boleh menaikkan seri ruang dapur, makan & ruang tamu rumah saya. Langsir, feature wall, hiasan dinding & soft furnishing apa yg sesuai utk di gandingkan dgn ruang dapur, makan & ruang tamu saya yg di dominasi dengan perabot warna gelap. Terima kasih.

    • Apabila perabot gelap, dinding perlu warna cerah. Warna naik seri selalunya warna ceria seperti kuning atau jingga. Boleh mendapat insprasi dengan warna-warna pastel/ candy color untuk langsir, feature wall, hiasan dinding & soft furnishing.

  35. salam en hazlam..
    saya baru sahaja renovate rumah saya dan telan dicat undercoat..sekarang ini saya dah tempah set sofa berwarna coklat yang tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap berserta kerusi meja makan yang sama warna dengan sofa…ruang tamu saya adalah 10×19 kaki…warna apakah yang sesuai untuk dimainkan bagi menampakkan ianya moden tetapi ringkas sahaja, saya bercadang nak buat 3 colour dimensi yang pertama di rak tv, di belakang sofa dan dinding antara dapur…dan warna apa yang sesuai untuk langsir tq

  36. Salam En Hazlam.

    sy nak mintak pendapat en. hazlam untuk hiasan bilik pengantin sy nnt…sekarang nie dinding bilik warna hijau epal dan cadar pula saya terbeli wrna kelabu gelap..huhu..sekarang pending x tau nk beli warna apa untuk langsir bilik spaya match dgn wrna dinding dan cadar katil sy tue…. 🙁

    • Mohon maaf, saya tiada kepakaran dalam hiasan bilik pengantin. Apa yang dapat saya bantu, pilih warna daripada keluarga hijau.

  37. Salam En. Hazlam,

    Saya Ingin minta jasa baik tuan untuk berikan pendapat… Apakah warna yang sesuai untuk dinding, feature wall dan langsir saya jika

    1) perabot saya warna coklat kehitaman
    2) perlu atau tidak saya warnakan dinding dengan dua tone warna?
    3) kabinet tergantung untuk letak tv berwarna gold?

    Terima kasih

    Terima kasih

  38. Salam En. Hazlam saya nak tanya kalau ruang tamu kecil sesuai tak kalau saya nak cat feature wall kelabu dan wall warna pink…perabut saya warna hitam dan sofa color merah dan warna langsir warna apa sesuai.Tq

    • Warna yang dipilih sesuai. Bagi langsir warna cream peach atau grey pink.

  39. Akum.sy nk mntk pndpt,if bumbung rumah merah.gabungan warna apa sesuai tuk luar rumah,.

    • Beberapa warna dinding luar sebagai pilihan. Hijau pucat / kelabu / kuning atau pun biru .

  40. assalam..nak tanye warna hijau di dlm gambar contoh diatas tu apa warna nye? dan jenis cat apa? terima kasih..

  41. Sekarang tile diruang tamu rumah saya berwarna pink, boleh tak kalau nak dipadankan dengan dinding berwarna hijau.

  42. Asslmkm. nk mtk pdpt..ruang tamu kecil nk cat warna hijau?lsir warna coklat..warna bilik utama lsir warna ungu lsir coklat jgk ok ke..ruang mkn dgn ruang dapur warna ape yg sesuai..?

  43. sori……ruang tamu nk cat warna hijau ? lsir warna coklat?bilik utama warna ungu ? lsir warna coklat jgk?ok ke..?ruang mkn dgn ruang dpr warna ape yg sesuai..?

    • Okey cuma jangan hijau gelap + coklat gelap atau ungu gelapa+coklat gelap. Elok kontras. Salah satu perlu gelap dan satu lagi perlu cerah. Adakah ruang tamu dan ruang makan dipisangkan dengan dinding? Jika tidak elok warna hijau terus. Dapur warna ungu pun boleh

  44. salam,

    saya bercandang nak cat ruang tamu warna grey / putih
    dan bercadang nak letak wall paper sbg future wall color grey
    berbunga/kotak. manakala langsir malam color coklat gelap dan sheer putih. untuk ruang dapur cabinet hitam dan dinding atas dicat dgn grey terang juga.

    • Okey, teruskan kerana nampak seragam dan balance.
      Berikan warna pada aksesori seperti kusyen, karpet, pasu dengan warna ceria seperti jingga, hijau dan lain-lain.

  45. Assalam,
    Saya bercadang nak cat dinding ruang tamu tetapi masih tidak tahu warna apa yang sesuai. Langsir rumah warna kelabu gelap, dan kebanyakan perabot warna hitam + sedikit putih, frame gambar di dinding pula kaler coklat gelap manakala carpet pula warna hijau lembut. Mohon pendapat.

  46. Saya nk tnya lau tiles rumah warna pink warna apakah yang sesuaui utk ruang tamu..blh nampak luas…bgitu juga ruang dapur yg memanjang..saya berminat warna kelabu n gold..

    • Warna lantai jubin pink seakan-akan warna alami / natural. Boleh sahaja warna dinding light grey.

  47. saya baru nak start buat langsir untuk ruang tamu rumah baru,dinding warna putih,saya nakkan tema merah,hitam,putih di ruang tamu,warna langsir apa yg sesuai?

    • Langsir banyak warna hitam dan sedikit merah atau langsir banyak warna merah dan sedikit warna hitam (corak).

  48. saya nk minta pendapat, dinding rumah saya warna pink.. warna ape yang sesuai untuk pemilihan warna langsir.

  49. mahu cari warna feature wall yang ceria warna hijau apa yang cantik dan sesuai, sofa warna kelabu dan ruang menonton berasingan dari sofa dan langsir warna apa yang sesuai dengan hijau

  50. Saya ingin meminta pendapat en.hazlam…. sofa rumah saya bewarna colat gelap, langsir saya pun bewarna coklat gelap… warna bagaimana yang patut saya guna untuk saya mengecat futurewall rumah saya?

    • coklat merupakan warna natural. Apa-apa warna masuk. Tetapi pastikan ia warna terang/lembut/pastel.

    • Perabot – coklat / kuning / biru / kelabu / merah / hitam
      Langsir – coklat / kuning / biru / kelabu / merah / hitam

  51. salam..encik saya mohon pndgn..if sofa warna merah hitam n meja mkn warna hitam..dinding ruang tamu sesuai cat warna apa ye?ruang tamu n ruang mkn bersambung.ruang kecil je.langsir sesuai warna apa ye encik?..

    • dinding warna pilih- Putih / cream / kelabu
      langsir warna pilihan – corak merah dan hitam / kelabu polos / brown

  52. Encik rumah saya juga tingkap di tinted gold..mohon pandangan encik

  53. salam..saya nak tanya…wall rumah saya warna hijau lembut..karpet di ruang tamu ada warna kat situ warna hijau terang, hijau lembut, putih dan hitam. so warna apa saya sesuai boleh letak utk sofa kalau nak 2tone warna..dan langsir perlu warna apa? blh jawab ngan segera..sebab plan esok dh nak g beli..

    t.kasih..salam..

    • Langsir warna cream polos atau ada corak sedikit hijau dan coklet. Pilihan lain- hijau gelap.
      Warna sofa atau warna kusyen? Kalau sofa warna kelabu atau warna coklat. Kusyen warna hijau dan warna pink.

  54. Salam saya nak tanya…wall rumah saya warna merah terang sbelah kanan sebelah kiri warna grey agak terang jugak..sofa merah terang.So langsir perlu warna apa? tlng jawap sat dah pening sebab plan esok sabtu nie dh nak g beli..

  55. warna tiles untuk living room wrna hijau..so wrna apa sesuai untuk dinding??bole bg suggestion??

    • Warna hijau ialah warna natural, Semua warna sesuai. Merah / Biru / Kelabu / Kuning / Coklat

  56. Slm,sy nk minta pendapat..sy br cat dinding dgn feuture wall warna natural nippon paint..tp nmpk mcm gelap..sbb perabot sy jati…mcm mn sy nk buat?perlukah cat blk?dan apa warna sesuai

    • Jika warna dinding cerah, mudah untuk cat semula. Jika warna gelap, perlu satu lapisan cat putih dan kemudian pilih warna yang sesuai.
      Boleh pilih warna krim atau warna lain tetapi banyak putih (umpama warna pastel)

  57. Saya nk tnye sy dah beli cat tok future wall warna pink gelap n dniding tepi soft purple..langsir warna ape ye yg sesuai dgn cat itu..perabot wrna hitam..

    • Ada 3 pilihan warna langsir:
      1) Warna langsir yang ada tona pink dan purple. Supaya nampak seragam.
      2) Warna utama (base) krim. bercorak pink dan purple.
      3) Warna kelabu kosong.

  58. As salam..saya nk tanya,saya memilih kabinet warna merah dan hitam,warna apa yg sesuai utk mozek lantai dapur saya?

    • Kerana kabinet warna gelap, elok lantai warna cerah seperti putih, krim atau kelabu.

  59. langsir ruang tamu saya bwarna merah tua/gelap corak bunga..warna cat apa yg sesuai untuk digunakan..?

    • Warna yang cerah/lembut. Pilihan warna untuk padan dengan langsir ialah krim / kelabut / hijau

  60. Salam….saya nak tnya en.hazlam..klu perabot saya gunakan perabot jati…warna apa yg sesuai utk saya cat riang tamu saya?

      • hi.

        nak tny pendapat utk color langsir.

        pic wall hijau lumut.dinding lain hijau cair.perabot hitam/coklat gelap.langsir elok color apa?

  61. Nak minta pandangan untuk ruang tamu apartment saya. Kalau dinding original cat putih dan sofa 2 seater warna orange country. Kain warna apakah yang sesuai untuk dibuat langsir ?

    • Pilihan warna kain yang sesuai dengan orange:

      -Hijau
      -Kelabu
      -Merah
      -Kuning

    • Warna lembut/ pastel (iaitu warna yang banyak putih). Cream / light grey / baby blue / soft green

  62. Salam…nk tanye pndptn. Dinding cat putih.langsir Brown tp cerah…kerusi jenis ottoman warna coklat gelap jenis rotan…masalah nyer sofa utama sy dh tempah warna merah +dark Brown jenis leather. Sesuai x sofa ni? Nk wujudkan suasana moden kontemporari

    • Sebab sudah tempah. Tidak mengapa. Yang penting tambah warna merah pada aksesori. Supaya nampak sofa merah tidak terlalu asing.

  63. Salam..sy bru bpindah rumah flat.nk cat rumah hijau+kuning tp jiran sblh rumah pn cat mcmtu juga. Apa lg gbungan wrna yg harmoni utk rumah sy? Sy ada baby lelaki 6bulan 🙂

    • Warna harmoni banyak pilihan dan perlukan mix and match. Saya sarankan mencari inspirasi floral atau almari pakaian puan. Lagipun hijau banyak jenis hijau dan begitu juga kuning.

  64. Salam En Hazlam.
    sy nak mintak pendapat en. hazlam dalam bilik saya dinding bilik warna hijau epal tetapi sebelah kiri dan kanan warna putih..sekarang saya nak tanya warna apa yang sesuai utk saya letakkan dekat tingkap saya sbb dinding yang terdapat tingkap satu berwarna putih satu berwarna hijau apple…he..he..

  65. Assalam.. Apa warna yang paling sesuai untuk bilik ye ? saya dah salah match kan warna cat bilik saya and memang tak menarik langsung. Plan nak tukat cat. Wardrobe putih kekuningan katil putih. Langsir warna coklat. boleh suggest warna apa yang paling cantik untuk bilik dan langsir yang match ? Thanks

  66. En.hazlam,sy sdg berkira2 utk mengecat featured wall utk ruang tamu warna coklat gelap,apakah warna perabot dan langsir yg sesuai utk menampakkan ruang tsbt lbh elegan dan luas,tq

  67. ADIK…AKAK BARU BELI SOFA LEATHER BERWARNA MEROON. WARNA APAKAH YANG PERLU AKAK CAT DI DINDING (LIVING ROOM)DAN CARPET WARNA APAKAH YANG SESUAI…TQ

  68. assalam…nak tanya..keseluruhan rumah saya adalan perabot jati…color apakah yang sesuai?

  69. As-Salam, mohon pendapat, bilik feature warna purple ke maroon,gandingan purple ke light pink, siling putih, katil putih dan baju pengantin baby blue. Cadar dan curtain nk guna warna ape ye… TQVM.

  70. As’salam Bro,

    Rumah saya 70% Hampir Siap.
    Bumbung Warna Hijau. Apakah warna yg sesuai untuk dinding luar.

    terima kasih.

    • Semua warna sesuai (ikut minat pemilik ). Kerana warna lantai itu natural.

  71. salam saya nak cat ruang tamu dan ruang family tp tk tau warna yg sesuai.lantai tile warna putih cream.Boleh beri cadangan.

  72. Asslm en.hazlan…maaf brtanya…jika sofa saya berwarna kelabu gelap mix bunga purple,dinding warna apa yg sesuai..trma kasih..

  73. Assalam…saya nk tanya dinding ruang tamu rmh saya wrna hijau lembut…perabot saya semua hitam & putih… bolehkh saya nk kombinasi dengan perabot jati yg wrna kayu tu atau lazy chair warna merah? Adakah match dgn sofa yg hitam putih dan wall hijau tu?

  74. salam,

    mohon untuk design colour masterbedroom.Tema: 1 wall dekat katil merah, dan colour merah macam mana sesuai.Jenis cat yg digunakan JOTUN. mohon jawapan

    • Warna gelap. Contoh pilihan warna:
      – Hijau
      – Kelabu
      – Coklat
      – Dark orange

  75. Salam. Nk minta pendapat. Rumah sy br cat warna soft yellow. Perabut suma warna hitam. Warna apa yg sesuai untuk langsir?

  76. Salam,nk bertny. . Sy plan nak cat dinding blk tidur hijau pastel yg terang yg ceria tu. . Die cerah n ceria n xgelap. Xtahu nak pasang karpet warna ape. . Boleh tlg bg tips or nasihat? Tema perabot putih, diy utk kasut and hanger vloth pun diy putih. Sy plan nk beli batu bate utk lapik dgn playwood jgk bwh rak baju. Xthu nk cat kaler ape if amk bate paair. If bate merah xpyh cat dah. . Blh bg suggestion utk karpet dan warna cat bata pasir n playwood tu?. Tq

    • Pilihan warna langsir:

      1) Light grey jika ungu gelap Dark grey ( jika ungu terang)- Berikan kesan balance dan warna selamat.
      2) Apple green or olive green – Berikan kesan kontras, segar.
      3) Light brown fabrik baldu – Berikan kesan sofisikated dan mewah

  77. Nak tanya en hazlam,ruang tamu saya warna butter cream + hijau+ meja kopi kayu jati.saya ingin menukar wat butter cream(kuning air)..warna apakah yg lebih sesuai utk dipadankan dgn warna hijau.warna pintu putih.

  78. Salam En. Hazlam..sy nk tanya,kalau jubin lantai warna merah hati, wall dinding sesuai dgn cat colour apa? Sy masih konfius dalam pilihan warna dinding :'(..

  79. Saya nk tanya pendapat, klu sy pilih warna ruang tamu purple, ruang makan light pink..dapur pulak warna gray.. warna apa yg sesuai untuk mozek kabinet ngan mozek dinding dapur.

  80. Salam…nk tnye…dinding rumah wrna putih…sofa wrna hitam/kusyen merah…langsir wrna apa yg sesuai ya?? Tq

  81. salam. saya nak minta pendapat mengenai pemilihan warna utk feature wall & curtain.
    ruang tamu saya mempunyai sofa fella design – base soft green & berbunga purple, wood coffee table & carpet kosong purple di ruang sofa & carpet belang2 purple & cream di ruang tv.
    saya berhasrat utk pilih cat feature wall color pastel purple & curtain velvet dark purple with grey or cream sheer.
    adakah kombinasi tersebut sesuai & not too much purple? TQ

  82. salam..nak tya dinding rumah warna dark grey n soft grey…warna langsir apa yg sesuai ya..

  83. Salam en hazlam…langsir saya kaler dark purple(silver floral)..perabot putih kelabu…kaler cat ape sesuai untuk ruang tamu saya?better buat feature wall or cat smua?

  84. Sofa saya warna merah maroon..
    Saya nak cat dinding tapi tak tau nak cat warna apa..
    langsir pun tak tahu nak pilih warna ape
    help me pleaseee

  85. Assalamualaikum….

    sy nk tanya..warna cat yg sesuai untuk ‘living’ dan ‘dining’ (ruangannya bersambung) jika perabot kayu jati dan langsir saya warna merah + cream.

  86. salam nak tnya..sesuai ke langsir warna dark blue dgn dinding rumah warna cream? sofa hitam putih..

  87. Salam.sy bcadang nak guna wallpaper utk wall.klo langsir sy warna dark brown & perabut guna kayu jati yg light brown..warna apa yg sesuai utk wallpaper sy? Tq.

  88. Assalam…nk tnya jika langsir rumh sya warna purple dn crim…warna apa yang sesuai untuk dinding rmh

  89. salam.. nk tny..saya sdg reno rumah..dan tertarik dgn warna2 grey di mana skg ni menjadi trend warna2 rumah design moden..sesuaikah warna grey utk bumbung saya yg mempunyai gable end dr papan/kayu..wpun porch sy ada menggunakan tempered glass

  90. salam.. saya nk tnye.. langsir office sye warna soft purple, sofa warna dark chocolate n karpet warna kelabu. dinding dab perabot warna apa yg sesuai ye?.

  91. As Salam… Apakah trend warna dinding luar rumah tahun 2015. Jika ingin menggunakan 2 warna untuk dinding luar rumah banglo, bagaimana caranya untuk memadankannya?

  92. Salam.. Ruang tamu saya ada 2 ruang tamu.. Tv gntung di dinding..kabinet tv warna putih..day curtain putih.night curtain kelabu bunga hitam..ruang tamu dpn tv sofa jati kusyen gold berbunga hitam..manakala sofa 1 lg sofa moden hitam ku§yen purple+oren+merah+biru+olive green..apakah warna@corak wallpaper yg sesuai…sy brcadang nk letak wallpaper pada 4 dinding ruangtamu..

  93. Assalam,

    Saya nak tanya jika sofa berwarna oren apakah warna padanan bagi wall ruang tamu ..rumah saya rumah teres .

  94. Hello, nak minta pendapat sedikit
    Saya baru membeli sebuah apartment kecil. Apa warna dinding yang sesuai untuk lantai (tiles) berwarna putih? Saya telah memasang chandelier berwarna hitam di ruang tamu. Thank you.

Leave a Reply to Leen Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *