ASEAN Culture House- Pusat Sehenti Memperkenalkan Budaya Negara-Negara ASEAN.

ASEAN Culture House

ASEAN Culture House di Haeundae, Busan

ASEAN Culture House yang terletak di Busan. Seperti namanya, ia merupakan bangunan yang memperkenalkan budaya negara-negara ASEAN ( Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam).

ASEAN Culture House reception

Welcome to ASEAN Culture House for 2018 ACH participants

Para peserta dari negara-negara ASEAN bagi 2018 ACH Invitation Program for ASEAN fans of Hallyu (Korean Wave)

Tujuan bangunan ini dihasilkan bagi memperkenalkan rakyat Korea tentang informasi sebenar, budaya, adat negara-negara ASEAN selain menjalinkan bersahabatan antara ASEAN dan Korea. Ketika kami tiba, minggu/bulan bagi negara Singapura.

Fasiliti-fasiliti yang terdapat di sini:

  1. Permanent Exhibition Gallery –  memperkenalkan, sejarah, budaya dan barangan negara-negara ASEAN.
  2. Special Exhibition Gallery -pameran semasa seperti permainan traditional, pameran foto, pameran tekstil.
  3. ACH Hall – menyajikan persembahan seperti muzik, tarian dan filem.
  4. Cultural Experience Zone – aktiviti memasak, kraf tangan.
  5. Lecture Room – Kelas bahasa, kuliah dengan pelbagai topik (travel, budaya, society, ekonomi)

Poster pameran dan aktiviti di ASEAN Culture House

Pameran sejarah dan produk negara-negara ASEAN

ASEAN Quiz area

Playful ASEAN

(ASEAN Seen Throught Traditional Leisure Activities)

Playful ASEAN poster by ASEAN Culture House

Ketika kami tiba, di Special Exhibition Gallery sedang berlangsungnya pameran permainan-permainan traditional negara-negara ASEAN.

Permainan tradisional Sepak Bulu Ayam

Permainan tradisional Batu Seremban

Teruja melihat permainan yang dimain masa kecil iaitu baling selipar,guli, gasing dan lompat getah.

Permainan tradisional baling selipar

Permainan tradisional guli

Permainan tradisional gasing dan lompat getah

Permainan tradisional Terompah Tempurung Kelapa. Turut membawa buku sendiri’ Ayah, Apa Itu?’

Komik Datuk Lat dalam bahasa Korea

Sempat juga saya mencuba aktiviti tongue twisters games. Ingatkan Malaysia hanya ada “Kakakku kata kuku kaki kiriku kaku, ku kikis kikis kuku kaki kiriku.” Rupanya ada yang lain seperti “buaya biawak, buaya biawak…” selain versi negara-negara ASEAN.

Penutup longkang ASEAN Culture House

Note: Featured Images credit FB ASEAN Culture House

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *