Bengkel “JOM DEKO” IMPIANA & ELYZA’S Beri Peluang Pembaca Dalami Dunia Dekorasi

 

Baru-baru ini, H.A berkesempatan menghadiri Bengkel  JOM DEKO Bersama IMPIANA & ELYZA’S yang bertemakan biru putih. ELYZA’S yang dikenali sebagai  House of Window Dressing Specialist bekerjasama dengan majalah hiasan IMPIANA, mengadakan bengkel deko bersama pembaca-pembaca setia dan pelanggan ELYZA’S.

Bertempatkan di bilik pameran (ELYZA’S concept store)  yang terbaru di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Lokasinya berhampiran landmark Wangsa Walk Mall, Burger’King dan Restoran NZ Curry House.

Bengkel Jom Dekor Impiana Elyzas

Seperti artis pula rasanya di Bengkel Jom Deko Impiana Elyzas

Bersama editor majalah Impiana Cik Li dan Bersama Founder ELYZA'S Elyza Yong

Bersama editor majalah Impiana Cik Li (kiri) dan Bersama Founder ELYZA’S Elyza Yong (kanan)

ELYZAS_House of Window Dressings

Bengkel JOM DEKO yang diadakan selama separuh hari ini atas usaha  tim majalah IMPIANA yang mahu memenuhi pemintaan para pembaca yang ingin pelajari secara langsung dunia dekorasi. Seperti bagaimana mahu menghias dengan betul, cara pemilihan perabot yang sesuai, aksesori dekorasi seperti kemasan lembut yang sepadan dengan kediaman kita, dan sebagainya.

Program bermula dengan kata-kata aluan editor IMPIANA, Encik Rosli Ahmad (CikLi) dengan menceritakan:

  • Serba sedikit sejarah majalah IMPIANA kepada tetamu.
  • Menjadikan IMPIANA sebagai sumber rujukan dan inspirasi dalam menata kediaman kepada pembaca.
  • Ketahui produk-produk terkini di pasaran.
  • Selain itu, salah satu tujuan progam ini diadakan untuk mendekatkan pembaca setia majalah IMPIANA dengan tim (tulang belakang) majalah IMPIANA.

 

Ucapan pembukaan Editor Impiana_Cik Li

Ucapan pembukaan editor IMPIANA, Cik Li

Seterusnya, sesi bengkel disampaikan sendiri secara live dan eksklusif oleh pengasas  ELYZA’S Home, iaitu Puan Elyza Yong. Beliau menyampaikan bengkel deko bertajuk:

  • Bagaimana hiasan tingkap dapat meningkatkan kualiti hidup kita.
  • Bagaimana memilih hiasan tingkap yang betul.
  • Tip-tip pereka & hiasan tingkap.

 

Ketiga-tiga topik ini, H.A akan kumpaskan dengan lebih terperinci pada minggu depan.

Elyza Yong menyampaikan tip hiasan tingkap dan tip pereka

Puan Elyza Yong menyampaikan tip hiasan tingkap dan tip pereka

Istimewanya pada hari tersebut , sebahagian peserta telah mendapat konsultasi dalam bentuk 3D secara percuma. Apabila mereka telah menghantar gambar rumah mereka sebelum bengkel ini berlangsung. Dapatlah H.A melihat 3D yang telah di makeover  dengan disertakan cadangan fabrik ELYZA’S yang sesuai.

Para hadirin juga dapat melihat fabrik terbaru 2014 , serta perkhidmatan yang ditawarkan ELYZA’S Home.

ELYZAS fabrik terbaru 2014

ELYZA’S fabrik terbaru 2014

Sepanjang bengkel JOM DEKO ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan. Antaranya, sesi soal jawab setiap akhir bengkel, diselang-selikan cabutan bertuah (H.A bertuah mendapat beg turquoise, yeah! ) dan sesi bergambar. Turut diadakan pertandingan  TAG, LIKE & SHARE CONTEST, sempena pembukaan bilik pameran terbaru ELYZA’S Home.

ELYZAS goodie tote dan hadiah cabutan bertuah

ELYZA’S goodie tote dan hadiah cabutan bertuah

Suasana bilik pameran di Wangsa Maju yang baru sahaja dirasmikan. Menariknya perkhidmatan menata bilik pengantin turut disediakan.

ELYZA'S concept store showroom

ELYZA’S concept store showroom

Bagi pembaca H.A yang mahu mendapatkan servis hiasan dalaman terutama window dressing yang cantik dan berkualiti, boleh singgah ke bilik-bilik pameran mereka di:

ELYZA’S Wangsa Maju
No. 21-G,
Jalan Wangsa Delima 2/1A,
Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

ELYZA’S SACC Mall
Level 1, SACC Mall
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Elyza’s Home (M) Sdn. Bhd.
Lot 266, Jalan Cheras Batu 11,
43200 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Related posts:

The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *