Buku, Biskut dan Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Wah-wah mana hilangnya H.A ini?

H.A ada, cuma tidak sangka terleka untuk kemas kini blog, lihat tarikh akhir post. (geleng kepala). Tetapi, H.A sempat menjawab soalan-soalan deko yang ditanya oleh pembaca.  Blog H.A ini seperti iklan biskut. Kejap ada, kejap tiada. Lepas ini, H.A cuba kerapkan kemas kini blog, supaya pembaca yang H.A hormati dapat tip-tip dan idea dekorasi daripada pengongsian H.A.

Misi membeli biskut raya kegemaran

Membeli biskut raya kegemaran

Kenapa  tidak kerap kemas kini blog?

Selain melakukan kerja-kerja konsultasi dan desain, bagi yang belum tahu, H.A turut menulis novel. Bulan April yang lalu, telah terbitnya novel ke-2 H.A yang bertajuk ‘Aku Mahu Banglo Pink‘. Selepas ini, akan ada novel seterusnya dan memang kini menjadi penulis bersama dengan novelis novel remaja popular, Ain Maisarah.

Hazlam Anuar bersama novel Aku Mahu Banglo Pink

Hazlam Anuar bersama novel Aku Mahu Banglo Pink

Jadi apabila menulis novel, otak terus fokus menulis. Sebab itu jarang ada di blog (lepas ini Insya-Allah kerap) dan lebih ada di Facebook Hazlam Anuar (boleh klik like di sidebar kanan)

Lepas ini apa?

Hah! H.A sekarang sedang menyiapkan beberapa artikel (post) yang tertangguh. Dalam masa terdekat akan publish. Nantikan yea.

Di kesempatan ini juga, dan harap belum terlewat untuk H.A mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, maaf zahir dan batin.

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *