RSS Feed

‘Aktiviti’ Category

  1. Cerita 9 Hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

    May 13, 2013 by Hazlam Anuar

    Cerita H.A sembilan hari di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di PWTC. Bertarikh 26 April-4 Mei 2013.

    Menyolek Gerai

    Sebelum esok pesta buku (26 April) persiapan booth perlu dilakukan. Mulalah aktiviti menghias booth Kedai Pink Ain Maisarah dengan pemasangan langsir warna biru sebagai latar, meja ditutupi kain baldu merah jambu dan meletakkan sofa dua tempat duduk dengan sepasang mirror effect cushion  dan karpet bulu (ruang digunakan untuk sesi autograf dan bertemu peminat Ain Maisarah).

    Mula menghias gerai kedai Pink Ain Maisarah

    Kedai BLINK Ain Maisarah siap dekorasi

    Walaupun nama booth ada perkataan pink, pada tahun ini (ke-4) temanya adalah  BLINK (Blue+Pink) sempena Ain Maisarah yang baru mewujudkan syarikat penerbitannya sendiri iaitu BLINK Book Sdn. Bhd. Menurut laporan, di masa depan akan dikenali sebagai Kedai BLINK Ain Maisarah.

    Teruskan membaca


  2. Ziarah Rumah Allah Ketika Menjadi TetamuNya

    February 23, 2013 by Hazlam Anuar

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pastinya anda menantikan tip-tip dekorasi terbaru daripda H.A kan. Minta maaf kerana kesihatan H.A belum pulih 100 peratus setelah tiba di tanah air. Untuk pengetahuan, pada 5 Februari sehingga 18 Februari yang lepas, H.A berada di Madinah dan Makkah bagi mengerjakan umrah. Sebab itu senyap sahaja selama dua minggu di blog dan di Facebook H.A ini.

    Ketika di sana, H.A dapat melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Uhud, Jabal Rahmah, ladang kurma, ladang ternakan unta, mendaki Jabal Nur untuk melihat Gua Hira’, Muzium Haramain, Zam-Zam Tower dan menziarahi rumah-rumah Allah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain (dua kiblat), Masjid Nabawi (Maqam Rasulullah SAW dan Raudhah), Masjidil Haram dan Kaabah, Masjid Bir Ali (bermiqat umrah pertama), Masjid Ja’ranah (bermiqat umrah kedua), Masjid Taneem (bermiqat umrah ketiga untuk arwah bapa).

    Umrah pertama dan ziarah rumah-rumah Allah

    Umrah pertama dan ziarah rumah-rumah Allah

    Teruskan Membaca


  3. Penulis Yang Menjual Sebanyak 100 Lebih Buah Bukunya Dalam Masa 10 Hari

    May 8, 2012 by Hazlam Anuar

    Pada pesta buku yang berlangsung baru-baru ini selama 10 hari (27 April- 6 Mei 2012) di PWTC, Kuala Lumpur.  Saya bercuti untuk berada setiap hari bagi mempromosikan buku pertama saya iaitu buku Mudahnya Google SketchUp terbitan PTS NetMedia Sdn. Bhd.

    Suasana booth PTS di PBAKL 2012

    Suasana booth PTS di PBAKL 2012

    Dibawah ini ditunjukkan beberapa perkara yang saya lakukan berdasarkan teknik kos rendah atau percuma yang terdapat dalam buku Pemasaran Gerila Untuk Penulis terbitan PTS.

    Pemasaran Gerila Untuk Penulis-Terbitan PTS

    Buku Pemasaran Gerila Untuk Penulis-Terbitan PTS

    Buku saya merupakan sebuah buku perisian dan memerlukan penerangan dan demo untuk bakal pembeli memahaminya dan kenapa ia mudah seperti tajuknya. Mari lihat apa yang saya lakukan!

    Teruskan Membaca Artikel