RSS Feed

‘ebook’ Category

  1. Dekorasi Kediaman Rumah Cara Bajet

    March 5, 2012 by Hazlam Anuar

    Adakah anda ingin tahu bagaimana mencantikkan rumah dengan cara bajet ?

    Adakah anda ingin cantikkan kediaman anda tanpa tunggu Hari Raya ?

    Adakah anda memerlukan wang untuk perkara penting yang lain, tapi pada masa yang sama teringin menceriakan rumah tanpa perlu berlanja yang banyak ?

    H.A tanyakan soalan-soalan tersebut bukannya apa, sejak banyak perkara terutama barang makin naik, itu naik ini naik (cuma hujan sahaja yang turun). Kebanyakkan kita, kalau boleh ingin berjimat dalam setiap perkara.

    Dan bagi H.A yang terlibat dalam bidang dekorasi dan hiasan dalaman ini , ingin dekorasi kediaman kita boleh dijimatkan dan dalam pada masa yang sama nampak cantik. Tidaklah berjimat sampai jadi bilik tidur dalam gambar di atas! Hanya ada perabot asas (katil), nampak kurang menarik  dan kosong (sangat membazir ruang yang luas itu.

    Teruskan Membaca Artikel


  2. 8 Soalan Sebelum Kita Membeli Perabot

    December 8, 2011 by Hazlam Anuar

    Apabila membeli perabot, kita begitu rambang mata melihat perabot yang cantik dalam pelbagai bentuk. Kita cuba,kita tengok harga dan kita beli, tetapi apabila sampai di rumah, perabot itu tidak sesuai dengan ruang kediaman, tidak muat dalam bilik dan rasa tidak praktikal pula. Kenapa ini terjadi,harga perabot bukannya murah!

    Kita seeloknya tidak membeli kerana suka dan cantik sahaja, tetapi lebih kepada membeli kerana keperluan perabot tersebut  di rumah. Oleh itu,mulakan tanya diri kita 8 soalan ini sebelum membeli perabot.

    Teruskan Membaca Artikel


  3. Isi kandungan ebook Deko Perabot

    November 29, 2011 by Hazlam Anuar

    Ebook Deko Perabot sudah terbit!

    Ebook mengenai dekorasi  berkenan perabot sudah  dilancarkan! Dengan fokus kepada bagaimana memilih dan membeli perabot yang berkualiti untuk kediaman rumah kita.

    Isi kandungan yang terdapat dalam ebook ini ialah:

    BAB 1 : Sebelum Membeli Perabot
    Perkara-perkara yang perlu kita  ketahui sebelum membeli perabot. Jika tidak melakukan perkara ini, kita pasti akan mengalami kerugian dan pelbagai masalah lain yang bakal anda hadapi.