Cuba Lari Daripada Warna-Warna Selamat!

Apa yang dikatakan warna-warna selamat ini? Warna-warna yang boleh kita kategorikan sebagai tiada warna pada dinding (polos/kosong). Contohnya, warna putih salji, krim vanila, dan warna putih gading. Seperti contoh gambar yang ditunjukkan.

Ruang yang berwarna putih

Ruang yang berwarna putih

Gambar menunjukkan ruang yang 100%  berwarna putih. Tetapi warna ini memang akan bertukar tidak selamat apabila kita terpaksa menjaganya pula secara maksimum. Melainkan kalau kita pengemar suasana look clean, seorang yang cermat dan suka berkonsepkan tema minimalis/ zen.

Bagaimana pula bagi mereka yang sukakan warna, tetapi terhalang kerana ditakuti warna yang dipilih nanti tidak sesuai dengan perabot dan dekorasi yang sedia ada? Caranya dengan

Gunakan warna-warna pastel

Warna-warna pastel ini ialah warna-warna lembut, warna yang pucat  atau cair (warna asal yang dicampur dengan warna putih yang banyak). Seperti sebahagian warna yang terdapat pada alat melukis pastel color itu.  Contohnya kalau warna biru. Ada panggilan warna seperti  pale blue atau pastel blue.

Teko berwarna pastel blue. Credit photo S John Davey

Teko berwarna pastel blue. Credit photo S John Davey

Bayangkan warna dinding kediaman anda berwarna hijau pucat seperti gambar yang ditunjukkan.

Warna hijau pucat

Warna hijau pucat

Warna-warna pastel ini sesuai bagi kita yang inginkan dinding yang warnanya tidak terlalu garang sehinggakan kita boleh terdengar ayat-ayat seperti “merahnya” , “wah, birunya rumah” dan sebagainya.

Bagi pengemar warna putih atau mereka yang tidak ingin dinding diwarnakan (kos upah cat dinding+ harga tong cat yang berkualiti boleh tahan juga harganya) cuba  tambahkan percikkan warna atau corak pada perabot dan aksesori.

Perabot IKEA berwarna dan bercorak

Perabot IKEA berwarna dan bercorak

P/S: Sekejap betul sudah bulan 2 🙂

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *