RSS Feed

Dekorasi Kediaman Rumah Cara Bajet

March 5, 2012 by Hazlam Anuar

Adakah anda ingin tahu bagaimana mencantikkan rumah dengan cara bajet ?

Adakah anda ingin cantikkan kediaman anda tanpa tunggu Hari Raya ?

Adakah anda memerlukan wang untuk perkara penting yang lain, tapi pada masa yang sama teringin menceriakan rumah tanpa perlu berlanja yang banyak ?

H.A tanyakan soalan-soalan tersebut bukannya apa, sejak banyak perkara terutama barang makin naik, itu naik ini naik (cuma hujan sahaja yang turun). Kebanyakkan kita, kalau boleh ingin berjimat dalam setiap perkara.

Dan bagi H.A yang terlibat dalam bidang dekorasi dan hiasan dalaman ini , ingin dekorasi kediaman kita boleh dijimatkan dan dalam pada masa yang sama nampak cantik. Tidaklah berjimat sampai jadi bilik tidur dalam gambar di atas! Hanya ada perabot asas (katil), nampak kurang menarik  dan kosong (sangat membazir ruang yang luas itu.

Oleh itu, H.A terdetik untuk menghasilkan ebook bagaimana kita boleh jimat dalam dekorasi rumah. Maka, terhasillah ebook Dekorasi Bajet-77 Tips dan Teknik Dekorasi Bajet.

Apa yang dikongsikan dalam ebook tip dan teknik dekorasi bajet bergambar ini..

  • Bagaimana kita boleh guna apa yang kita ada (koleksi) untuk dijadikan hiasan.
  • Bagaimana barang orang lain boleh dijadikan dekorasi rumah kita.
  • Bagaimana pemilihan lokasi yang betul dapat menjimatkan pembelian perabot dan aksesori hiasan.
  • dan lain-lain…

 

Selain itu, bagi pelaburan memiliki ebook Dekorasi Bajet ini, H.A menyediakan 2 bonus berharga, iaitu

  1. Bonus #1- 15 Idea Susun Atur Ruang Tamu Dengan Perabot Sedia Ada!
  2. Bonus #2- Koleksi template seperti template Tema Dekorasi,Senarai Belian, Perbelanjaan Bajet,  Melukis Plan dan template Grid.

Jangan fikirkan kalau hendak cantik perlu yang mahal-mahal belaka. Ada juga perabot dan aksesori dengan harga berpatutan dan berkualiti dapat kita miliki.

Selamat berdekorasi  dan klik sini untuk  menggunakan 77 tip dan teknik dekorasi cara bajet ini.

Layari www.dekorasibajet.com

 

Related posts:

Isi kandungan ebook Panduan Dekorasi
Akan datang ! ebook terbaru dekorasi
8 Soalan Sebelum Kita Membeli Perabot
The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Seorang perunding hiasan dalaman online, pereka grafik dan 3D visualizer. Penulis buku 'Mudahnya Google SketchUp' , novel 'Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah' dan 'Aku Mahu Banglo Pink'. Selain itu, menulis ebook dalam topik dekorasi.

2 Comments »

  1. yus says:

    Hi…
    Saya berminat dgn buku Dekorasi Bajet.. selain ebook , x jual ke buku yg betul yg boleh dibawa ke mane2 shj?

    • Hazlam says:

      Karya saya bagi subjek dekorasi setakat ini hanya dalam bentuk ebook (digital) dan satu buku fizikal (berkenaan 3d bertajuk Mudahnya Google SketchUp terbitan PTS). Tuan Yus boleh memilih buku fizikal berkenaan dekorasi oleh penulis lain di Kinokuniya aras satu (banyak pilihan!), KLCC. Jika tuan tinggal di KL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>