Dobi Layan Diri 24 Jam di Hongdae, Seoul

Ketika merancang untuk melancong ke Korea pada musim sejuk, mahu packing light.  Kerana  baju sejuk, dan winter jacket sudah makan separuh ruang backpack. Jadi semestinya akan pilih penginapan yang menyediakan mesin basuh + mesin pengering. Bolehlah basuh satu kali ketika berada lima hari di Seoul.

Sewaktu tiba dan menginap, mendapati mesin basuh bertampal ‘for stuff only’. Ini pengalaman pertama menghadapi situasi ini. Terasa kecewa dan tertipu pula dengan fasiliti yang dipaparkan di website ketika menempah tidak sama seperti keadaan sebenar.

Penyelesaiannya, H.A segera Google. Pelbagai keyword digunakan ‘washing machine in Hongdae, ‘coin wash in Hongdae’, ‘coin laundry.’ Bertanya juga convenience store dengan menunjukkan terjemahan Bahasa Korea.

Menjumpai nama dobi atau mesin basuh dalam bahasa Korea

Berpusing-pusing juga selepas ditunjukkan arah, kerana dobi layan diri ini tidaklah popular seperti negara kita. Selepas berjalan jauh dan melihat Google semula, akhirnya bertemu juga. Kalau dari penginapan agak jauh.

24 Coin Wash

24 hour Coin wash in Hongdae

Lokasi dari Hongik Univ. Station (Exit 2)

Peta lokasi ke dobi layan diri dari Hongik Station (Exit 2)

Pintu masuk kedai dobi layan diri

Ruang dalaman

Interior 24 coin wash

Mesin token

Mesin tukaran wang kertas ke duit syiling 500KRW

Mesin basuh

Mesin basuh token

Terdapat dua mesin basuh. Kiri 4000KRW (H.A guna ini sebab tidak basuh banyak), tiga lagi 5500KRW di kanan. Tidak pasti berapa kg. Masa basuhan dalam 28 minit. Bahan pencuci dan pelembut fabrik sudah tersedia di dalam mesin basuh.

Arahan mengunakan mesin basuh

Menggunakan Google Translate

Mesin pengering

Mesin pengering pakaian

Keempat-empat mesin pengering ini sama dengan bayaran 3,500KRW dengan masa ditetapkan 28 minit. Pakaian fabrik cotton tebal tidak kering sepenuhnya.

Disertakan website untuk rujukkan pembaca.

  1. Coinwash (Korean)
  2. Laundryproject
  3. WashtownSeoul
  4. Cleantopia
  5. Selfia (Korean)

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *