Dream Program: Program Inisiatif untuk memperkenalkan sukan musim sejuk kepada golongan muda

Apa itu Dream Program?

Logo Dream Program Pyeonchang Korea

Logo Dream Program

Dream Program  dengan tagline ‘ You are Champs , We are Friends ‘ merupakan inisiatif untuk memperkenalkan sukan musim sejuk kepada golongan muda yang tidak berpeluang untuk mengalami cuaca musim sejuk dan sukan musim sejuk.

Dilancarkan oleh Pyeongchang pada tahun 2004 sebagai sebahagian daripada tawaran untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010. Dari 2004 sehingga 2014, seramai 1,574 belia (105 orang kurang upaya – OKU) yang datang dari 75 negara telah menyertai program ini, yang biasanya dianjurkan selama 10 hari antara bulan Januari dan Februari.

Peserta-peserta Dream Program dari pelbagai negara

Program ini memberikan peluang kepada belia (umur 11 hingga 15 tahun) untuk melatih dalam sukan ais dan ski. Khususnya, kepada golongan belia yang negara mereka tiada cuaca musim sejuk ataupun sukan musim sejuk. Bagi mereka yang berpotensi untuk cemerlang dalam sukan musim sejuk, akan dijemput ke Pyeongchang.

Para peserta Dream Program mencuba sukan ski

Peserta pelbagai negara bermain ski

Program ini juga membantu memupuk hubungan antara negara-negara dan memperkayakan peserta melalui pertukaran budaya. Pihak berkepentingan utama seperti IOC (International Olympic Committee), Persekutuan Antarabangsa musim sejuk seperti FIS (Fédération Internationale de Ski) dan ISU (International Skating Union), media asing dan NOC telah memuji program ini sebagai inisiatif cemerlang yang telah menyumbang kepada Olympic Movement.

Peserta pelbagai negara di Dream Program 2005

Ia telah membantu mengembangkan sukan musim sejuk, mempromosikan persahabatan di kalangan belia , dan menyumbang kepada keamanan di seluruh dunia. Sejak tahun 2011, fasa kedua yang dipanggil ‘New Dream Program’, telah mula beroperasi.

Di bawah New Dream Program, terdapat peningkatan peluang bagi para belia, termasuk belia OKU, mengalami pengalaman sukan musim sejuk di Pyeongchang. Pada tahun 2012, program ini juga diperluaskan untuk menjadikan ia sebuah akademi sukan musim sejuk.

 

Sasaran

1)Latihan profesional menjalankan sukan musim sejuk: Akademi Sukan Musim Sejuk

  • Bertukar teori dan cara praktikal serta bimbingan tentang sukan salji (berski dan papan luncur salji) dan sukan di atas ais (Figure Skating & Short track speed skating)
  • Jurulatih yang berpengalaman akan membantu para peserta yang berpotensi di negara mereka sendiri menerusi kaedah bimbingan dan kaedah latihan praktikal.
  • Peserta akan lebih memahami sukan musim sejuk dan meningkatkan kemahiran mereka.

Jurulatih membantu para peserta Dream Program


2)Menyumbang kepada persahabatan dan pertukaran sukan antarabangsa di antara negara-negara di dunia

  • Lawatan ke Kebudayaan Wilayah Gangwon, Seoul Tour.
  • Alami pengalaman Korea, dan Rekreasi (Dream Lounge , parti sosial, permainan air)
  • Melancong di kemudahan sukan Olimpik musim sejuk PyeongChang dan alami pengalaman sukan musim sejuk.

Para peserta Dream Program mempelajari alatan muzik tradisional Korea

Proses

Proses penyertaan ke Dream Program

Permohonan diedarkan dan diterima oleh Kedutaan Korea melalui proses perundingan dengan Jawatankuasa Olimpik Negara (NOC) negara berkenaan.

Setiap NOC mengesyorkan peserta di kalangan pemain yang terbaik/layak berumur 11 ~ 15 tahun di negara itu. Selepas mengkaji semula permohonan, peserta akhirnya disahkan oleh Wilayah Gangwon.

Proses penyertaan OKU ke Dream Program

Bagi belia OKU, Jawatankuasa Paralimpik Korea bertanggungjawab memilih peserta dengan kerjasama setiap Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan (NPC).

Setiap NPC mengesyorkan para peserta di antara pemain yang terbaik/layak berumur 14 hingga 19 tahun di negara itu. Selepas mengkaji semula permohonan, peserta akhirnya akan disahkan oleh Wilayah Gangwon.

Rujukan: PyeongChang2018.com , dreamprogram.co.kr

Kredit foto: pyeongchang_kr

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *