FAQ mengupah servis saya
Anda boleh mengunakan form yang terdapat pada laman alamdesign.com. Saya akan menjawap dalam masa 24 atau 48 jam.
Tengok keadaan. Saya utamakan pelanggan tetap saya. Selalunya saya terima dua projek sahaja untuk seminggu. Tetapi, boleh ikuti saya untuk maklumat terkini.
Bergantung kepada projek tersebut. Anggaran satu atau dua minggu. Saya tidak menerima projek ‘last minute’ atau ‘urgent’, kerana saya menjaga kualiti.
Harga servis saya bergantung kepada sesebuah projek. Jika projek itu kompleks harganya lebih tinggi. Selepas saya menerima proposal, saya membuat anggaran harga dan email invoice kepada anda.
Saya selalunya menghantar klien dengan format pdf semasa proses design berlaku. Selain itu, perkhidmatan pelanggan selepas projek klien tamat.
Ini langkah-langkah desain proses saya.
Perbincangan
Q and A dengan klien, bagi mendapatkan apa kehendak pelanggan. Memudahkan kerja dan apa yang do and don’t servis saya.
Deposit 50%
Setelah segalanya sudah setuju. Detail invoice akn diberikan. Setelah menerima deposit 50%, kerja design akan dimulakan.
Kajian demi kajian
Masa diperlukan untuk mencari infomasi yang berguna, kajian pasaran, persaingan produk atau servis yang sama, trend jenama personaliti bisnes klien dan ispirasi.
Membuat lakaran idea
Menghasilkan lakaran-lakaran yang sesuai dengan konsep, bentuk apa yang boleh. Supaya banyak idea dapat dihasilkan.
Melakukan computer rendering
Rekaan dipermudahkan bentuknya akan dilakukan dalam komputer untuk memberikan imej yang lebih jelas, warna yang sesuai dalam Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan terakhir Acrobat pdf untuk email kepada klien
Presentation draft
Rekaan draft akan diberikan melalui email untuk klien komen
Kemasan terakhir
Semua komen daripada klien untuk rekaan akan saya baiki dan diberikan draft untuk kali ke-2. Komen tambahan akan dikenakan cas.
Baki bayaran
Setelah setuju dengan proposal dan tiada perubahan. Baki bayaran akan diminta.
Beri format
Fail format projek akan diberikan melalui emailĀ atau sumber download yang sesuai
Perkhidmatan pelanggan
Selepas pembayaran akhir dibuat, saya tidak akan membiarkan anda begitu sahaja. Saya akan membantu anda jika terdapat sebarang masalah projek atau pertanyaan tentang servis saya kepada anda.
Anda akan mendapat email beserta draft proposal. Anda akan memberi komen jika terdapat perubahan pada draft tersebut. Perubahan (amendment) hanya berlaku sekali. Jika masih ada perubahan, cas tambahan akan dikenakan.
Artikel ini boleh membantu 10 things to expect from designer
Format bagi semua servis saya akan diterima adalah dalam bentuk jpeg. Rekaan logo dalam format Adobe Illustrator (.ai) or Encapsulated PostScript (.eps) dan pdf. Saya gembira untuk memberikan format lain berdasarkan kehendak klien.
Saya gembira untuk berjumpa dengan anda. Kawasan terhad di Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Puchong, Bangsar, Damansara dan Shah Alam.
Masa 10am-5pm dari Isnin hingga Jumaat (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti)
Setiap projek dan email disertakan nombor telefon saya.
Masa hubungi 10am-5pm, Isnin hingga Jumaat (kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum)
Setiap projek yang diterima akan dikenakan 50% deposit. Boleh dibayar secara bank-in, transfer deposit, kredit/debit card dan Paypal. Detail akan diletakkan pada invoice, baki bayaran 50% akan dibuat setelah projek siap.
Jika deposit sudah diberikan dan anda menerima email draft design proposal saya, wang tidak akan dikembalikan. Tetapi, jika tiada rekaan dibuat, anda akan terima kembali wang deposit tersebut.
Saya gembira untuk menyarankan anda kepada pereka lain yang sesuai dengan projek anda. Saya boleh menyarankan website designer, tshirt designer, ecover designer dan lain-lain).
Terima kasih
Jika ada sebarang soalan boleh tujukan pada borang’ hubungi ‘ atau melihat website saya atau portfolio saya









