Filem dan Drama Korea Tentang Penyebaran Virus

Tahun 2020 bermula dengan dunia menerima ancaman virus Novel Coronavirus (2019-nCov) yang muncul di Wuhan (ibu kota wilayah Hubei), China.

Sehingga artikel ini ditulis. Selain China (9720 kes) , virus ini sudah tersebar ke 23 negara! Antaranya, Korea (11), Jepun (15), Australia (9), Thailand (19), Malaysia (8), Singapura (16), Filipina (1), Vietnam (5), India (1), Amerika Syarikat (6), UAE (4), Jerman (6), Perancis (6). Sumber daripada World Health Organization.

Isu virus ini membuatkan saya teringin menonton cerita filem dan drama dari negara Korea yang berkaitan dengan wabak virus/flu. Memang terasa ngeri kesannya dan akibatnya.

Penulis doakan kita dilindungi daripada sebarang penyakit dan minta dijauhkan dan pulih sedia kala. Amin.

Deranged (2012)

Jae-hyuk (Kim Myung-min) seorang jurujual farmaseutikal yang mempunyai isteri dan bapa kepada dua orang anak. Jae-hyuk mempunyai seorang adik yang merupakan detektif, menerima laporan tentang kematian akibat virus mutasi parasit cacing bulu kuda (horsehair worms) yang sepatutnya hanya wujud pada haiwan dan kini berada pada badan manusia.

Virus mutasi ini membuatkan manusia kehausan dan menuju ke tasik, kolam, sungai untuk menghilangkan haus dan akhirnya membawa kepada kelemasan.

Keluarga Jae-hyuk turut menjadi mangsa dan dia berusaha menyelamatkan keluarganya daripada mati kelemasan!

Pendapat penulis: Tamak sehingga sanggup korbankan nyawa orang lain. Terbaca sebuah buku bagaimana wabak disebarkan dan ubat diciptakan oleh pihak yang sama!

The Flu (2013)

Filem yang hampir sama apa yang berlaku kepada kita ketika ini. The Flu mengisahkan penyebaran wabak virus flu yang merebak cepat di daerah Bundang, Seongnam. Ini berpunca daripada warga asing yang diseludup ke Korea Selatan.

Kang Ji-goo (Jang Hyuk) dari Emergency Response Team (ERT) membantu Dr. Kim In-hae yang menghadapi kemalangan dan ini membawa bertemu anak Dr. Kim In-hae, Mi-reu.

Mi-reu menjadi salah seorang pesakit virus dan membuatkan Kang Ji-goo dan Dr. Kim In-hae berusaha menyelamatkan Mi-reu.

Pendapat penulis: 40 minit akhir memang sedih dan turut geram dengan tindakan Amerika dan keputusan Perdana Menteri Korea.

The Virus (2013)

Drama bersiri 10 episod terbitan OCN ini mengisahkan virus mutasi yang tidak diketahui dan di siasat oleh Lee Myung-hyun (Um Ki-Joon) dan pasukannya dari Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

Kerana ia bersiri, ceritanya bertambah kompleks dan penuh konspirasi.

Pendapat penulis: Seperti biasa, apabila ada kes seperti, orang atasan cuba menutup cerita untuk mengelak panik dan kejadian huru-hara selain menjaga kepentingan peribadi dan politik.

Sedutan virus dalam drama

Romantic Doctor Season 1 – Episod 13 & 14

Dua episod dalam drama ini mengisahkan Hospital Doldam menerima keluarga pesakit yang suspek mengidap Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

Pendapat penulis: Sungguh mendebarkan babak ini. Kadang-kadang terpaksa penting diri untuk hidup. Nasib baik bukan MERS!

Terius Behind Me – Episod 10 & 11 (20 & 21)

Dua tiga episod tentang Corona virus. Terdapat mangsa yang menjadi bahan kajian. Seterusnya membawa kepadarancangan biochemical terrorist attack di Seongjeon Elementary School.

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *