1. SangsangESang Publishing Company
SangsangESang Publishers Company yang menerbitkan karya-kary Moon-young. Terletak di Paju Book City. Walaupun syarikat ini rekaan tetapi bangunan ini merupakan sebuah penerbit buku Daniel Stone Publisher / Tteuin Stone Publishing Co.
Paju Book City merupakan sebuah bandar buku dengan 250 penerbit buku, dan dengan merangkumi keseluruhan proses membuat buku dari perancangan buku, percetakan buku dan pengedaran buku. Turut terdapat kedai buku, perpustakaan dan kafe buku.
- Alamat: 337-9, Hoedong-gil, Paju-si, Gyeonggi-do, South Korea
- Website: http://www.ddstone.com , http://www.pajubookcity.org
- Rujukan: http://bookcity.or.kr
- Cara ke sini: Hapjeong Station > Bas no.2200 (7 hentian) > Simhakgyo bus stop > jalan terus sehingga jumpa simpang dan belok kanan > jalan terus sehingga berjumpa dengan Paju Typography Institute> belok kiri dan akan berjumpa bangunan seperti gambar.
2. Forest of Wisdom Library
Turut terletak di Paju Book City. Scene semasa sesi autograf buku Moon-young, kes tarik rambut, scene pengkritik jatuh tangga dan dibawa ambulance, pelukan rama-rama.
Perpustakaan ini juga turut menjadi lokasi Kdrama lain seperti She Was Pretty (2017) Chicago Typewriter (2017), Romance is a Bonus Book (2019), Search:WWW (2019), Hotel Del Luna (2019), The King: Eternal Monarch (2020).
Saya pernah datang sini pada tahun 2017. Ketika itu mengikuti program buku ke Korea.
- Alamat: 145 Hoedong-gil, Gyoha-dong, Paju-si, Gyeonggi-do, South Korea
- Website: http://forestofwisdom.or.kr/
- Masa Operasi: 10am~8pm
- Cara ke sini: Hapjeong Station > Hapjeong Station bus stop > bas 2200 dengan 5 hentian (30 min) > Eunseok-gyo Crossing bus stop > jalan 2 minit ke library
3. Uijeongbu Art Library
Pada episod 13 dimana Pengarah Seni Yoo Seung-jae ( Park Jin-Joo) mengajak Sang-tae ke perpustakaan untuk membuat rujukan ilustrasi.
Terkejut saya mendengar Seung-jae menjerit selepas mengumpat Moon-young hahaha.
- Alamat: 248 Millak-ro, Uijeongbu-si, Gyeonggi-do (Naver Map) atau 362-3 Songsan 2(i)-dong, Uijeongbu-si, Gyeonggi-do, South Korea (Google Map)
- Masa Operasi: 10:00am ~ 6:00pm
- Website:http://www.uilib.go.kr/ (Korean)
- SNS : https://www.facebook.com/ujblib , https://twitter.com/ujblib
- Cara ke sini (train & bas): Uijeongbu Station Line no.1 > Exit 4 (3 min walk)> Uijeongbu Station.Dongbu Plaza > bus 23 (24 hentian) > Tiba di Songsansa Temple Site/ Songmin School > 4 min walk > Uijeongbu Art Library. Keseluruhan mengambil masa 40 minit.
- Cara ke sini (bas): Uijeongbu Bus Terminal > Uijeongbu Intercity Bus Terminal > Bas no. 23 (19 hentian) > Songsansa Temple Site / Songmin School > jalan 4 minit > Uijeongbu Art Library. Keseluruhan mengambil masa 30 minit.
4. Moon Young Room Library
NOTA: Walaupun ruang kerja/ bilik library Moon-young di istananya sungguh syurga kepada pencinta buku. Sayangnya hanya prop sahaja. Tidak wujud. Sedihnya.
Bonus
Bagi yang berminat memiliki buku-buku bergambar karya Moon-young dan juga Sang-tae boleh merujuk pada:
2. Penjual buku-buku Korea di Twitter: https://twitter.com/ara_books
3. Penjual buku dan produk Korea: https://www.instagram.com/bottari_mateu/