Gangneung – bandar kedua bagi lokasi olimpik musim sejuk Korea Selatan 2018 dengan 7 lokasi menarik untuk dilawati

Bandar Gangneung

Info menarik tentang Gangneung

  • Gangneung merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian tengah  kawasan Yeongdong (Wilayah Gangwon)
  • Bandar lokasi Olimpik Musim Sejuk Korea Selatan 2018 selepas bandar PyeongChang.
  • Mempunyai tempat pelancongan menarik seperti Jeongdongjin (tempat melihat matahari terbit) dan Pantai Gyeongpo.
  • Rumah bagi pasukan kelab bola sepak, Gangneung City FC dan Gangwon FC.
  • Festival-festival popular seperti Gangneung Danoje Festival, Gyeongpo Cherry Blossom Festival, Gangneung Coffee Festival & Jeongdongjin Independent Film & Video Festival(JIFF).
  • Lokasi Korea drama popular tahun 90an. ‘The Sandglass’.
  • Simbol Gangneung: Bunga Zinnia (melambangkan kegembiraan dan daya hidup yang kuat rakyat),
  • Pokok Pine (melambangkan semangat tegar dan tidak berbelah-bagi masyarakat) dan
  • Angsa (merupakan spesies yang  dilindungi dibawah Monumen Semulajadi No.201. Burung musim sejuk yang membawa nasib baik, kemakmuran dan penuaian. Warna putih bersih dan suci mewakili sentimen masyarakat yang menghargai tradisi sastera dan seni)

Baca: Lokasi Stadium di Gangneung

Gyeongpo Cherry Blossom Festival

Gyeongpo Cherry Blossom

7 Tempat Menarik di Gangneung

1. Ojukheon

Ojukheon House

Pemandangan luar Ojukheon House

Ojukheon House & Ojukheon Municipal Museum. Nama diperoleh daripada pokok-pokok buluh hitam yang berada di sekitar. Dibina pada awal Dinasti Joseon. Kekal sebagai salah satu binaan bangunan kayu yang tertua di Korea. Ditetapkan sebagai Harta No. 165 (pada tahun 1963) yang kini dijaga oleh keturunan sepanjang generasi.

Merupakan tempat tinggal Shin Saimdang (1504-1551). Wajah beliau terdapat di mata wang 50,000 won.  Juga tempat kelahiran anaknya Yi I (1536-1584) dengan nama pena Yulgok. Seorang sarjana dan ahli politik pada zaman Joseon. Turut dikenali sebagai Confucius of Korea. Wajah beliau terdapat di mata wang 5,000 won.

Shin Saimdang merupakan orang seni dan wanita terhebat ketika zamannya turut difilemkan.

Filem Shin Saimdang

Poster filem ‘Saimdang, Memoirs of Colors’

Pengangkutan:

[Bas]

Gangneung Express Bus Terminal > Ambil Bus 202 / 302  ke  Ojukheon

[Train]

Dari Gangneung Station > Ambil bus 202 / 300 ke Ojukheon.

Alamat: 24, Yulgok-ro 3139beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • Musim Panas: March-Oktober (8:00-6:30)
  • Musim Sejuk : November-Februari (9:00-5:30)

Tiket masuk:

  • Dewasa 3,000 won / Remaja 2,000 won / Kanak-kanak 1,000 won
  • Kumpulan (atas 30) : Dewasa 2,000 won / Remaja 1,500 won / Kanak-kanak 500 won
  • Diskaun bagi  kanak-kanak 6 tahun ke bawah dan warga tua 65 tahun ke atas.

Sumber: www.gn.go.kr

 

2. Seongyojang

Gangneung Seongyojang

Kediaman Seongyojang

Seongyojang House. Merupakan bekas kediaman kelas atasan daripada keluarga bangsawan Naebeon Lee (1703-1781). Ditetapkan sebagai  Bahan Cerita Rakyat No.5 (1967).

‘Seon’ pada Seongyojang bermaksud bot.  Tasik Gyeongpo pula adalah di hadapan Seongyojang pada masa  ia dibina, menjadikan boleh dimasuki dengan bot. Dikatakan terdapat 10 generasi keturunan Naebeon Lee yang terus tinggal di Seongyojang.

KBS (Korean Broadcasting System) telah memilih tempat tinggal ini sebagai salah satu dari 10 besar tempat tinggal asli yang paling terpelihara di Korea yang telah dibina sejak 300 tahun yang lalu.

Seongyojang kini terdapat Gangneung Mission Museum, Living Relics Exhibition Hall , dewan, perpustakaan mini, bengkel, kedai souvenir  dan  Hanok Stay Program.

Terdapat Gangneung Mission Muzium, Living Relics Exhibition Hall , dewan, perpustakaan mini, bengkel, kedai souvenir  dan Hanok Stay Program.

Aktiviti:

Merasai pengalaman:

  • Budaya makanan trandisional, Upacara minum teh.
  • Permainan rakyat
  • Pelajari etika, kaligrafi
  • Tinggal di  kediaman rumah tradisional (Hanok Stay).
  • Persembahan seperti Ghost Mask, dan tightrope.

Pengangkutan:

Gangneung Intercity Bus Terminal > pergi arah kanan sejauh 150m > di persimpangan, ambil jalan Gangneungdaero > pergi 150m dan ambil bas 202 > turun di perhentian bas Seongyojang House.

Alamat: 63, Unjeong-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • Musim Panas: March-Oktober (9:00-6:00)
  • Musim Sejuk : November-Februari: (9:00-5:00)

Tiket Masuk:

  • Dewasa (umur 19-64): 5,000 won / Kumpulan: 3,500 won
  • Remaja (umur 14-18): 3,000 won / Kumpulan: 2,000 won
  • Kanak-kanak (umur 8-13): 2,000 won / Kumpulan: 1,000 won

Sumber: http://www.knsgj.net/

 

3. Haslla Art World

Haslla Artworld

Bangunan Haslla Art World

Haslla Art Park. Diasaskan oleh suami isteri. Professor Choi Ok-Yeoung dan pengukir, Pak Shin Jung. Dibina untuk mengabungkan ruang dan manusia menjadi satu. Mengembangkan  kemampuan seni dengan pengalaman menyentuh, melihat, mendengar dan membau sesautu seni yang dipamerkan.

Kawasan seluas 61 ekar ini mempunyai muzium, galeri, restoran, kafe, taman arca, kedai, dan hotel.

Pengangkutan:

[Bas]

Gangneung Intercity Bus Terminal > Gangneung Terminal > ambil bas 111, 112 atau 113 ke Haslla Art World.

[Train]

Jeongdongjin Station > ambil teksi ke Haslla Art World (dalam 10 minit ).

[Teksi]

Gangneung Bus Terminal > Haslla Art World ( anggaran masa: 30 min, bayaran: 16,000 won)

[Shuttle Bus]

  • Jeongdongjin Station (Sun Cafe) ke Haslla Art World
  • Jadual Shuttle bus: 08:50-1:50/ Selang 1 jam

Nota:

Perkhidmatan Shuttle bus service hanya ada pada waktu Sabtu dan Ahad sahaja. Pelawat yang merancang mengunakan shuttle bus perlu telefon terlebih dahulu.

Alamat: 1441, Yulgong-ro, Gangdong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do

Masa Operasi:

9:00-6:00 / Kemuncak musim: 8:00-7:00

Tiket masuk:

Tiket masuk + minuman

  • Dewasa: 8,000 won / Kumpulan: 7,000 won
  • Remaja & Kanak-kanak: 6,000 won / Kumpulan: 5,000 won
  • Kumpulan atas 30 orang)

Sumber: http://www.haslla.kr

 

4. Jeongdongjin Rail Bike

Jeongdongjin Railbike

Pemandangan menarik Jeongdongjin Rail Bike

Jeongdongjin  merupakan  lokasi yang memasuki Guinness Book of World Record kerana memiliki landasan kereta api yang berhampiran laut. Turut menjadi lokasi yang popular melihat matahari terbit (Jeongdongjin Sunrise Park) dan muzium masa (Jeongdongjin Time Museum).

Selain Gapyeong Rail Bike di Gapyeong dan Gangchon Rail Park di Gangwon. Gangneung juga mempunyai rail bike iaitu Jeongdongjin Rail Bike. Selain menaiki rail bike, turut terdapat zon foto, kafe dan bilik pameran.

Pengangkutan:

[Bas]

Gangneung Intercity Bus Terminal / Express Bus Terminal > Bas 109 > Turun di Jeongdong dan berjalan  300 meter.

[Train]

Stesen Cheongnyangni > Stesen Jeongdongjin (4-5 jam)

Sumber : www.letskorail.com

Alamat: 17, Jeongdongyeok-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Masa Operasi:

  • March-Oktober (9:00-5:00)
  • November-Februari: (9:00-4:00)

Bayaran sewa:

  • Dua tempat duduk : 20,000 won
  • Empat tempat duduk : 30,000 won

(Ada setiap sejam)

Nota: Menurut blog thesoulofseoul.net . Seeloknya tempah awal atau datang awal.

Sumber: http://www.sunbike.kr/

 

5. Anmok Coffee Street

Anmok Beach

Anmok Coffee Street

Gangneung merupakan bandar kopi. Sehingga mempunyai festival Gangneung Coffee Festival setiap tahun. Memiliki beberapa kedai kopi di pelabuhan jalan Anmok. Sambil minum kopi, boleh melihat pemandangan pantai dan laut.

Di Gangneung turut terdapat muzium dan ladang kopi. www.coffeemuseum.kr oleh Coffee Cupper.

Pengangkutan:

[Bas]

Seoul Express Bus Terminal atau Dong Seoul Bus Terminal > Gangneung Express Bus Terminal > ambil teksi ke lokasi (anggaran masa: 20 minit / Bayaran: 9,000 won).

Map from Gangneung Intercity Bus Terminal to Anmok Beach

Peta dari Gangneung Intercity Bus Terminal ke Anmok Beach

Alamat: 16, Changhae-ro 14beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Sumber: visitkorea.or.kr

 

6. Jumunjin Breakwater

Jumunjin Breakwater

Jumunjin Breakwater

Korea Drama Goblin film location

Korea Drama Goblin Eun Tak bertemu pertama kali dengan Dokkaebi

Jumunjin Breakwater dibina untuk melindungi pantai daripada kesan hakisan dan hanyutan susur pesisir . Ia menjadi tarikan popular selepas kemunculan pertamanya (Episod 1) dalam Korea drama “Goblin” (2016). Ramai pengunjung mengambil gambar dengan gaya  adegan serupa seperti dalam drama.

Cabarannya, kita perlu bersabar menunggu giliran. Paling menarik, turut disertakan prop bunga dan skaf merah.

Pengangkutan:

[Bas]

Seoul Express Bus Terminal > Gangneung Intercity Bus Terminal ( 2 jam 40 minit) > Gangneung Intercity Bus Terminal > Central Bus Terminal (Jumunjin Bus Terminal) (mengambil masa 15-20 minit) > jalan kaki 20-30 minit. (gambar)

Jumunjin Breakwater

Kdrama Goblin location

Sumber: www.kobus.co.kr

Alamat: 1609, Haean-ro, Gangneung-si, Gangwon-do

Sumber: visitkorea.or.kr

 

7. Jumunjin Fish Market

Jumunjin Seafood Market

Pasar Ikan Jumunjin

Jumunjin Fish Market terletak di Jumunjin Port ditubuhkan sejak tahun 1936. Merupakan pasar makanan laut yang terbesar di pantai timur termasuk makanan laut kering dan sashimi. Turut menjadi rumah kepada kapal-kapal besar yang menangkap sotong. Terdapat jualan barangan, makanan laut kering dan merasa makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan.

Mempunyai pelbagai hasil laut seperti sotong, ikan kembung, pollacks, ikan tombak, dan ketam. Pasar ini juga turut mengadakan festival seperti ‘Blowfish Festival and Squid Festival.’

Pengangkutan:

[Bas]
Dong Seoul Terminal > Jumunjin (06:29am – 7:29pm / Berlepas setiap 30 minit / Mengambil masa: 2 jam 50 minit) > 10 minit berjalan dari terminal.

Gangneung Intercity Bus Terminal > Jumunjin ( 40-50 minit)

Alamat: 38, Sijang-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Masa Operasi:

Isnin-Jumaat (7:00am~10:00pm)

Sumber: ffish.co.kr

 

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Supporters Malaysia

 

Hazlam Anuar

Penulis, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan ' Miss Princess Hanbok (2022)', 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *