Gangneung Coffee Festival, Barista Generasi Pertama, Kampung Tauhu Chodang dan Sejarah Teh di Gangneung

Gangneung Coffee Festival

Gangneung yang merupakan salah satu lokasi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, merupakan lokasi terkenal sebagai bandar kopi. Mempunyai beratus kedai kopi bertema, muzium kopi, barista generasi pertama, akademi kopi sehinggakan mempunyai festival kopi yang terkenal, Gangneung Coffee Festival yang ada setiap tahun.

Bermula pada tahun 2009 dan acara tahunan ini menarik peminat-peminat kopi serata dunia. Festival yang hanya berkaitan dengan kopi seperti pameran, program menghasilkan kopi panggang, membuat kopi, seminar tentang industri kopi, pertandingan barista.

Gangneung Coffee Festival dengan pengunjung mencuba kopi

Gangneung Coffee Festival dengan pengunjung mencuba kopi

Gangneung Barista Awards

Gangneung Barista Awards

Baca: Gangneung – Bandar kedua bagi lokasi olimpik musim sejuk korea selatan 2018 dengan 7 lokasi menarik untuk dilawati

Tarikh festival : 6- 10 Oktober 2017

Program / Aktiviti:

  • Barista performance
  • Sampling coffee
  • Seminar
  • Stamp rally
  • World Coffee Zone
  • Outdoor Café Zone by participating cafés from the Gangneung area

Masuk / Yuran penyertaan:  Percuma (sesetengah aktiviti dikenakan bayaran)

Alamat: 131, Nanseolheon-ro, Gangneung-si, Gangwon-do.

Pengangkutan:

[Bas]

1)Dari Gangneung Intercity / Express Bus Terminal, ambil bas no. 221.
Turun di Anmok (hentian akhir) dan berjalan ke lokasi festival  (10 minit).
2) Dari Gangneung Station, ambil bas no. 223 ke Anmok.

[Teksi]
Ambil teksi dari Gangneung Bus Terminal ke Gangneunghang Port (dalam  20 minit).

 

Website: Coffeefestival (Korean)

Amnok Coffee Street

Anmok Beach

Anmok Coffee Street

Sebuah jalan waktu dulu di mana pengunjung melihat laut dengan memegang secawan kopi yang dibeli di vending machine dan lama-kelamaan bertukar menjadi syurga kopi yang menarik rantaian kedai kopi popular dan kafe yang dimiliki oleh barista.

Jalan yang popular kerana memiliki sebanyak 20 kedai kopi (300 kafe di Gangneung) di sepanjang jalan sehingga dikenali sebagai Amnok Coffee Street. Jalan yang sepanjang 5.67km ini mempunyai pemandangan laut dan pantai. Jadi sambil minum kopi, bolehlah melihat pemandangan cantik pantai dan laut.

Kopi Gangneung

Gangneung Coffee

Setiap kedai kopi yang terdapat di Amnok Coffee Street mempunyai special coffee & dessert menu yang tersendiri.

Alamat: 17, Changhae-ro, Gangneung-si, Gangwon-do ( Amnok Beach)

Pengangkutan:

[Bas]

Gangneung Express Bus Terminal > Bas bernombor 2002-1, 302 atau 303-1 ke Amnok.

[Teksi]

Ambil teksi ke Amnok (anggaran masa: 20 minit ).

Map from Gangneung Intercity Bus Terminal to Anmok Beach

Peta dari Gangneung Intercity Bus Terminal ke Anmok Beach

Barista Generasi Pertama

Bohemian Roasters

Bohemian Roasters Cafe & Coffee Factory

Bohemian Roasters Cafe & Coffee Factory in Gangneung

Bohemian Roasters yang terletak di Gangneung ini dijalankan oleh barista generasi pertama, Mr. Park Yi Choo. Beliau memulakan bisnes kopi di Seoul pada  tahun 1988 dan kemudiannya berpindah ke Gangneung pada tahun 2000 dengan menyebarkan cara membuat kopi panggang sendiri.

Kita boleh menikmati kopi yang dibancuhkan oleh beliau sendiri di cawangan kafe Yeongjin atau Gyeongpo.

“Perkara yang paling penting ialah kita perlu membuat kopi yang boleh diminum dalam tempoh 10 tahun atau 20 tahun mendatang. Ini lebih baik daripada mengikuti trend kopi.” – Park Yi Choo, Coffee Master.

?~ ?????… Always … . . #???? #?????? #??? #????? #??????? #?????? #???? #?? #??

A post shared by ???? ??????? ?? ????? (@bohemian_roasters) on

Dari Gangneung Bus Terminal ke Bohemian Roasters

Pengangkutan:

[Bas]

Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas bernombor303,313 (menurut Google)

Alamat: 107 Haean-ro, Sacheon-myeon, Gangneung, Gangwon-do.

Website: http://www.bohemian.coffee

Terarosa Café and Coffee Factory

Terarosa Café and Coffee Factory

Terarosa Café and Coffee Factory

Bermula sebagai sebuah kilang yang membekal biji kopi kepada kafe-kafe. Di Terarosa kafe dan juga kilang kopi ini menawarkan menu brunch dan juga kopi dalam suasana hiasan dalaman sofistikated dan unik untuk para pengemar kopi.

Pemilik Terarosa Cafe, Mr. Kim Yon Deok. Berimpian sebuah cultural cafe. Dengan pengunjung-pengunjung kafe santai dengan membaca buku, menulis dan berborak sesama sendiri. Kafe ini turut menjadi hos mini konsert setiap tahun.

“Terra rossa bermaksud batu bata bewarna merah di Portugal. Turut dipanggil sebagai ‘a land of hope’ di Brazil. Amat penting membina budaya kopi. Sebab itu saya mahu mengwujudkan ruang budaya bersama dalam kilang kopi ini.” – Kim Yon Deok.

Dari Gangneung Bus Terminal ke Terarosa Cafe

Alamat: 25 Hyeoncheon-gil, Gujeong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do , South Korea

Website: http://www.terarosa.com/

Coffee Cupper Museum

Coffee Cupper Museum

Coffee Cupper Museum

Muzium Coffee Cupper mempunyai koleksi kopi yang rare di dunia turut dipaparkan. Pengunjung turut dapat merasai sejarah dan budaya unik kopi di serata dunia dan mempelajari dan ikuti pengalaman menarik dunia kopi.

Turut mempunyai ladang kopi. Di mana pengunjung boleh melihat biji kopi yang ditanam sehingga proses menghasilkan biji kopi untuk pasaran.

Program / Aktiviti: 10,000 KRW per program

  • Coffee roasting
  • Hand-dripping
  • Espresso Extraction
  • Planting activity
  • Chocolate activity

Yuran masuk: 5,000 KRW (dewasa) / 4,000 KRW (4-19 tahun)

Dari Gangneung Bus Terminal ke Coffee Cupper Museum

Alamat: 2171-19 Wangsan-ro, Wangsan-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do, Korea

Pengangkutan:

 

[Bas]

Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas bernombor 507. (mengambil masa 40 minit)

Website: coffeemuseum , http://cupper.kr/

 Chodang Dubu Village

Gangneung Chodang Dubu

Selain kopi, di Gangneung turut terkenal dengan dubu (tauhu). Di selatan Pantai Gyeongpo terdapat Chodang Dubu Village, yang terkenal dengan tauhu. Di sepanjang jalan makanan yang paling terkenal di Gangneung, kacang digiling untuk tauhu Chodang. Kemudian melalui beberapa langkah, air garam dari Laut Timur digunakan dalam proses pengeringan yang menghasilkan tauhu yang lembut dan ringan.

Nama kampung ini, Chodang, berasal dari nama keluarga terkenal yang pernah tinggal di sini yang dikenali sebagai Chodang-Heoyeop. Heo Yeop adalah bapa kepada anak lelaki, penulis / penyair Heo Gyun (1569 ~ 1618) dan anak perempuannya, penyair Heo Nanseolheon (1563 ~ 1589). Sebuah rumah tradisional Korea telah dibina semula di tapak tempat rumah asal Heo Gyun dan Heo Nanseolheon pernah berdiri.

Terdapat 19 restoran Chodang Soodubu (Chodang soft-tofu) di kampung ini.

Chodang Dubu Village Map

Chodang Dubu (tofu)

Dari Gangneung Bus Terminal ke Chodang Dubu Village

 

Alamat: 99, Chodangsundubu-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Pengangkutan:

[Bas]

Dari Gangneung Intercity Bus Terminal, ambil bas bernombor 206, 207 or 230. ( perjalanan mengambil masa 40 minit)> Turun di Gangneung High School dan berjalan dalam 5 minit.

[Teksi]

Dari Gangneung Terminal / Gangneung Station, mengambil masa 15-20 minit.

Website: gnchodangdubu (Korean)

 

Sejarah teh di Gangneung

Heo Gyun and Heo Nanseolheon Memorial Park

Walaupun Gangneung dikenali sebagai bandar kopi. Sejarah mengatakan penduduk menyukai teh. Cinta kepada teh membawa kepada perkembangan minat terhadap kopi. Kini Gangneung memang dikenali mempunyai kebudayaan kopi yang tersendiri.

Merupakan bandar yang memelihara warisan budaya teh dari Dinasti Shilla (57 BC – 935 AD). Pavilion Hansongjeong merupakan tempat yang dapat kita jumpa perkakas teh yang digunakan oleh komuniti Hwarang (sebuah kumpulan elit lelaki muda bangsawan menjadi tentera dan pemimpin tentera).

Menurut rekod. Penduduk meminum teh di banyak tempat di Gangneung termasuk kawasan Gyeongpo.

5 Good Writer in Heo Family

Merujuk kepada Heo Yeop (1517~1580) bapa kepada Heo Seong (1548~1612), Heo Bong (1551~1588), Heo Gyun (1569~1618) dan Heo Nanseolheon (1563~1589) yang tinggal di Gangneung pada abad ke-16. Mereka berbakat dalam kesusasteraan sehingga orang menyebutnya ‘5 Penulis yang Baik dalam Keluarga Heo.’

Terutamanya, Heo Nanseolheon dan Heun Gyun yang luar biasa. Heo Nanseolheon adalah seorang penyair wanita terkemuka dan telah menghasilkan 211 puisi yang indah sebelum meninggal dunia pada usia 27 tahun. Heo Gyun adalah ahli politik Korea yang terkenal, penyair, novelis dan sarjana. Heo Gyun sering dikreditkan sebagai pengarang cerita dongeng Korea ‘Hong Gildong’, yang dalam banyak cara mencerminkan pemikiran progresifnya.

Keluarga Heo turut menikmati minuman teh sama seperti keluarga bangsawan yang lain di zaman Dinasti Joseon. Terutamanya Heo Gyun, yang tahu bagaimana menghargai seni sebagai seorang pencinta teh dan menulis banyak puisi tentang teh.

“… Matahari terbenam di kebun kecil, saya minum teh yang baru diseduh dengan cangkir perak. Bunga teratai di kolam, mawar dibasahi hujan sedang mekar penuh … ” Heo Gyun.

Heo Gyun & Heo Nanseolheon Memorial Park

Taman Memorial Heo Gyun dan Heo Nanseolheon

Dibina pada tahun 2007 untuk memperingati kakak dan adik  yang berbakat. Taman ini terdiri daripada tempat kelahiran Heo Nanseolheon dan Heo Gyun, dewan peringatan dan pusat pengeksport teh tradisional.

Pusat pengalaman teh tradisional, Chohee. Dinamakan selepas nama Nanseolheon, Chohee. Ia dibuka pada Disember 2012 dan ahli-ahli Persatuan Budaya Teh Korea mempromosikan budaya teh Korea dan menawarkan sesi majlis teh kepada pelawat.

Semasa sesi upacara minum teh, pengajar menerangkan tentang perkakas teh seperti cerek teh, cawan teh, cara penyejukan mangkuk dan dulang penyaliran. Pengajar  turut mengajar bagaimana untuk menyajikan teh langkah demi langkah dari pemanasan teh sehingga cara membuat teh. Sesi berlaku kira-kira 20-30 minit dan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.

Heo Gyun and Heo Nanseolheon Memorial Park

Dari Gangneung Bus Terminal ke Heo Gyun and Heo Nanseolheon Memorial Park

Yuran Masuk: Percuma ( 5,000 KRW bagi mengikuti pengalaman upacara minum teh)

Waktu operasi: 9:00 – 6:00 (Tutup hari Isnin)

Alamat: 1-29, Nanseolheon-ro 193beon-gil, Gangneung-si, Gangwon-do

Pengangkutan:

[Bas]

Ambil bas No. 206 dari Gangneung Bus Terminal > Gangneung Gojeongmun Bus Stop > Berjalan sejauh 600m ke Heo Gyun & Heo Nanseolheon Memorial Park.

Sumber dan foto: visitkorea.or.kr,

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *