Global Wow Korea Supporters Field Trip Day 1 (Yangyang Tour)

Pengalaman hari pertama (20 April 2018) bergerak dari Seoul bersama 40 lebih WOWKOREA Supporters (pelajar-pelajar pelbagai negara yang belajar di universiti- universiti Korea) ke Yangyang, Gangwon-do. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih.

Dari Gangnam, Seoul ke Yangyang, Gangwon

Donghae Makguksu

Donghae Makguksu restaurant at Yangyang

Tiba sahaja di Gangwon, kami makan tengah hari di Donghae Makuguksu yang terletak di  Yangyang-gu, Gangwon-do. Makguksu yang diberitahu kepada kami ada dua jenis. Dengan air (berkuah) dan tanpa air. Saya memilih Mul Makguksu (Cold Buckwheat Noodle). Mul bermaksud air dan makguksu bermaksud mi. Kuahnya sejuk, sedap dan tidak pedas.

Mul Makguksu atau Cold Buckwheat Noddle

  • Alamat: 98-1, Powol-ri, Yangyang-eup, Yangyang-gun, Gangwon-do
  • Masa operasi: 9am-9pm
  • Telefon: 0336718887

Donghae Makguksu > Naksansa Temple

Dari Donghae Makguksu ke Naksansa Temple (8 mint)

 

Naksansa Temple

Hongnyeonnam Hermitage in Naksansa Temple area

Kemudian menuju ke lokasi pertama iaitu Naksansa Temple. Landmark bersebelah sahaja dengan Naksan Beach Hotel. Naksansa Temple merupakan kuil yang berusia 1,300 tahun dengan pemandangan laut yang indah dan luas kawasannya.

Uisangdae Pavilion in Naksansa Temple area (tempat popular melihat matahari terbenam)

Botajeon in Naksansa Temple area

Naksansa Temple > Yangyang International Airport

Dari Naksansa Temple ke Yangyang International Airport (15-20 minit)

 

Yangyang International Airport (YNY)

Yangyang International Airport (Kredit: Google Map)

Merupakan airport kecil yang terletak di Gangwon. Airport yang berkhidmat untuk kawasan Sokcho, Gangneung dan PyeongChang. Semasa kami tiba, ia kelihatan sunyi kerana domestik hanya dua kali sehari ke Gimhae (Busan) dan Pulau Jeju. Airport ini meriah ketika musim PyeongChang Olympic (Feb- March 2018).

Inside Yangyang International Airport

Mempunyai dua line untuk domestik dan dua line untuk antarabangsa. Airport ini digunakan selalu untuk latihan para cadet pilot.

Hanya empat barisan sahaja di Yangyang International Airport

  • Alamat: 201 Gonghangno, Sonyang-myeon, Yangyang-gun, Gangwon-do
  • Website: www.airport.co.kr

Yangyang International Airport > Naksan Beach

Dari Yangyang International Airport ke Naksan Beach (13-15 minit)

 

Naksan Beach

Naksan Beach

Pantai sepanjang 4km yang cantik dengan pasir putih yang tebal. Berdekatan dengan Naksansa Temple. Sesuai melihat matahari terbit di Uisangdae Pavilion ( dalam kawasan Naksansa Temple di lereng bukit).

Buaian di Pantai Naksan

Naksan Beach lighthouse

  • Alamat: 59, Haemaji-gil, Ganghyeon-myeon, Yangyang-gun, Gangwon-do
  • Website: yangyang.go.kr

Naksan Beach >  Jeollado Restaurant

Dari Naksan Beach ke restoran Jeollado (dalam 2-3 minit)

 

Jeollado Restaurant

Jeollado Restaurant near Naksan Beach

Terdapat deretan restoran yang berdekatan dengan Naksan Beach. Kami menjamu Maeuntang Spicy Fish Soup.

Maeuntang Spicy Fish Soup

  • Alamat: 37-2 Naksansa-ro, Ganghyeon-myeon, Yangyang-gun, Ganwong-do.
  • Masa operasi: 00:00-24:00

Jeollado Restaurant > Naksan Beach Hotel

Dari restoran Jeollado ke Naksan Beach Hotel (seminit jaraknya dalm 270m)

 

Naksan Beach Hotel

Naksan Beach Hotel di Yangyang (Kredit Booking.com)

Menginap semalam di Naksan Beach Hotel. Hotel yang terletak di atas bukit dengan bersebelahan Kuil Naksansa dengan pemandangan laut.

Naksan Beach Hotel

Menariknya, hotel ini mempunyai kafe dan turut mempunyai bilik arcade & noraebang (karaoke room).

Arcade room at Naksan Beach Hotel

  • Alamat: 73 Naksansa-ro, Ganghyeon-myeon, Yangyang, Gangwon-do, South Korea
  • Website: Booking.com

 

Bersambung hari kedua….

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *