Global Wow Korea Supporters Field Trip Day 2 (Gangwon-do Unique Experience Tour)

Hari kedua (21 April 2018). Merupakan hari istimewa saya. Harijadi saya! Di Korea pula! Rasa bersyukur dan terharu. Terima pula ucapan dari 40 orang lebih dari pelbagai negara pula. Nanti saya kongsikan pengalaman menyambut harijadi di Korea.

Hari istimewa ini bermula dengan aktiviti bersenam kaki! Bukan berjoging atau maraton tetapi mengayuh railbike. Ya, lokasi pertama, hari kedua. Jeongdongjin Rail Bike.

 

Jeongdongjin Rail Bike

Menaiki railbike bersama kenalan Global Wow Korea Supporters

Di Korea terdapat beberapa rail bike, salah satunya Jeongdongjin Rail Bike. Terletak di Jeongdongjin Station, Gangneung, Gangwon. Jeongdongjin merupakan lokasi yang memasuki Guinness Book of World Record kerana memiliki landasan kereta api yang berhampiran laut.

Pemandangn laut di Jeongdongjin

Terdapat dua jenis  raik bike. ( dua tempat duduk dan empat tempat duduk). Rail bike sepanjang 5km. Kalau sekadar mengayuh memang memenatkan kerana laluannya turut berbukit. Tetapi rail bike ini mempunyai auto mode (bateri). Jadi, tidaklah sukar dan dapat menikmati pemandangan laut, pantai dan Hourglass Park.

Jeongdongjin Railbike ticket box

  • Alamat: 17, Jeongdongyeok-gil, Gangneung-si, Gangwon-do
  • Tiket: Dua tempat duduk (20,000 KRW), empat tempat duduk (30,000 KRW)
  • Masa operasi: March-Oktober (9:00-5:00), November-Februari: (9:00-4:00)
  • Website: www.sunbike.kr  (Korean)

Jeongdongjin Rail Bike > Restoran Keungiwajib

Dari Jeongdongjin Rail Bike ke restoran Keungiwajib (1.9 km)

 

Keungiwajib

Keungiwajip restaurant near Jeongdongjin

Selepas penat mengayuh, kami makan tengahari  di restoran Korean, Keungiwajib. Tidak jauh dari Jeongdongjin Rail bike ( hanya memgambil masa  3-5 minit).

Dijamukan terlebih dahulu dengan Haemul Pajeon ( lempeng makanan laut dengan daun bawang), besar dan tebal! Kemudian, dihidangkan dengan Haemul Sujebi (sup makanan laut dengan serpihan doh daripada gandum).

Haemul Pajeon (seafood and green onion pancakes)

Haemul Sujebi (seafood soup with dough flakes made of wheat)

  • Alamat:

Restoran Keungiwajib > Haslla Art World

Dari restoran Keungiwajib ke Haslla Art World (800m)

 

Haslla Art World

Haslla Art World

Haslla Art Museum atau turut dikenali sebagai Pinocchio Museum (terdapat pameran khas untuk watak patung kayu popular filem Walt Disney).  Muzium seni yang sungguh besar (seluas 61 ekar) dan menarik  kerana ada indoor dan outdoor. Bagi yang berminat dengan seni, kraf, arca dan ingin melihat sesuatu yang unik dan berinspirasi, boleh singgah sini. Terlalu banyak untuk dilihat.

Pinocchio exhibition inside Haslla Art Museum

Outdoor exhibition at Haslla Art Museum

  • Alamat: 1441, Yulgong-ro, Gangdong-myeon, Gangneung-si, Gangwon-do
  • Tiket: Muzium+taman (10,000 KRW)
  • Masa operasi: 9:00-6:00 / Kemuncak musim: 8:00-7:00
  • Website: http://www.haslla.kr

Haslla Art World > Coffee Cupper Museum

Dari Haslla Art World ke Coffee Cupper Museum (25min)

 

Coffee Cupper Museum

Coffee Cupper Museum Gangneung branch

Kami singgah di muzium kopi cawangan di Gangneung. Bagi peminat kopi, patut singgah sini! Sesi bermula dengan penerangan oleh wakil pihak muzium tentang sejarah kopi, alatan pembuatan kopi, jenis-jenis kopi dan turut menunjukkan sebuah buku yang boleh dikategorikan sebagai kitab kopi (170,000KRW)

Artifak dan alatan-alatan lama membuat kopi

Rakan saya dari Turki, memang gembira ke sini (siap bawa bendera Turki) kerana turut terdapat sejarah kopi Turki. Juga terdapat tiga jenis biji kopi terbaik dunia ( Jamaica Blue Mountain Coffee, Hawaii Kona & Yemen Mocha Mattari) dan biji kopi yang paling mahal di dunia, iaitu Kopi Luwak.

Kami turut merasai pengalaman (Hand Drip Experience) membuat kopi dengan alatan yang kelihatan asas.

Hand Drip Experience at Coffee Cuppr Museum

Coffee Cupper Museum > restoran Sonamujib Chodang Sundubu

Dari Coffee Cupper Museum ke restoran Sonamujib Chodang Sundubu (5-7 minit berjalan kaki)

 

Sonamujib Chodang Sundubu

Sonamujib Chodang Sundubu

Makan malam di Sonamujib Chodang Sundubu. Gangneung memang terkenal dengan tauhu. Kami ke sini hanya berjalan kaki dari muzium kopi (dalam 5-7 minit).

Sundubu Jjigae (Korean spicy soft tofu stew)

Jjamppong Sundubu (spicy seafood soft tofu noodle soup)

Nota: Restoran ini Sundubu Jjigae (sup tauhu lembutnya  didapati terdapat daging cincang). Jadi saya memilih makan Jjamppong Sundubu (sup pedas makanan laut beserta tauhu lembut dan disertakan mee).

Restoran Sonamujib Chodang Sundubu > Hotel Gangneung

Dari restoran Sonamujib Chodang Sundubu ke Hotel Gangneung (15min)

 

Gangneung Tourist Hotel

Gangneung Tourist Hotel

Bermalam di Hotel Gangneung yang terletak 2km dari Gangneung KTX Station dan Gangneung Express Bus Terminal. Harga semalam antara RM300~RM600.

Hotel Gangneung Deluxe Triple Room

 

Bersambung….

 

 

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *