Global Wow Korea Supporters Field Trip Day 3 (Spring of Korea with Refreshing Tour)

Hari ketiga (22 April 2018). Terasa sedih kerana hari ini merupakan hari perpisahan bersama 40 lebih Wow Korea Supporters yang pertama kali jumpa pada hari pertama di Gangnam. Mereka akan mempunyai tiga field trip pada Jun, September dan Disember. Bagi Global Wow Korea, kami berbaki dua hari lagi.

Hari ini bergerak ke Chuncheon, Gangwon-d0. Mengambil masa dalam 2 jam.

Hotel Gangneung > Chuncheon Mullegil Canoe Riding

Dari Hotel Gangneung ke Chuncheon Mullegil Canoe Riding (1 jam 50 minit)

 

Chuncheon Mullegil Canoe Riding

Chuncheon Mullegil Canoe

Pengalaman pertama melakukan aktiviti berkanu. Rasa berdebar sebab fobia kepada air (tidak nampak dasar) bersama pula rakan perempuan yang fobia air (takut lemas). Kita pula hanya tahu berenang gaya katak. Tetapi jangan risau, sebelum bermula sudah diberikan taklimat cara berkanu dan keselamatan ( yang memberikan taklimat turut ada bersama dengan bot laju untuk membantu).

Chuncheon Mullegil Canoe Riding

Menaiki kanu dua orang dan mendayung di Uiamho Lake

Memang mencabar sebab, sudahlah semalam berkayuh railbike (senam kaki), hari ini pula mendayung (senam tangan). Sedikit sukar apabila hendak mengawal arah dan membuat pusingan.

Menjadi lokasi variety show “Running Man Ep.90”, “2 Days 1 Nights S03 Ep.77”, “The Return of Superman”. “Showtime-Apink”

  • Alamat: 644-23 Songam-dong, Chuncheon-si, Gangwon-do, Korea
  • Masa operasi: 9-5pm
  • Tiket: Basic Canoe (2-3 orang) = 30,000KRW
  • Website: http://www.mullegil.org  (Korean/ English)
  1. Terdapat pakej untuk berkanu: Chuncheon Mullegil Canoe Ticket Reservation by INDIWAY
  2. Diskaun 20% dengan booklet DKYW2018

 

Chuncheon Mullegil Canoe Riding > Octopus House

Dari Chuncheon Mullegil Canoe Riding ke restoran Octopus House (10 minit)

 

Octopus House

Octopus House at Chuncheon

Waktu makan tengah hari. Kami berpisah menjadi dua kumpulan. Bagi non-muslim makan berlauk ayam goreng pedas dan bagi muslim, kami makan sotong (berjalan kaki 6 minit ke restoran Octopus House).

Kami memilih Nakji-bokkeum (sotong goreng pedas). Harga dalam 9,000KRW untuk dua orang. Turut mencuba San-nakji (tentakel sotong hidup). Harganya  berbeza bergantung kepada harga bahan mentah semasa . Cukuplah cuba sekali, yang rakan lain pertama kali juga, terus jadi kegemaran.

Nakji-bokkeum (sotong goreng pedas)

San-nakji (raw dish made with long arm octopus)

  • Alamat: 828 Yetgyeongchun-ro, Chuncheon-si, Gangwon-do
  • Masa Operasi: 11:00~ 23:00

Octopus House > The Garden of Morning Calm

Dari Octopus House ke The Garden of Morning Calm (49 minit)

 

The Garden of Morning Calm

The Garden of Morning Calm

Taman landskap yang besar dibuka sepanjang tahun. Setiap musim (bunga, panas, luruh & sejuk) menyajikan pemandangan yang indah dan menarik. Pelbagai festival diadakan dan menarik untuk dilawati pada waktu malam (Lighting Festival- winter)

Taman landskap The Garden of Morning Calm

Menjadi lokasi filem dan drama Korea seperti “The Letter (1997),” “Detective K (2015),” “Addicted (2002)”
, “Smile Again (2010),” “You’re Beautiful (2009),” “A Love to Kill (2005),” “Love in the Moonlight (2016)” . Juga
variety show “Infinite Challenge”.

Love in the Moonlight (2016) filming location in the garden of Morning Calm

  • Alamat: 477-824, Sumogwon-ro, Sang-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do
  • Masa Operasi: 08:30-19:00
  • Tiket: 9,500KRW ~ 5,000KRW
  • Website: http://morningcalm.co.kr
  • Pengangkutan: Cheongpyeong Station (Gyeongchun Line) > The Gapyeong Tour Bus (6,000KRW)

 The Garden of Morning Calm > Jade Garden

Dari The Garden of Morning Calm ke Jade Garden (29 minit)

 

Jade Garden

Jade Garden (Entrance)

Jade Garden- Natural Arboretum digelar sebagai “Eropah kecil di dalam hutan”. Mempunyai 24 kawasan bertema yang tersendiri. Kami tiba lewat petang dan amat cantik apabila pelbagai jenis lampu menyala dan mewarnai taman. Kerana masa tidak mengizinkan, hanya dapat jelajah 30-40%.  Pasti akan singgah lagi, sebab sungguh luas seperti Morning Calm.

2018 Global WOWKOREA di Jade Garden

Merupakan lokasi pengambaran Kfilem “You Are My Pet (2011)”, Kdrama “Love Rain (2012)”, “Full House 2 (2012)”, “That Winter, the Wind Blows (2013)”.

Jade Garden- Natural Arboretum

Dinner

Bangunan utama Jade Garden (restoran & cafe)

Kami makan malam di dalam bangunan utama Jade Garden. Saya memilih yeon-ipbab (Lotus Leaf Wrapped Rice). Harga 11,000KRW.

Lotus Leaf Wrapped Rice

Yeon-ipbab (Lotus Leaf Wrapped Rice)

  • Alamat: 111, Seocheon-ri san, Namsan-myeon, Chuncheon-si, Gangwon-do, Korea
  • Masa Operasi: 09:00 – Matahari terbenam.
  • Tiket: 8,000KRW (April~ November) , 6,000KRW (Disember. ~March)
  • Website: www.jadegarden.kr 
  • Pengangkutan: Gulbongsan Station (Gyeongchun Line) > Jade Shuttle Garden Bus

Jade Garden > Midas Hotel

Dari Jade Garden ke Midas Hotel (22 minit)

 

MIDAS Hotel & Resort

Midas Hotel & Resort credit Booking.com

Bermalam di MIDAS Hotel & Resort terletak di Gapyeong bersebelahan dengan sungai dan 6km dari The Garden of Morning Calm, 8 km dari Petite France dan 14 km dari Nami Island. Harga semalam RM700+.

MIDAS Hotel room

Pemandangan luar bilik MIDAS Hotel

  • Alamat: 2245, Bukhangang-ro, Cheongpyeong-Myeon, Gapyeong-goon, Gyeonggi-do, South Korea
  • Website: Midashotel.co.kr

Nota: Mohon membuat tempahan sarapan untuk muslim, kerana tiada breakfast buffet disediakan.

 

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *