Global Wow Korea Supporters Field Trip Day 4 (Sweet, Relax & Fun Tour)

Strawberry Picking Experience

Korean strawberry so sweet

Teruja kunjungi ladang strawberi. Sebab Korea memang popular dengan strawberinya yang manis. Majoriti kata lebih manis dari Cameron Highland. Orang katalah, saya pula sudah lama tidak pergi Cameron Highland.

Deretan strawberi yang tersedia untuk dipetik

Strawberry Picking Experience in Yangpyeong

Diberikan bekas 500g dan penuhkannya! Turut diberikan tip cara memetiknya. Supaya tidak rosak strawberi yang diambil serta tanamannya.

Strawberry farm > Dumulmeori Mullae-gil

From Strawberry farm to Dumulmeori Mullae-gil take 500m-700m

 

Dumulmeori Mullae-gil

Dumulmeori Mullae-gil

Dumulmeori ini bermaksud “kepala bagi dua air.” Merujuk pertemuan sungai Bukhangang dan sungai Namhangamg. Menjadikan ia Han River.

Yangpyeong Dumulmeori

Telephone booth at Dumulmeori Mullae-gil

Merupakan lokasi Kdrama ‘She Was Pretty (2015), Sweet Stranger and Me (2015),  dan Two Cops (2017/18).

Dumulmeori picture frame

Kami menghilangkan kesejukkan hujan dengan minuman panas di kedai kopi Cafe GaRam (sebelah saja). Sempat juga beritahu rakan-rakan makna garam dalam bahasa Malaysia.

Cafe GaRam di Dumulmeori

Cafe GaRam interior

  • Alamat: Dumulmeori-gil, Yangpyeong-gun, Gyeonggi-do
  • Website: http://tour.yp21.net
  • Pengangkutan: Seoul > Yangsu Station (Gyeogui- Jungang Line), Exit 1 (mengambil masa 1 jam 12 min) > berjalan ke Dumulmeori (30-40 minit).

 Dumulmeori Mullae-gil > Pine House Restaurant

From Dumulmeori Mullae-gil to Pine House Restaurant take 20 minutes

 

Pine House Restaurant

Sonamujib restaurant

Kami makan tengah hari di Sonamujib honammug-eunji ( Pine House) di Yangpyeong. Rumah Hanok yang sudah berusia 80 tahun. Kata pemilik, ini sebuah rumah tipikal bagi kelas pertengahan.

Pine House Restaurant

Kami dijamukan dengan Grilled Deodeok Root (50,000KRW) rasa seperti makan batang ginseng masak pedas. Serta Doenjang-jjigae (soybean stew) dan  ikan bakar.

Grilled deodeok root dengan ikan bakar

Doenjang-jjigae (soybean stew) dan sayuran untuk bibimbap

  • Alamat: 26 Sindae-gil, Ochon-myeon, Yangpyeong-gun, Gyeonggi-do
  • No.tel: 031-775-1038

Pine House Restaurant > Lotte World Adventure

From Pine House Restaurant to Lotte World Adventure take 1 hour 19 minutes

 

Lotte World Adventure

Magic Island outdoor amusement park

Taman tema Lotte World ada indoor dan juga outdoor (Magical Island). Lokasinya bersebelahan tasik Seokchon (cantik waktu musim bunga, kerana deretan pokok-pokok cherry blossom).

Lotter World Adventure one day pass and Museum Ticket

Lotte World Adventure

  • Alamat: 240, Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul
  • Masa operasi: 09:30-22:00
  • Tiket: 1 day Ticket (52,000KRW). Klik > Lotte World Discount Ticket
  • Website: www.lotteworld.com
  • Pengangkutan: [Subway] Jamsil Station (Seoul Subway Line 2, 8), Exit 4.

Nota: Turut terdapat bilik solat di tingkat 3 Lotte World indoor adventure park.

 

Agra Indian Dining Restaurant

Agra Indian Dining Restaurant at Lotte Department Store Avenue 6F

Restoran halal yang berada di Lotte Department Store Avenue tingkat 6. Kami memesan Black Sesame Mushroom Flat bread (20,600KRW ) dan Classic Naan (2,500KRW) + 3 jenis kari (18,700KRW/satu) .

Black Sesame Mushroom Flat bread

  • Alamat: 300, Olympic-ro, Songpa-gu , Lotte World Avenuel 6F, Seoul, South Korea
  • Masa operasi: 11:00 – 22:00
  • Website: http://www.agra.co.kr/

Nota: Restoran ini bersebelahan dengan bilik solat.

Muslim prayer room at Lotte Department Store Avenue 6F

Lotte World Adventure > L7 Hotel Myeongdong

From Lotte World Adventure to L7 Hotel Myeongdong take 25 minutes

 

L7 Hotel (Myeongdong)

L7 Hotels at Myeongdong

Dua malam di L7 Hotel cawangan Myeongdong. Berdekatan Myeongdong Shopping Street. Desain yang sungguh moden, ringkas dan hipster.

L7 Hotel standard double room interior

  • Alamat: 137, Toegye-ro, Jung-gu, Jung-Gu, 04537 Seoul, South Korea
  • Semalam: RM600+
  • Website: www.lottehotel.com

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *