Hadong- Pegunungan Alps di Korea Selatan dengan tempat-tempat & aktiviti yang menarik untuk diterokai

DI MANA HADONG?

Pertama kali dengar nama ini, itupun nama orang dan bukan nama tempat. Iaitu Kang Hodong, seorang hos TV yang terkenal di Korea.

Jadi, ini pertama kali saya dengar tempat bernama Hadong di Korea Selatan. Bertambah tahu tempat ini kerana sebuah rancangan Korea ‘Battle Trip ep.90- Wanna One’.

Hadong merupakan sebuah daerah yang terletak di wilayah selatan Gyeongsang. Dua jam dari Busan dengan train dan tiga jam setengah dari Seoul (KTX).

Lokasi daerah Hadong di Korea Selatan

Hadong yang penduduknya sekitar 50,000 orang, diberi gelaran sebagai ‘The Korean Alps.’  Turut digelar Slow City. Dalam sejarah dikenali juga sebagai ‘Dasachon’ (daerah pasir yang melimpah). Merupakan lokasi bagi Taman Negara Jirisan, Sungai Seomjingang dan Taman Laut Nasional Hallyeo yang merupakan tempat terakhir pertempuran komander angkatan laut Korea yang terkenal, Chungmugong Lee Sunshin.

Terkenal dengan teh hijau kerana ladang tehnya yang telah dipelihara pada 1,200 tahun sejak. Iaitu zaman kerajaan Silla (57 B – AD 935). Sehingga mendapat Globally Important Agricultural Heritage Systems (GIAHS) oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO).

Website: Hadong.go.kr (English)

 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI HADONG

Jirisan National Park

Jirisan National Park

Merupakan taman nasional pertama Korea. Merangkumi tiga wilayah iaitu Gyeongsangnam-do, Jeollanam-do dan Jeollabuk-do.

 

Seomjin-gang River

Seomjingang River – Photo credit Templestay com

Sungai yang dikenali sebagai antara yang tercantik dan terbersih di Korea. Kontras dengan pasir putih dengan air biru. ‘Seomjin’ bermaksud “feri katak”. Mengikut legenda, segerombolan katak menyekat tentera Jepun daripada melintasi Seomjin.

 

Hallyeo Marine National Park

Hallyeo Marine National Park – Photo Credit Korea National Park

Hallyeohaesang National Marine Park menjadi taman national pada tahun 1968. Ia merangkumi enam daerah (Geoje, Tongyeoung, Sacheon, Hadong, Namhae, Yeosu). Turut dikenali sebagai ‘The Sea Diamond.’ Mempunyai laluan bada baengnigil, yang bermaksud, “laluan 100 lautan panjang,” membentang sejauh 42.1 kilometer!

 

Simnibeotkkot-gil (Simni Cherry Road)

Simni Cherry Blossom Road

Jalan ini turut dipanggil Hollyegil atau “Wedding Road.” Kerana dipercayai pasangan yang berjalan di sini bersama akan mempunyai perkahwinan yang bahagia.

  • Alamat: Hwage-ro, Uisin-gil, Hwage-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do

 

Samseong-gung Palace

Samseonggung Palace – Photo Credit: Steve46814

Turut digelar sebagai ‘Three Sages Palace,’ adalah sebuah kuil di sepanjang lereng Gunung Jiri, daerah Hadong di Wilayah Gyeongsang Selatan, yang diciptakan untuk menghormati tiga pengasas mitos Korea iaitu Haneullim (Maharaja Syurga), Hwanung (Supreme Divine Regent) dan Dangun (Cucu Syurga).

  • Alamat: 86-15, Samseonggung-gil, Cheongnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam

 

Gujaebong Recreational Forest

Gujaebong Recreational Forest – Photo Credit Hadong Blog.

Turut digelar sebagai “ruang untuk penyembuhan minda dan badan.” Terkenal dengan landskap semulajadi yang cantik. Mempunyai laluan mendaki yang menarik, fasiliti rekreasi (Eco Adventure) seperti zipline dan monorail.

  • Alamat: 60-81, Jungseo-gil, Jeongnyang-myeon Hadong-eup, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Rujukan: Hadongblog

 

Hwagaejangteo Market

Hwagaejangteo Market

Merupakan pasar tempatan di Hadong. Pelbagai barang yang dijual seperti herba, sayuran, buahan, produk pertanian, pakaian, pasu dan lain-lain. Paling popular produk daripada teh.

  • Alamat: 51-1 Tap-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do

 

Hadong Wild Tea Garden

Hadong Wild Tea Garden – Photo credit visitkorea

Ladang teh pertama di Korea dengan 1200 tahun sejarah! Sehinggakan terdapat Dawom (Tea Garden) Tour.

  • Dosimdawon. Pokok teh yang terbaik (pokok teh 1000 tahun)
  • Maemdawon.  Terdapat Maeam Tea Museum (ketahui sejarah teh 100 tahun di Agyang)
  • Beophyangdawon. Ladang teh pertama di Korea. Ditanam pada zaman King Heungdeok of Silla (828)
  • Jeonggeum Tea Field. Ladang teh yang tercantik

 

 AKTIVITI-AKTIVITI KEBUDAYAAN

The Ssanggyesa Temple ‘Temple Stay’

The Ssanggyesa Temple ‘Temple Stay’

 

Green Tea Experience di Hadong Tea Museum

Green Tea Experience at Hadong Tea Museum

  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Tea Ceremony (percuma), Tea Picking (5,000 Won)
  • Alamat: 571-25, Ssanggye-ro, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Website: hadongteamuseum.org (Korean)

 

Pottery Experience di Sagi Areum Village

Pottery Experience at Sagi Areum Village

  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Pottery Experience (Group = 15,000 Won / Individual= 25,000 Won)
  • Alamat: 92 Sagiareum-gil, Jingyo-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • No.tel: +82 055-882-4080
  • Website: tour.hadong.ko.kr (Korean)

 

6 AKTIVITI DI HADONG YANG BOLEH DI CUBA

Seomjin-gang River ‘Rafting’

Seomjingang River Rafting – Photo Credit: gurye.go.kr

  • Tempat: Seomjin-gang Leisure Club
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Rafting+Lunch ( 30,000 Won) / Rafting+Long boat (40,000 Won)
  • Alamat: 865-6 Deogeun-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun Gyeongnam
  • Website: www.sjklc.co.kr (Korean) /
  • Rujukan: gurye.go.kr (English)

‘Zip Wire’ of The Hadong Alps Leports

  • Tempat: Hadong Alps Leports
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Dewasa (45,000Won) / Kanak-kanak (35,000Won)
  • Alamat: 493-9 Gyeongchung-ro, Geumnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Website: www.hdalps.or.kr (Korean)

 

Mount Geumoh-san Adventure ‘Big Swing’

  • Tempat: Hadong Swing Jump
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Dewasa (18,000Won) / Kanak-kanak (14,000Won)
  • Alamat: 493-37 Gyeongchung-ro, Geumnam-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Tel: +82 055-883-1064
  • Website: www.hadongswing.com (Korean)

Hadong ‘Rail Bike’

Hadong Rail Bike- Photo credit hdrailpark IG

  • Tempat: Hadong Rail Bike
  • Masa: 0930-1900
  • Harga: Two seater (20,000~ 30,000Won) / Four seater (25,000~35,000Won)
  • Alamat: 2446-6 Gyeongseo-daero, Bukcheon-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Website: www.hdrailpark.com (Korean)

 

Gujae-bong ‘Peak Adventure’

Gujaebong Peak Adventure – Photo Credit: Hadongblog

  • Tempat: A Space for Healing Mind and Body
  • Masa: 0900-1800
  • Harga: Zipline 1P (20,000Won) / Monorail 1P (1,000Won) / Adventure (10,000Won)
  • Alamat: 60-81 Jungseo-gil, Jeongnyang-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Website: www.hadongforest.co.kr (Korean)

 

Hyeonje-bong Peak, Gujae-bong ‘Paragliding’

  • Tempat: Gujaebong Launch Site
  • Alamat: 186 Gaechimigong-gil, Agyang-myeon, Hadong-gun, Gyeongnam
  • Tel: +82 055-880-6442

 

5 FESTIVAL POPULAR DI HADONG

Hwagae  Cherry Blossom Festival (April)

Simni Cherry Road – Photo Credit: visitkorea

  • Info:  Jalan sepanjang 4KM yang mempunyai deretan pokok Cherry Blossom
  • Alamat: Hwage-ro, Uisin-gil, Hwage-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Pengangkutan: Busan Seobu Bus Terminal > Hwagae Bus Terminal (2jam 30 min)
  • Sumber: elpheal

 

Hadong Wild Tea Culture Festival (May)

  • Info: Festival diwujudkan untuk membantu merasa dan nikmati Hadong Wild Tea dari Jirisan.
  • Alamat: Tea Culture Center (Hwagae-myeon dan Agyang-myeon), Hadong-gun, Gyeongsangnam-do

 

Bukcheon Field Poppy Flower Festival (May)

Bukcheon Field Poppy Flower Festival

  • Info: Bunga Poppy seluas tanah lapang (anggaran 165,300 m2) bersama dengan pelbagai bunga yang lain.
  • Alamat: Seluruh kawasan Jikjeon

 

Alps Hadong Seomjingang Jaecheop Festival (Julai)

Hadong Seomjingang Jaecheop Festival

  • Info: Festival musim panas yang diadakan di sungai Seomjingang. Aktiviti mengutip kerang jenis ’emas’ dan gangsa, menuai jaecheop (kerang hitam kecil) dan sukan air.
  • Alamat: Seluruh kawasan Taman Songrim dan Sungai Seomjingang

 

Bukcheon Cosmos & Buckwheat  Festival (Sept)

Bukcheon Cosmos and Buckwheat Festival- Photo Credit visitkorea

  • Info: Popular dengan landskap bunga Cosmos di padang dan tepi jalan raya. Juga disajikan pelbagai hidangan yang diperbuat daripada buckwheat, termasuk mi dan bergoreng.
  • Alamat: Seluruh kawasan Jikjeon-ri, Bukcheon-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Website: www.cosmosfestival.co.kr  (Korean)

 

MAKANAN POPULAR DI HADONG

Set Meal with Jaecheop Soup

Set Meal with Jaecheop Soup- Photo credit Young Chai Choi

Jaecheop terma Korea yang dirujuk sebagai kerang kecil yang hidup di dataran rendah di Seomjingang di mana air bersih yang tidak tercemar mencipta habitat ideal mereka. Dikenali khasiat yang tinggi berbanding bajirak (grooved carpet shell). Sup kerang jernih yang dikenali membantu mengurangkan bintik-bintik di muka dan penyembuh mabuk.

 

Set Meal with Crab and Seafood Stew

Chamge Haesintang Jeongsik – Photo credit Jjp5838

Mempunyai menu istimewa iaitu Chamge Haesintang Jeongsik (set meal with crab and seafood stew).

  • Restoran: Paldo Gangsan
  • Alamat: 2292 Seomjingang-daero, Hadong-eup, Hadong-gun.
  • No.tel: +82 55-883-2226
  • Rujukan: https://blog.naver.com/jjp5838 (Korean)

 

Green Tea Set Meal

Green Tea Set Meal – Photo credit OkHadong Facebook

Set tradisional makanan Korea (hanjeongsik) berasaskan teh hijau, produk lokal istimewa Hadong. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Simni Cherry Road, Hwagaejang Marketplace, Choe Champan House, Ssanggyesa, dan Chilbulsa Temples.

  • Restoran: Chanip Masul
  • Alamat: 519, Hwagae-ro, Hwagae-myeon, Hadong-gun
  • No.tel: +82 55-883-3316
  • Rujukan: http://blog.daum.net/teafood (Korean) / teafood.co.kr (Korean)
  • Nota: Turut terdapat hidangan pork belly meat dan Green Tea Flower Wine.

*Disertakan senarai restoran yang terdapat menu seafood  seperti Spicy Fish Stew, Crab porridge , Shellfish Soup, Asian Clam Soup di: http://toureng.hadong.go.kr

 

TEMPAT PENGINAPAN CADANGAN

Kensington Resort

Kensington Resort Jirisan Hadong

  • Alamat: 384-17 Unsu-ri, Hwagae-myeon, Hadong-gun, Gyeongsangnam-do
  • Website: kensingtonresort.co.kr
  • Semalam: RM300+

Vivace Resort

Vivace Resort overlooking the Hadongho Lake

  • Alamat: 876, Cheonghak-ro, Cheongam-myeon, Hadong-gun
  • Website: vivaceresort.co.kr
  • Semalam: RM700+

Sangol Hwangto Pension

Sangol Hwangto Pension – Photo Credit: Yumayi

Jiriran Beotkkot Caravan Park

(Wanna One =Park Jihoon & Park Woojin)

Jiriran Beotkkot Caravan Park

 

Nota: Penulis menulis artikel ini selepas menghadiri Gogossing Travel Seminar: Hadong, the Korean Alps oleh Korea Tourism Organization Malaysia dan Hadong Tourism Board  di Hilton Kuala Lumpur pada 31 July 2018.

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *