Hangul: Huruf Korea yang Punyai Cuti Umum

Apakah itu Hangul?

Hangul / Hangeul adalah huruf/abjad dari Korea. Merupakan sistem yang diciptakan oleh Raja Sejong Yang Agung (raja ke-4 pada zaman Dinasti Joseon) pada tahun 1443. Hunminjeongeum nama asalnya yang bermaksud “tulisan untuk rakyat” dan merupakan dokumen skrip.

Kerana ketika itu, hanya golongan atasan/bangsawan yang boleh mengunakan dan dapat menulis tulisan Hanja (sistem tulisan klasik Cina yang digunakan di Korea). Berbanding golongan kebanyakkan dan bawahan.

Disebabkan mahu semua rakyat dapat bertutur dan menulis, Raja Sejong dibantu para ilmuan/sarjana dari Jiphyeonjeon (institut penyelidikan diraja) menciptakan tulisan Hangul.

Huruf Hangul

Asas ciptaan huruf ini berdasarkan ‘langit yang bulat, ‘bumi yang rata’ dan ‘manusia yang berdiri’.

Mempunyai 24 huruf asas iaitu 14 huruf konsonan dan 10 huruf vokal.

Dengan 5 konsonan tambahan dan 11 vokal tambahan.

Hangul Proclamation Day

Hangul Day atau Hangul Proclamation Day/ Korean Alphabet Day merupakan hari memperingati yang menandakan penemuan dan pengisytiharan Hangul – abjad Bahasa Korea pada 9 Oktober. Menjadi cuti umum di Korea Selatan sejak tahun 1970.

Lawati National Hangeul Museum untuk mengetahui asal-usul tulisan Korea

King Sejong The Great and room miniature at National Hangeul Museum

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *