“Hello! PyeongChang” Acara D-30 untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018

Sempena pengiraan detik ke D-30 bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. Korea Tourism Organization (KTO) Malaysia bersama Gangwon Province menganjurkan acara “Hello! PyeongChang” pada:

  • 11-13 Januari 2018
  • Korea Plaza KL ( aras bawah, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur)

Acara dan aktiviti yang akan berlangsung:

Mengambil gambar bersama Soohorang & Bandabi

(11- 12 Jan , 12-1230 / 0100-0200)

Ambil gambar bersama maskot rasmi Olimpik PyeongChang 2018 Soohorang & Bandabi

Soohorang dan Bandabi merupakan maskot rasmi Olimpik PyeongChang 2018 dan Paralimpik Musim Sejuk. Soohorang , harimau putih yang merupakan haiwan yang berkait rapat dengan mitologi Korea. Simbol kepercayaan, kekuatan dan perlindungan.

Bandabi, beruang hitam Asia. Simbol keazaman yang tinggi, dan keberanian. Para pelawat bebas mengambil gambar dengan mereka dan muat naki di sosial media.

 

Wish for Successful Olympic & Malaysia Boleh @ PyeongChang

(11-13 Jan, 1100-0300)

A post shared by Julian Yee ??? (@julianyeeee) on

Julian Yee Zhi-Jie merupakan Malaysian skater pertama yang layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk. Figure skater yang meningkat naik ini telah menyertai Dream Program ( memberi peluang kepada kanak-kanak di negara yang tiada musim sejuk mencuba sukan musim sejuk) di PyeongChang pada 2009 dan ketahui bahawa PyeongChang merupakan lokasi Olimpik Musim Sejuk yang berpotensi dan mendapat motivasi untuk kembali satu hari nanti.

Seperti yang diimpikan, beliau terpilih dan bersedia. Para pengujung boleh meninggalkan nota-nota dengan kata-kata semangat.

Baca: Impian menjadi nyata untuk Julian Yee ke Olimpik!

 

Hit!20180209 dan Menangi Patung Soohorang & Bandabi

(11-12 Jan , 1200-0100 / 13 Jan , 0100-0200)

Hit! 20180209 and Win Soohorang & Bandabi

Acara permainan slot putar ini bertajuk “Hit 20180209!” adalah untuk para pengunjung menekan butang dan perlu mengena tarikh pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang (iaitu 9 Feb 2018)  dan memenangi set hadiah maskot rasmi (Soohorang dan Bandabi).

 

Bermain Hoki ais mini & Permainan Curling

(11-13 Jan, 1100-0400)

Play Mini Ice hockey & Curling Game

Permainan hoki ais dan permainan curling yang akan diadakan di bandar Gangneung, merupakan permainan Olimpik yang popular. Pengunjung boleh bermain permainan hoki ais dan memukul puck dengan kayu hoki  untuk memenangi hadiah edisi terhad.

Curling diberi nama samaran ‘catur di atas ais’ adalah sukan di mana pemain meluncur batu di atas lantai berais ke arah kawasan sasaran yang dibahagikan kepada empat lingkaran berpusat. Para pelawat boleh membuat pasukan
untuk bermain bersama-sama.

 

Special Gogossing Seminar [ Christmas in March]

(13 Jan, 1100-0100)

Christmas in March Festival

Musim sejuk masih berlangsung pada bulan Mac. Wilayah Gangwon memberi hadiah khas untuk kita melihat pemandangan musim sejuk yang lebih indah di Gangwon bersama dengan program kebudayaan Hallyu seperti konsert K-pop, rancangan temubual bersama pelakon “Guardian, the lonely and great God” dan festival EDM!

Butiran lanjut akan dikongsikan semasa seminar nanti.

Daftar seminar di : Special Gogossing Seminar [ Christmas in March ]

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *