Hilton Busan – Unique Urban Seaside Resort di Busan, Korea

Sebagai ahli Hilton Honor , merasa teruja apabila mendapat tahu akan singgah ke hotel Hilton di Busan. Hotel yang menjadi perhatian para influencer & instagrammer kerana keunikan dekorasinya dan kecantikkan sekitarnya.

Hilton Busan

Hilton Busan at Gijang-gun, Busan, Korea_ photo credit: Hilton Busan

Jenama hotel terkenal, Hilton. Membuka urban resort di Gijang, East Busan Tourism Complex pada 1 Julai 2017. Sejam perjalanan dari Haeundae Beach. ‘Urban Destination Retreat’ dengan menawarkan fasiliti dan perkhidmatan kelas pertama dengan latar belakang pantai Korea yang menakjubkan.

Kami berpeluang melawat beberapa fasiliti dalaman seperti lobi, kolam renang, gym, perpustakaan. Untuk harga bilik semalam: RM1200 ++

10 Fakta Menarik

Hilton Busan ground floor entrance lobby
  • Privacy Entrance Lobby. Konsep lobi yang privasi dan tenang. Majoriti hotel di dunia mempunyai lobi yang terbuka.
  • Front desk & Lobby pelanggan terletak di tingkat 10.
  • Ocean Wave. Konsep dekorasi mengunakan elemen ombak.
  • Sweet Corner. Kedai roti dan manisan daripada chef Perancis.
  • Infinity Pool. Dengan panorama laut, merupakan kolam renang terbesar di Busan dengan kepanjangan 39m.
  • Steve MacQueen (pelakon AS terkenal dengan panggilan The King of Cool) di namakan pada McQueen’s Pool, McQueen’s Club & Fitness Center, McQueen’s Bar dan McQueen Lounge.
  • Ananti Town. Pekan dalam hotel dengan terdapat restoran, kedai pereka, butik yang tidak terdapat di Korea. Seperti Sant’ Eustachio IL Caffe (dikenali sebagai satu antara tiga kafe terkenal di Rome.
  • Eternal Journey. Perpustakaan yang mempunyai pelbagai genre dan digabungkan dengan kafe dan kedai. Dengan 1,000tan air segar setiap hari yang keluar dari mata air panas 600m bawah tanah.
  • Water House. Hot spring spa dengan keluasan 6,112sqm
  • Halal food. Bagi yang muslim, pihak hotel boleh sediakan makanan Halal dengan permintaan awal ketika membuat tempahan hotel.
Hilton Busan entrance lobby hall
Sweet Corner
Sweet Corner fresh bakery, cakes, pastries and bread with domestic ingredients by France chef.
McQueen’s Lounge at Hilton Busan
Hilton Busan Rooms (Deluxe, Executive & Ocean View Suites) – photo credit: Hilton Busan.
McQueen’s Pool signage
McQueen’s Pool indoor at level 10
McQueen’s Pool outside
24 hours fitness Center
McQueen’s Bar outdoor
Saya melihat panorama laut di McQueen’s Bar.
Eternal Journey library cafe. Sebagai penulis memang suka tempat ini.
Ananti Town. Pekan dalam kawasan hotel.
Sant’ Eustachio IL Caffe ( dikenali sebagai satu antara tiga kafe terkenal di Rome).

Cara Ke Sini

  • Alamat: 268-32, Gijanghaean-ro, Gijang-eup, Gijang-gun, Gijang-Gun, 46083 Busan, South Korea
  • Telefon: +82-51-5091111
  • Website: www.hiltonbusan.co.kr (English)
  • Busan KTX Train Station > Bus 1001 ( 30 min/21 stops) > Bus 100 (11min/9 stops) > Dongam Back Gate / The East in Busan restaurant (muslim friendly) > walk 8 min > Hilton Busan.
  • Gimhae airport > Busan-Gimhae LRT (3 stops) > Sasang Station- Line 2 (24 stops) > Haeundae Station (exit 7) > Bus 100 – Haaeundae Urban Railroad Station bus stop > Dongam Back Gate bus stop (30min/20 stops) > walk 8 min > Hilton Busan.
  • Gimhae International airport > Taxi (45min/50,000Won+) > Hilton Busan
  • Busan KTX Train Station > Taxi (37min/25,000Won+) > Hilton Busan.

Rujukan

Hilton Busan Press Kit, http://hiltonbusan.co.kr (Korean), www3.hilton.com , www.booking.com , https://iwandered.net/hilton-busan-review/

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *