Hyoseok Cultural Festival. Pesta Kebudayaan memperingati penulis Lee Hyo-Seok dan novel popularnya ‘When Buckwheat Flowers Bloom’

Hyo Seok Cultural Festival

Hyoseok Cultural Festival

Di PyeongChang, yang merupakan lokasi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 . Terdapat pelbagai festival. Salah satunya ialah Hyoseok Cultural Festival. Pesta kebudayaan yang diadakan di Bongpyeong ( sebuah kampung dengan pemandangan padang bunga buckwheat) untuk memperingati penulis Korea, Lee Hyo-Seok (1907-1942) dan novelnya yang popular ‘When Buckwheat Flowers Bloom(1936).’

Festival yang selalu diadakan setiap tahun pada musim luruh.

Program / Aktiviti:

  • Pertandingan Esei Hyo-Seok Kebangsaan
  • Malam Kesusasteraan Lee Hyo-Seok
  • Melawat lokasi-lokasi di dalam novel
  • Persembahan madangnori (Persembahan  tradisional Korea)/ konsert
  • Pengalaman / pertandingan
  • Bermain permainan rakyat
  • Zon bergambar dan lain-lain

Masuk / Yuran penyertaan: Percuma

Alamat: 157, Ihyoseok-gil, Pyeongchang-gun, Gangwon-do (kawasan Bongpyeong-myeon Culture Village di Pyeongchang-gun)

Pengangkutan:

[Bas]

Ambil basa antara bandar ke  Jangpyeong Intercity Bus Terminal. Dari Jangpyeong Terminal, ambil bas tempatan untuk ke Bongpyeong atau Phoenix Park shuttle bus.

Sumber: Hyoseok.com

Lee Hyo-Seok

Lee Hyo Seok dan novel When Buckwheat Flowers Bloom

Lee Hyo Seok dan novel When Buckwheat Flowers Bloom (kredit bookcover :LTI Korea Library)

Lee Hyo-Seok (1907-1942). Dengan nama pena ‘Gasan’ dilahirkan pada 23 Februari 1907 di Pyeongchang , Gangwon-do. Beliau telah menghasilkan lebih 70 karya fiksyen dan mula dikenali di dunia sastera pada tahun 1928 dengan karya bertajuk ‘ The City and the Ghost’ dalam majalah bulanan Joseon Jigwang. Karya lain seperti ‘Unanticipated Meeting’, ‘Shattered Red Lantern’ dan ‘At Sea Near Russia,’ yang semuanya berkaitan refleksinya tentang simpati sosial.

 

When Buckwheat Flowers Bloom (1936)

Novel kisah pendek karya Lee Hyo-Seok yang menunjukkan hubungan antara kehidupan manusia dan keindahan alam melalui pemandangan Bongpyeong. Bongpyeong-myeon merupakan kampung halaman penulis Lee Hyo-Seok. Dengan kawasannya yang popular dengan penghasilan buckwheat ( jenis bunga dengan bijinya yang dijadikan bahan makanan).

 

“The mountainside is interspersed with buckwheat blossoms, as if the just blooming flowers are like sprinkled salt under the soft moonlight, taking my breath away.” – Lee Hyo-Seok , Novelist.

 

Novelnya diadaptasi ke animasi tiga cerita pendek. ‘Buckwheat Flower, a Lucky Day, and Spring.’

Kredit animasi When Buckwheat Flowers Bloom

Animasi ‘Buckwheat Flower’ mengisahkan Encik Heo seorang Jangdolbaengi (penjaja yang bergerak sekitar ‘pasar lima hari’ di kawasan Pyeongchang, Yeongwol dan Jecheon) telah kerugian duit kerana berjudi dan berpindah ke pasar Bongpyeong di Pyeongchang bersama kawan baiknya, Encik Cho.

Di sana, mereka bertemu seorang Jangdolbaengi muda, Dong-I. Mereka bertiga bercadang bergerak ke pasar lain bersama-sama.

Ketika mereka melalui ladang bunga buckwheat pada waktu malam, Encik Heo bercakap tentang cinta seumur hidupnya yang dia temui 20 tahun dulu di pasar Bongpyeong ketika dia seorang Jangdolbaengi muda. Ia adalah malam yang bunga buckwheat mekar seperti “garam bertaburan” di padang.

Nota: Teringat H.A lokasi Kdrama Goblin, di mana Gong Yoo yang berada di padang buckwheat dengan memegang seikat bunga buckwheat sambil terdengar suara Go-eun. Lokasinya di Gochang Borinara Farm di Jeollabuk-do.

Lee Hyo Seok Culture Village

Kampung Budaya Lee Hyo Seok

Lee Hyo Seok Culture Village

Kampung Budaya Lee Hyo-seok adalah tempat penulis Lee Hyo-Seok dilahirkan dan dibesarkan. Perkampungan ini juga merupakan lokasi ‘When Buckwheat Flowers Bloom,’ salah satu cerita pendek Korea yang paling terkenal sehingga kini.

Pada tahun 1990, kampung ini telah ditetapkan sebagai ‘kampung kebudayaan kebangsaan pertama’ oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Kampung ini terdiri daripada rumah kelahiran penulis, kilang air, Chungjujip, Taman Gasan, Dewan Memorial Lee Hyo-seok, dan sebuah muzium buckwheat.

Pada kemuncak musim mekar, kita boleh menikmati pemandangan indah  pandang salji putih dari bunga buckwheat yang dapat dilihat dari akhir Ogos sehingga awal September. Di mana Lee Hyo-seok Cultural Festival tahunan berlangsung.

Masuk/ Yuran Penyertaan :

  • Dewasa: 2,000 won
  • Pelajar sekolah menengah : 1,500 won
  • Pelajar sekolah rendah : 1,000 won

Alamat: Chang-dong 4-ri, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.

Masa operasi:

  • Mei – Oktober: 9:00- 7:00
  • November – April: 9:00 – 6:00

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal (bas antara bandar) > ke Jangpyeong Intercity Bus Terminal > dari Jangpyeong, ambil bas atau teksi ke Bongpyeong.

Sumber: pc.go.kr , hyoseok.org

 

Lee Hyo Seok Cultural Hall

Lee Hyo Seok Cultural Hall

Entrance to Lee Hyo Seok Literary Museum

Arca Lee Hyo Seok

Lee Hyo Seok statue

Rumah sastera (Lee Hyo Seok Memorial Hall) ini, mempunyai ruang pameran kronologi hasil karya Lee Hyo Seok, Kelas Sastera, Penyelidikan Seni, Bilik Idea Kreatif, dan teater khas untuk persembahan sastera. Terdapat juga mock-up Bongpyeong Marketplace lama, video untuk tontonan kanak-kanak dan pelbagai aktiviti yang berkaitan sastera.

Fasiliti rumah ini turut menjaga dokumen-dokumen penulis seperti surat khabar cetakan pertama, majalah dan buku-buku yang diterbitkan. Sebagai nilai tambah, sekitar rumah ini mempunyai pemandangan luar biasa, Taman Sastera dan denai bunga buckwheat.

Masuk/ Yuran Penyertaan :

  • Dewasa: 2,000 won
  • Remaja : 1,500 won
  • Kanak-kanak : 1,000 won

Peta lokasi Lee Hyo Seok Literary House

Alamat: 73-25, Hyoseongmunhak-gil, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.

Masa operasi:

  • Mei – September: 9:00- 6:30
  • Oktober – April: 9:00 – 5:30
  • Tutup Isnin.

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal, take an intercity bus ke >  Jangpyeong Intercity Bus Terminal > Dari Jangpyeong ambil teksi.

Sumber: hyoseok.org

 

Bongpyeong 5 Days Market

Bongpyeong 5 Days Market

Papan tanda Bongpyeong 5 Days Market

Bongpyeong 5 Days Market at Pyeongchang

Bongpyeong 5 Days Market di Pyeongchang

Buckwheat Pancake

Buckwheat Pancake

Pasar Bongpyeong ada pada hari dengan nombor depan ‘2’ dan ‘7’ dengan selang masa lima hari.

Ketika ini tanpa gagal, buckwheat merupakan produk terhangat di pasaran. Pelbagai produk dari bahan buckwheat terdapat di pasar ini. Dari mee buckwheat, lempeng buckwheat, buckwheat crepe, roti kukus buckwheat, buckwheat bibimbap dan banyak lagi.

Hari Operasi Pasar: Setiap 2hb, 7hb, 12hb, 17hb, 22hb dan 27hb.

Alamat: 14-1, Dongijangteo-gil, Bongpyeong-myeon, Pyeongchang-gun, Gangwon-do.

Produk: Memil (Buckwheat), Goraengjichaeso (sayuran dari dataran tinggi), pelbagai tumbuhan hijau liar yang boleh dimakan, herba ubat-ubatan, biji-bijian campuran

Pengangkutan:

[Bas]

Dong Seoul Bus Terminal (ambil bas antara bandar) > Jangpyeong Bus Terminal > Menyeberang jalan ke seberang dari terminal > ambil bas dari  ‘Jangpyeong.Mooee Arts Center’ Bus Stop dan turun di Changdong2-ri Bus Stop > Menyeberang lintasan pejalan kaki dan berjalan terus sejauh 200m untuk tiba ke pasar.

Projek Pemulihan Pasaran Tradisional dengan kad Hyundai

Menaiktaraf pasar Bongpyeong

Menaiktaraf pasar Bongpyeong (Ikut arah jam: Tempat rehat diwujudkan. Nenek Sunyoung yang mempunyai kad tanda baru dengan menjual sayuran segar. Papan klip yang menyatakan setiap asal bahan dan harga selain menampakkan teratur. Logo baru yang berada di jalan masuk pasar.

Pada tahun 2014. Sebuah projek dipanggil  ‘Bongpyeong Market Project’ diwujudkan untuk  memelihara infrastruktur asas pasar tradisional, penjenamaan setiap kedai di bawah slogan “Pembangunan untuk Kelestarian”, menggalakkan penjaja berusaha untuk berubah.

Kad identiti penjaja pasar Bongpyeong

Kad identiti penjaja pasar Bongpyeong yang dipasang di kedai dan turut menjadi bisnes kad

Sebagai pasar yang menarik seramai 5,000 orang pelawat dengan lebih daripada 100 kedai semasa musim puncak, Kad Hyundai (dikenali kerana memasukkan elemen reka bentuk dalam perniagaannya) direka dan  khemah kanopi dipasang  mengikut piawai bagi semua kedai untuk mewujudkan nilai estetika yang menarik dan teratur dalam menyediakan lebih banyak ruang untuk pengunjung.

 

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *