RSS Feed

Idea Segera Dekorasi Ruang Tamu

January 8, 2012 by Hazlam Anuar

Anda seorang yang sibuk, atau anda seorang yang berjimat dalam menghias kediaman. Tetapi mahu ruang tamu nampak mesra dan menarik untuk tetamu yang hadir atau semata-mata untuk kepuasan diri apabila melihat hiasan ruang tamu kita nampak cantik.

H.A. tunjukkan anda 5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.

  1. Ubah kedudukan perabot
  2. Tambah kushion
  3. Letakkan sofa throw
  4. Berikan bunga-bungaan segar
  5. Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi

 

#1-Ubah kedudukan perabot

Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.

#2-Tambahkan kushion

Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.

#3-Letakkan sofa throw

Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.

#4-Berikan bunga-bungaan segar

Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.

#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi

Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?

Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh  dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.

Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.

Selamat mencuba :)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (53444428@N02 ,mviamontes, machineisorganic,matches2, 8264333@N06)

Related posts:

8 Soalan Sebelum Kita Membeli Perabot
Trend Warna Kediaman 2012
6 Idea Penambah Perisa Meja Makan
The following two tabs change content below.

Hazlam Anuar

Designer & Author at Hazlam Anuar Design
Seorang perunding hiasan dalaman online, pereka grafik dan 3D visualizer. Penulis buku 'Mudahnya Google SketchUp' , novel 'Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah' dan 'Aku Mahu Banglo Pink'. Selain itu, menulis ebook dalam topik dekorasi.

100 Comments »

  1. areu says:

    Salam… nk tanya… bagaimana nk pisahkan ruang tamu
    dan ruang rehat(ruang asal adalah untuk meja makan).. saya
    ada divider tetapi setelah lama nampak tidak menarik… bolehkah saya letak grill atau kayu penghadang untuk bg menarik ruang saya…

  2. NIZA says:

    Salam nak Tanya kalau rumah di pasang wallpaper warna kelabu bercorak di belakang sofa dan keseluruhan ruang tamu adakah sesuai wallpaper jenis yang sama di pasang penuh di ruang tamu atau di sebahagian tempat saja saya bercadang untuk pasang di belakang tv tapi tak pasti nak pasang wallpaper corak yang sama atau lebih minimalis..dan apakah warna perabot yang sesuai untuk ruang warna kelabu ..

  3. dalilah says:

    Salam.nk minta pendapat. Antara ruang tamu ke ruang makan ada lorong. bagaimana utk menghis lorong itu upaya nampak hiduiop. apa yg boleh sy pada dinding tersebut.lorong tersebut lebih kurang 15 kaki.terima kasih.

  4. Nasuha says:

    saya ingin bertanya mengenai ruang tamu. ruang tamu saya besar.. so kami x tau nak menggunakan warna yang sesuai dengan kediaman di ruang tamu.. kami juga nak membuat vendor di ruang tamu tersebut.. so, macam mna nak menggunakan warna yang macam mna ye sesuai?

  5. Aishah says:

    Sy nk tnya. Skang tv sy bhgian bucu dinding sy nk ubah ke bhgian tgh2 dinging.tp mslhnyer plug tv tu bhgian bucu.slain tgh bhgian mne lg ssuai ltk tv.ruang tamu sy pnjang.

  6. Farez says:

    Salam en Hazlam,saya plan nk Alih sofa 3+2 saya ke ruang tamu tan ber TV,Sebab anak2 saya dok melompat2 atas sofa sambil tengok TV.saya Nak Alih ke Ruang tamu x ber TV.mcmna saya Nak penuhkn ruang tu lepas sofa dah dialihkan…xda plan nk beli sofa lain..Senang kata saya nk bust ruang tamu TV Tanpa sofa.tq

  7. Mea says:

    Salam Encik Hazlam. Saya ingin mohon pendapat. Saya bercdg utk pasang built in Kabinet TV di ruang tangga. Idea ni sebenarnya untuk mengelakkan habuk Dr tangga jatuh ke tingkat bwh. Yg mana sebelum ni sy letakkan sofa di tepi tangga.( sgt cpt berhabuk, esp kalo menyapu habuk jatuh ke bwh). Jadi kami bercdg utk tutup tepi tangga Dr lantai ke atas dh kemudian buat Kabinet TV. Mohon komen encik untuk idea sy ni. Sesuai tak ye? Terima kasih.

  8. ena says:

    Assalam. en hazlam.Saya ingin bertanya adakah sesuai jika saya membeli perabot sofa L shape untuk ruang tamu yang memanjang bersama dengan ruang makan dan sesuai atau tidak jika saya meletakkan kabinet tv di ruang tamu sebelah pintu masuk utama.

    • Hazlam Anuar says:

      Boleh, cuma pastikan sofa L shape dan kabinet tv tidak menghalang laluan atau menyempitkan ruang. Jika sempit.
      Cara atasinya dengan Tv digantung , hanya para bawah tv. L shape boleh diganti three sofa seater.

1 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *