IKEA Damansara, Bertukar!

Wah, seperti bunyi Transformers mahu bertukar atau Power Ranger pun ada pada tajuk kali ini.

H.A berkesempatan menghadiri majlis anjuran IKEA  sempena renovasi yang mereka lakukan baru-baru ini. Siapa yang pernah datang sebelum puasa atau semasa puasa, pasti perasan ruang pamer mereka ditutupi kain kanvas yang besar dan tinggi yang berada di kiri dan kanan laluan ruang pameran.

Sekarang, semua benda yang tutup itu sudah tiada. Sebab itu majlis mereka dinamakan

‘The improved IKEA Damansara – Redesigned with more solution for you.’

The improved IKEA Damansara – Redesigned with more solution for you

The improved IKEA Damansara – Redesigned with more solution for you

Majlis ini dihadiri oleh 50 pelanggan setia yang terpilih( IKEA FAMILY card holder) dan para media. Sebelum bermulanya majlis, para pelanggan dan media dijemput untuk bergambar di IKEA Photo Wall (Photo Booth Studio) dan melukis cederahati yang diberikan, iaitu ukiran kuda yang bernama DALA di DALA Horse Painting (Da Vinci)  di ruang pamer.

IKEA photo wall

IKEA photo wall

Aktiviti melukis dan mewarnakan DALA (kuda)

Aktiviti melukis dan mewarnakan DALA (kuda)

Melukis dan mewarnakan DALA (kuda)

DALA kuda yang saya warnakan

DALA kuda yang saya warnakan

Majlis bermula dengan ucapan Puan Roszalena Mashurdin Pengurus Gedung, IKEA Damansara.

Ucapan oleh Roszalena Mashurdin, Pengurus Gedung, IKEA Damansara.

Ucapan oleh Roszalena Mashurdin, Pengurus Gedung, IKEA Damansara.

Di IKEA, kami percaya bahawa kediaman adalah tempat terpenting di dunia. Kami mahu memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan apa sahaja untuk rumah mereka. Selama beberapa tahun, kami telah melawat rumah-rumah di seluruh Malaysia dan mengumpul maklumat tentang apa yang mereka mahukan, keperluan serta impian untuk kediaman mereka. Maklumat ini kemudiannya digunakan untuk membentuk penyelesaian dan idea baharu yang menjadikan kehidupan harian lebih baik.

Sambungnya lagi .

Selama hampir 2 dekad beroperasi di Malaysia, komitmen utama kami masih kekal, iaitu mengenali pelanggan kami.  Pengubahsuaian yang dilakukan di gedung IKEA Damansara merupakan lanjutan hasrat kami untuk memahami kehidupan orang ramai di rumah. Perubahan ini kini lebih serasi dengan kehidupan rakyat Malaysia yang memastikan IKEA kekal relevan dalam pasaran yang berubah-ubah.

 

Lebih besar dan luas, lebih baik

Majlis diteruskan dengan presentasi kaji selidik yang bertajuk ‘Live@Home’

Disampaikan oleh tiga orang kuat disebalik kajian ini. Mereka mendapati ruang adalah sebab masalah utama pemilik kediaman di Malaysia.

Pasukan projek yang bertanggungjawab menaiktaraf gedung (L-R Srihawa Samsuri; Rudy Ariff; Jason Chong)

Pasukan projek yang bertanggungjawab menaiktaraf gedung (L-R Srihawa Samsuri; Rudy Ariff; Jason Chong)

Kajian mereka terhadap responden menunjukkan:

  •  8/10 pemilik rumah tinggal bersama dua atau lebih generasi ahli keluarga di bawah satu bumbung.
  • Lebih daripada separuh responden menyatakan bahawa mereka rasa lebih berpuas hati sekiranya mereka mempunyai ruang tamu, dapur dan ruang makan yang lebih luas.
  •  7/10 rakyat Malaysia berkongsi keperluan dan keinginan untuk mengubahsuai dan mereka bentuk semula rumah mereka.
  • 78% isu duit, 49% tiada masa dan 25%  tiada idea atau motivasi yang menjadi penghalang bagi renovasi/dekorasi rumah.
Kajian Live@Home IKEA

Kajian Live@Home IKEA

  • 3/4  tidak mengunakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman (interior designer).
  •  83% lebih suka perabot yang selesa dan berfungsi berbanding yang trendy.

 

IKEA Damansara atasinya dengan:

  • Lebih bercirikan Malaysia. Inspirasi tempatan.
  • Mengubahsuai lebih daripada 50 set bilik dan rumah di gedung dengan idea, inspirasi dan penyelesaian yang memaksimumkan ruang, terutamanya bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad.
  • Susun atur set bilik dan ruang pameran juga diubah dan disusun semula untuk mencerminkan saiz biasa kediaman di Malaysia.
  • Menyediakan banyak lagi penyelesaian bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak kerana lebih daripada separuh populasi pasaran terdiri daripada keluarga yang tinggal bersama kanak-kanak.
  • Menyediakan penyelesaian yang penuh inspirasi dan mampu dimiliki oleh orang ramai sementara disokongi oleh pelbagai idea kefungsian. Setiap penyelesaian yang dipertingkatkan ini disuaikan mengikut pelbagai situasi kehidupan dan pilihan pemilik rumah di Malaysia.
  • Pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian kelengkapan rumah yang relevan dengan cara hidup tempatan.

Kemudahan dan perkhidmatan IKEA

IKEA mempunyai kemudahan untuk seluruh keluarga bagi memastikan pengalaman membeli belah yang lebih menyeronokkan. Antara kemudahan tersebut adalah

  • Småland – kawasan bermain yang diselia untuk kanak-kanak, hidangan kanak-kanak, bilik penjagaan bayi yang khusus, surau dan polisi pulangan 100-hari.
  • Kelab Småles – iaitu kelab kanak-kanak yang  berusia antara 3 hingga 12 tahun yang diadakan untuk pengalaman menyeronokkan bagi kanak-kanak setiap kali mereka mengunjungi kedai IKEA.
  • IKEA FAMILY – keahlian seumur hidup untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran promosi dan manfaat di kedai.

 

IKEA juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu pelanggan dalam masalah mengubahsuai serta melengkapkan rumah mereka.  Perkhidmatan ini termasuklah:

  • Alat Perancang IKEA – program dalam talian percuma yang membolehkan pemilik kediaman menjadi pereka dalaman sendiri, dengan menyusun semula dan mencuba gaya yang berlainan serta merancang bajet mereka.
  • Perkhidmatan Penghantaran ke Rumah dan Pemasangan – Menawarkan bantuan kepada pemilik rumah bagi menghantar dan memasang perabot yang dibeli pada harga yang berpatutan.
  • Pelan Bayaran Ansuran Tanpa Faedah – Penyediaan pilihan bayaran fleksibel kepada pemegang kad kredit untuk pembelian lebih mudah dan mampu bagi memperoleh rumah impian dari serendah RM500.
  • Perkhidmatan Menjahit – Membolehkan pelanggan untuk memilih daripada rangkaian pelbagai fabrik di bahagian Tekstil IKEA dan menukarnya kepada gaya dan reka bentuk yang mereka mahukan.
  • Pejabat Dapur BAHARU – Pelanggan boleh membuat temu janji untuk pemasangan dapur mereka dan untuk mengukur tempat.

 

Lawatan Media, Sesi permainan dan makan

Selesai presentasi, H.A bersama media yang berkumpul, melakukan lawatan di ruang pamer yang baru diubahsuai. Bagi pelanggan IKEA FAMILY pula, mereka melakukan aktiviti treasure hunt.

The Improved IKEA Damansara 04 - The Project Team responsible for this refurbisment took the media on a tour of the improved IKEA Damansara store

 IKEA Ruang tamu sekali ruang makan

IKEA Living & Dining 01_ruang tamu_Hazlam AnuarIKEA Living & Dining 02_ruang tamu dan ruang makan sekali_Hazlam AnuarIKEA Living & Dining 04_ruang makan_Hazlam AnuarIKEA Living & Dining 06_ruang tamu dan ruang makan_Hazlam Anuar
IKEA bilik tidur dan bilik air
IKEA Bathroom Solutions_ bilik air_Hazlam Anuar IKEA Bedroom & Bath 01_bilik tidur dan bilik air_Hazlam Anuar IKEA Bedroom & Bath 02_bilik tidur dan bilik air_Hazlam Anuar IKEA Bedroom & Bath 03_bilik tidur dan bilik air_Hazlam Anuar IKEA Bedroom & Bath 04_bilik tidur dan bilik air_Hazlam AnuarIKEA bilik kanak-kanak

IKEA Children's Room 01_bilik kanak-kanak_Hazlam Anuar IKEA Children's Room 02_bilik Kanak-kanak_Hazlam Anuar IKEA Children's Room 03_Bilik Kanak-kanak_Hazlam Anuar IKEA Children's Room 04_Bilik Kanak-kanak_Hazlam Anuar IKEA Children's Room 05_Bilik kanak-kanak_Hazlam Anuar

IKEA ruang dapur

IKEA Kitchen & Dining 01_dapur dan ruang makan_Hazlam Anuar IKEA Kitchen 01_dapur_Hazlam Anuar IKEA Wet Kitchen 01_dapur basah_Hazlam Anuar

Majlis berakhir dengan jamuan makan, yeah!

Makanan IKEA yang popular

Makanan IKEA yang popular seperti  Swedish Meatballs

 

Nota: Ketika artikel ini ditulis, ruang solat masih direnovasikan

Kredit gambar: Sendiri punya dan IKEA Malaysia

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

One Comment

  1. Assalamualaikum En Hazlam Anuar,

    Saya ingin mengetahui dekorasi ( hiasan, susunan,lampu ) untuk ruang tamu & ruang makan untuk rumah semi d yang mengunakan perabot jati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *