Ilusi Bilik Tidur Kecil Nampak Luas Dengan 5 Cara

Menurut Moll Anderson pengacara E! Style Network’s Look for Less: Home dan penulis buku Change Your Home Change Your Life , 1/3 hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk bilik tidur kita. Lebih-lebih lagi kalau bilik tidur kita mempunyai ruang  sempit dan kecil.

Hiasan dekorasi kita menjadi terhad kerana tidak tahu bagaimana menjadikan bilik ini menjadi luas dan menarik. Oleh itu, HA kongsikan antara cara-cara dalam  memberikan bilik tidur kita yang kecil nampak luas adalah dengan:

  • Warna pastel
  • Perabot dan penstoran
  • Cermin
  • Percahayaan
  • Aksesori dekorasi

 

#1-Warna Pastel

Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik.

Apa warna yang sesuai dalam bilik yang sempit lagi kecil ? Dalam ebook 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah anda , salah satu tip yang saya kongsikan ialah kita boleh mewarnai bilik tidur dengan mengunakan warna-warna pastel. Warna pastel ini adalah warna-warna yang lembut, warna cair dan pucat. Iaitu, warna yang dicampur dengan warna putih yang banyak . Contohnya lihat warna pastel hijau pada gambar.

#2-Perabot Dan Penstoran

Pemilik kediaman selalunya ingat perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak, ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.  Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek beserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sahaja.

Selain itu, perabot jenis multipurpose dapat membantu bilik tidur kita . Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.

#3-Cermin

Cermin merupakan satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, standing mirror atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.

#4-Percahayaan

Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir.

Jika cahaya lampu siling tidak  menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai.

#5-Aksesori Dekorasi

Aksesori dekorasi jenis  kemasan cermin atau stainless steel membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas.

Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding  itu nampak besar.  Inilah yang telah disarankan oleh Nate Berkus, pakar desain untuk rancangan The Oprah Winfrey Show dan hos rancangan The Nate Berkus Show.

 

People living in small homes shouldn’t shy away from big artwork. A large piece—actually makes the home feel more spacious -Nate Berkus

 

Miliki ebook Panduan Dekorasi Bajet

 

Inginkan idea bagaimana menghias bilik kecil atau ruang yang lain ? Miliki ebook Panduan Dekorasi ini yang dapat membantu mendekorasi ruang lain yang kecil seperti ruang tamu, ruang makan, dapur, bilik tidur, bilik air, ruang hobi dan  ruang balkoni.

website dekorasi bajet

website dekorasi bajet

Klik sini untuk memiliki ebook PanduanDekorasi anda

 

Kredit gambar  (45003942@N06, shelikescherries , rachelshingleton, zuckerbugs, canonburyantiques, kasemkijgroup)

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

173 Comments

    • Jika sudah ada tema , memang mudah untuk menghias.
      1- Mula-mula search di google dan taip ‘princess room’ > images.
      2- Atau ada majalah dekorasi yang gambarnya sesuai dengan tema , gunting)
      3- Kumpul/ cetak gambar dan buat satu fail dan namakannya sebagai ‘Princess Room Deco Idea.’
      4- Ambil gambar bilik tidur dan ukur panjang dan lebar bilik.
      5- Dan bawa fail ketika kita hendak membeli barang/perabot yang kena dengan tema. Mudah untuk dirujuk.

      Semoga berjaya dan salam dekorasi!

      • assalam..sy mahu mntk pendapat,umh sy tengah renovet,n hmpir siap..tp sy nk cat bilik sy kaler purple n pich gabung 2 warne,ok x? dlm bilik sy ade tingkap ..dan d ruang tamu sy nk cat kaler kelabu..

        • Sesuai sekali ketiga-tiga warna tersebut. Kelabu itu seperti warna putih (iaitu kena dengan semua warna)

  1. saya nak mintak sedikit pandangan. bilik saya adalah bilik yang berada di tengah rumah yang tiada mempunyai tingkap dan agak sempit. saya tiada idea nak menyusun atur perabot kerana sakarang saya mempunyai katil saiz king dan agak memenuhi ruang.

  2. askum saya ingin tau bagaimana hendak menghias bilik tido yg kecil. masalah bilik tido itu tinggi jadi saya telah mengubah menjadi dua tingkat dan di dlm bilik itu mempunyai tangga utk kebilik atas. skrg ini saya tidak tau bagaimana ingin mengubahnye utk kedua-dua . Boleh tlg memberi tips dan cara mengubahnye.

  3. Salam…..saya da li cat 4 my kids bedroom,colour bunga daisy….d problm is bilik kecil n da katil double dacker yg tuk bdk2…..n bilik cmpo skli ngn ank prempuan n laki….so cam na saya nak wat deco???

    • Salam puan, mungkin anak-anak puan masih belum ada kemahuan dalam dekorasi cara mereka kerana masih kecil. Apa yang boleh dilakukan dari segi susun atur barang mereka (permainan,alat melukis,buku pembelajaran). Pembelian rak dan kotak simpanan amat membantu dan letak tanda nama mereka untuk memberikan perbezaan dan mudah untuk simpan dan cari. Mungkin kotak/bekas warna pink(girl) dan kotak warna biru(boy)

      Selain itu, bingkaikan hasil-hasil seni mereka sebagai penghias dinding. Juga, deko pada cadar mereka, watak superhero (boy) dan watak princess (girl).

  4. Asm, saya mempunyai masalah utk bilik tido anak lelaki n perempuan saya. Bilik tido kedua2nya adalah memanjang dan tidak lebar (lebih kurang 10 x 12 kaki shj). Setiap bilik tido cuma ada katil dan almari baju sahaja. Boleh bantu saya camne nk susun atur n warna yg sesuai utk kedua2nya. Terima kasih.

    • Jika katil dan almari tidak dapat dialihkan. Biarkan sahaja. Gunakan dinding yang kosong untuk memasang para (2 atau 3 baris para sebagai pilihan. Jika ingin ruang nampak lebar, cat dinding berjalur melintang (ilusi ruang nampak lebar) dan pilih warna cerah untuk nampak ruang luas. Tanya anak-anak puan berkenaan warna yang mereka suka. Kebiasaanya bilik perempuan warna pink/purple/red dan lelaki blue/grey/brown.

  5. salam… sye mmpunyai 1blik yg brde di sblh kiri.. blik sye hnye ade sbuah ktil yg brukurn king… ia agk mmnuhi ruang tpi nmpk ksong… ade 2tngkap ia tu sblah kpla ktil n sblh kiri . sye nk hias nmun sye xmnpnyai idea… blh kh bg sye pndpt????

    • 1)Alihkan kepala katil ke dinding yang tidak bertingkap lebih baik (dinding kosong kepala katil itu boleh dijadikan feature wall- pasangkan wallpaper). Jika perubahan kedudukkan memakan ruang, biarkan ia keadaan asal.
      2) Gunakan satu nightstand beserta lampu meja jika tida muat meletak sepasang kiri dan kanan katil.
      3) Meriahkan dengan warna yang disukai terhadap langsir, cadar dan warna dinding untuk menceriakan bilik.

  6. Salam, saya suka perabot cermin dalam gambar terakhir di atas. Saya nak cari yang kecil sedikit untuk bedside table tapi dah banyak kedai saya pergi, masih tak jumpa. Harap dapat membantu. Terima kasih

    • Pernah pergi pusat sehenti hiasan dalaman VIVA Home Shopping Mall di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur? Boleh cuba cari di situ.

  7. saya ingin tahu rumah saya semi-D storey bagaimana saya hendak susun atur bilik utama yang sempit ada satu tingkap dan bagaimana saya hendak susunatur ruang tamu yang tiada pembahagi terus nampak sehingga ruang dapur. tolong beri tips pada saya cara-cara menghias yang betul dan bersih dan kemas…terimakasih

    • Lihat pada soalan nampaknya rumah berjenis open plan. Tip yang sesuai ialah:
      -Elakkan perabot atau hiasan tinggi di tengah-tengah (saya ada kongsikan tip ini di http://hazlamanuar.com/magik-ruang-sempit-nampak-luas.html)
      -letakkan karpet yang sedikit besar supaya sofa memasuki ruang dalam karpet tersebut. Supaya kelihatan sebagai pembahagi ruang antara ruang tamu dan ruang makan.
      – ruang nampak bersih dan kemas jika tiada perabot atau aksesori dekorasi yang berlebihan. ‘Less is more’.

  8. salam.i nk minta pandangn dr u for hiasan bilik air supaya ia tdk klhtn boring?
    How i nk myerikan kwsn tangga supaya ia lebih menarik?
    I ada st ruang tmu diats,when i letak sofa,ia akan jd sempit,so per yg i ptt buat? Tq.

    • Remaja biasanya mempunyai pilihan warna mereka sendiri.
      -Bagi saya warna popular remaja perempuan ialah – soft pink atau purple lavender.
      – Atau white wall. Aksesori warna pink/purple (touch of blink/animal print)
      -Untuk remaja lelaki – brown, grey atau black . (warna maskulin)

  9. salam? saya nk tnya lh tentang pemilihan lampu untuk masuk rumah baru, lampu yang mana lebih sesuai untuk rumah saya yang agak luas dan sekaligus boleh mnjimatkan eletrik, saya ingat nk pakai lampu jenis gantung tp saya rasa mcm bnyak kena guna mentol…sy nk pndapat hazlan tentang pemilihan lampu untuk dapur, ruang tamu, bilik & familiy hall, lampu downlight, lampu gantung atau lampung dinding yang mana 1 lg bagus untuk rumah…

    • Ruang yang luas sesuai pakai downlight (sebagai general lighting). Lampu dinding untuk highlight dinding yang ada feature menarik.
      Lampu gantung yang banyak guna mentol ialah chandelier. Chandelier sesuai di pasang di ruang tamu & ruang makan.
      Lampu gantung dekorasi untuk Family hall.
      Gunakan bulb jenis jimat elektrik, agak mahal tetapi berbaloi.

  10. hi.. saya ada masalah dgn ruang tamu saya. mohon pertolongana.. ruang tamu saya pintu masuk ke ruang tamu ada 2 yg satu pintu cermin dan yg ke2 pintu kayu. sebelah kanan tangga.. saya sampai sekarang masih tidak tahu mcm mana nak susun atur perabot.. lg pun susah nak terang dekat sini. boleh ke saya postkan pic dan bagaimana caranya. terima kasih

    • Boleh email masalah dan gambar kepada saya. Sedikit caj akan dikenakan. Email saya di alamdesign[at]gmail.com.Gantikan [at] dengan @. Terima kasih.

  11. hai, saya nk deco bilik pengantin.. bilik sy x besar sgt. cuma 10×11. katil saiz king. dlm ukuran 6×6. saya nk bilik nmpak simple tp sweet je.. bole tlg x bg idea..tq tq tq

    • Mohon maaf kerana saya tiada kepakaran menghias bilik pengantin. Saya hanya dapat membantu memberikan sedikit tip menghias bilik yang nampak simple & sweet.
      Idea #1 : Gunakan warna pada langsir, cadar, bantal,dengan warna lembut seperti white+soft blue / white+soft purple / white+soft green (3 warna yang pihak lelaki dan perempuan boleh terima). Letakan warna ketiga sebagai kontras untuk kusyen contohnya.
      Idea #2 : Elakkan meletak hiasan jambangan bunga berlebihan (kajian-lelaki kurang gemar) . Taburan kelompak bunga sahaja sudah cukup memberikan kesan romantik.
      Idea #3 : Lilin yang beraromatik amat membantu.

      Tip : Biar dekorasi bilik pengantin yang boleh kekal hiasannya selepas majlis. Supaya tiada kos tambahan dalam senarai belanjawan perkahwinan.

      H.A ucapkan tahniah.

  12. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya. Saya mempunyai 3 bilik tidur. 1 bilik tidur utama dan 2 bilik adalah bilik anak perempuan dan bilik anak lelaki. Saya juga mempunyai hall yang tidak besar. Apakah warna yang sesuai untuk kesemuanya.

    Terima kasih.

    • Waalaikumusalam,
      Warna untuk sesbuah kediaman agak subjektif. Tetapi saya boleh cadangkan warna popular pilihan kediaman.
      -Bilik tidur utama natural putih/krim
      -Bilik tidur lelaki biru
      -Bilik tidur perempuan merah jambu.

      Tip. Warna sesuai adalah warna berdasarkan minat kita dan persetujuan bersama keluarga.

  13. Saya dah terwarnakan bilik tidur dengan warna purple gelap (sangat gelap)pada dua dinding, dan 2 dinding lagi masih putih cream.. katil divan saya berwarna coklat tua. saya plan nak buat built in wardrobe bercermin. ok tak? langsir elok bercorak atau plain? warna apa saya patut guna untuk langsir?

    • Okey selagi saudari suka. Jika dinding tidak bercorak, langsir elok bercorak supaya ruang menjadi berteksture. Adakah dinding bertingkap itu warna krim? Jika ya boleh langsir dalam keluarga ungu atau coklat dan disebaliknya dinding bertingkap warna ungu, boleh pilih langsir warna coklat dan krim untuk memberikan balance pada dekorasi.

  14. hai aslamualaikum… saya minat la dgn hiasan bilik tidur ala2 remaja barat… macam dalam movie2 y menampakkan keadaan yg sedikit ‘kalut’, sempit.. tetapi mnarik… boleh x bagi cntoh gmbar2 ataupun tips untuk mrealisasikan keinginan sy.. tq..

  15. salam. Bilik saya nih kecil. Saya tak tahu mcm mana nk susun atur bilik saya. Dengan katil saya yang bsaiz queen. Warna bilik saya jugak boring, warna putih. Ada cadangan?

    • Ceriakan bilik dengan warna pada langsir, kushion, cadar, karpet.
      Atau warnakan dengan warna kesukaan atau warna popular untuk bilik seperti ungu lavender (boleh dijadikan feature wall@ dinding kepala katil)

  16. asalamualaikum,saya mempunyai masalah dalam menghias bilik.
    bilik saya memepunyai ruang yang kecil dan padat.
    di dalam bilik saya ada diletakkan katil yang besar,
    meja solek, almari,rak,meja belajar dan sofa.
    bilik saya itu terlalu padat sehingga saya sendiri pun tak tahu nak buat apa.harap encik boleh bantu.sya inginkan sebuah
    bilik yang luas dan memberi ketenangan untuk saya belajar dan berehat.sekian terima kasih.

    • Waalaikumussalam.
      Cadangan saya:-
      Keluarkan sofa (sofa untuk ruang tamu bukan di bilik tidur)
      Meja belajar boleh juga dijadikan meja solek dan juga sebaliknya (cukup satu meja)
      Biru adalah pilihan warna yang tepat untuk mendapatkan ketenangan dan berehat.(Menurut psikologi dan kajian warna)

  17. salam,saya minat dgn tema merah putih,
    tpi sy xtau nk cat dinding bilik tu mcm
    mne supaya blik nmpak menarik dan
    luas..

    • Terdapat pelbagai jenis meris. Merah Cili boleh dijadikan sebagai feature wall. Atau aksesori pada langsir warna dark red, cadar bercorak merah & putih.

  18. saya nak mintak sedikit pandangan. bilik saya adalah bilik yang berada di tengah rumah suasana bilik agak suram saya tiada idea warna pe yg sesuai untuk cat bilik bg nampk ceria.

    • Warna ceria seperti jingga, kuning dan turquoise. Boleh digunakan untuk cat dinding ATAU dinding dibiar putih, tetapi cerianya datang dari warna pada aksesori seperti, langsir, cushion, bantal, cadar,karpet, kerusi berwarna dan lain-lain.

  19. Salam Hazlam, nak tanya, boleh tak bagi idea mcmna nak susun atur katil single utk masterbedroom. saya bercadang nak letak bawah tingkap atau di tepi dinding di mana kepala katil membelakangi tingkap? mana satu yg lebih elok?

    • Seeloknya kepala katil berada di dinding yang tiada bukaan seperti tingkap. Jika ruang tidak mengizinkan boleh meletakkan kelapa katil di dinding bertingkap.

  20. Salam.Nak tanya pendapat.Saya tersilap beli langsir roman blind(ready made)ukuran ketinggian tingkap sepatutnya 8′ tapi yang dah terbeli ialah 6′. Saiz tinggi tingkap 8′(ready made) mmg tak ada.Ini menyebabkan keadaan langsir kelihatan ‘tergantung’ apabila lipatan(design) dibuka sepenuhnya diwaktu malam. Ada tak cara supaya ia kelihatan lebih cantik dan tidak ‘tergantung'(spt tak cukup kain)apabila dipasang dan dapat mengelakkan pembaziran sekiranya tidak digunakan. Terima kasih

    • Cuba tanya kedai jahit, bolehkah ia ditambah? Atau cara lain langsir menjadi 2 layer, layer dalam ada langsir sheer contohnya dan layer luar roman blind.

  21. salam.saya ada bilik yg dikongsi 2 orang..yang agak kurang besar..tapi saya punya katil queen..so bertambah sempit lah ruang bilik saya..tolong cadangkan macam mana nak luaskan ruang bilik saya dan warna yang sesuai untuk bilik saya ?

    • Kalau ada duit dan tinggal lama, boleh melabur membeli katil double decker. Pilih warna cerah seperti baby blue atau warna-warna pastel. Pastikan perabot yang tidak sesuai berada di bilik tidur dikeluarkan.

  22. salam..saya nak menhias bilik kanak2 perempuan. bilik sempit hny muatkan katil dan almari dan sedikit ruang tuk sembahyang. saya inginkan biliknya dilengkapi katil, almari baju dan meja tulis…bagaimana caranya supaya nampak kemas dan selesa…

    • Katil apa yang Puan ada sekarang? Jika katil queen, elok tukar kepada katil bujang.
      Adakah terdapat barang/perabot yang tidak perlu berada di dalam bilik? Boleh keluarkan.
      Meja tulis letakkan sebelah sisi katil atau dinding hadapan katil.
      Almari pakaian eloknya sebelah sisi katil. Tambahkan karpet.

  23. Salam. Saya mempunyai bilik tidur berukuran 12.5×12.5 dan bilik saya mempunyai satu katil queen, 2rak buku sepanjang 8 ft, almari 4ft, meja belajar (sebesar meja makan 4orang), dan almari solek. Bilik saya mempunyai tingkap di sudut hujung bilik. Saya menghadapi masalah untuk menyusun perabot kerana setiap kali saya atur, bilik kelihatan semak dan serabut. Terima kasih.

    • Mohon lampirkan gambar dan ukuran bilik ke alamdesign[@]gmail.com . Sedikit caj akan dikenakan.

  24. Saya akan berpindah ke rumah baru semi d.rumah 3 bilik.rumah tidak la besar.saya ingin dekorasi ruang tamu dan bilik tapi tiada idea….boleh tolong.saya tiada specific tema…asal kemas dan cantik

    • Mohon lampir gambar dan ukuran ruang tamu dan bilik ke alamdesign[@]gmail.com . Sedikit caj akan dikenakan.

  25. salam .. saya nak tahu lah warna ape yg sesuai untuk bilik tidur seorang remaja perempuan yang baru nak masuk 18 tahun .. dlm bilik tu ade 2 katil single yg di asingkn satu d letak dkt dinding pintu dan yang satu lagi dekat dinding tingkat .. dlm bilik tu pun ade almari n tempat sidai tuala , sejadah n ape2 je lah .. jenis katil , almari n tmpat sidai ti semuanya berasaskan kayu .. tapi saya nak something yang different .. saya bercadang utk mengecat bilik saya dgn warna ungu muda dan sedikit terang , kalu x pun biru muda dan sdkit terang or maybe saya akan bermain dgn warna merah hitam .. saya nak bilik saya kelihatan luas .. boleh cdgkan warna yang sesuai ?

    • Warna yang dicadangkan seperti ungu memang sesuai perempuan. Elakkan warna gelap untuk dinding.
      Warna untuk bilik kelihatan luas ialah warna-warna cerah dan pucat (pastel).
      Jika suka warna gelap gunakannya pada aksesori seperti cadar, kusyen dan lain-lain.

  26. salam. hye abg HA 🙂
    nak minta pendapat sikit. bilik tidur sya kaler putih semuanya, n sya catkan polka dot warna warni supaya xboring sgt. n now mcm mna saya nak decorate nak letak gambar2 sbb boring sgt bilik tu. n kalau langsir gelap mcm dark blue ok x ltak kt bilik tdur?

    • Warna biru merupakan warna sesuai dalam bilik tidur kerana memberikan kesan nyaman dan tenang berdasakar sifat warna tersebut. Tetapi seeloknya pilih langsir yang terdapat warnanya dalam bilik. Supaya tidak terdapat banyak warna dalam satu bilik. Bagai meletakkan gambar boleh mendapat inspirasi dalam tip saya di seni menyusun gambar

  27. salam,nak tanya,bagaimana nak menghias ruang pejabat yang kcik tapi nampak luas dan kemas???

      • Salam…Hai En.Hazlam.. sy suka tgk decoration2 bilik tidur..
        Sy suka bilik tidur yg nmpk simple & mnarik, bilik sy ruangnya
        Kecil, skrg ni sy bminat dgn warna purple, bleh bg idea tk, warna purple yg mcmana sy bleh pilih utk sesuaikn dgn bilik sy tu..

        • Pilih purple seperti bunga lavender punya warna. Warna ungu yang lembut warnanya, iaitu tidak terlalu gelap atau terang.

  28. Salam,
    Nak tanya, rumah saya mempunyai 3bilik tidur, 1 ruang tamu tetapi kesemua ruangan tersebut agak sempit. utk bilik utama & kedua hanya boleh memuatkan katil queen, almari baju & meja solek (muat2 shj)
    saya igin mengecat keseluruhan ruang bilik & tamu. saya telah memilih 2 warna iaitu ungu & kuning. namun saya was2 samada warna tersebut sesuai untuk kombinasi atau tdk..
    tolong bagi pendapat..
    TQ

    • Warna ungu dan kuning kombinasi yang sesuai. Jika ruang tamu satu warna dan bilik tidur satu warna itu okey. Kerana jika ruang tamu terdapat dua warna ini pada dinding memang tidak sesuai kerana agak terlalu kontras. Melainkan tema rumah kita inginkan fun dan ceria, memang sesuai.

  29. Assalam En. Hazlam,
    Nk ty pendapat untuk decorate & cat master room & bilik tidur baby girl. FYI, sy dah bl perabot2 utk bilik tido & ruang tamu warna hitam. wat mse skng, rumah nmpk x ceria. sy inginkn suasana yg ceria, simple & tenang untuk ruang tamu & bilik tido (master & bilik anak).blh bg idea?tq!

    • 1)letakkan cushion berwarna pada sofa hitam. Kerana ia hitam warna apapun sesuai. Kemudian padankan warna cushion itu kepada langsir dan karpet.
      2) letakkan bunga-bunga tiruan
      3) Lengkapkan dinding kosong dengan gambar flora-fauna (dari situ sudah ada warna keceriaan)
      4)Secara psikologi, biru memberikan ketenangan, sesuai untuk bilik tidur. Hijau (kesegaran) pun boleh.
      5) bilik baby girl boleh warna-warna pastel seperti pastel pink atau pastel blue.

  30. assalam..sy nk minta pndpt sikit…bilk segi empat,stu katil quenn 2 tgkt, dnding bilik sy sumenya kayu.mcm mane sy nk hias n susn atur bilik nie agr lbih t’atur dan luas..tq

    • Keluarkan atau buang atau dermakan barang/perabot dalam bilik. Bilik tidur perabot utamanya cuma katil, almari pakaian dan meja solek/belajar (jika ada ruang). Katil biasanya di letak tengah. Jika mahu ruang luas, rapatkan katil ke dinding kiri atau kanan. Tip terakhir, catkan dinding kayu dengan warna cerah seperti putih,krim, pastel blue, pastel yellow.

  31. Hii, sya nak deko bilik agar nampak kemas, cantik, dan sweet . Dan sekarang saya sedang servey set katil dan perabot di bilik..bilik saya agak kecil dan sempit, buntu.. mohon dapat pandangan atau idea dari anda.. Jika boleh saya akan snap pic untuk awak bagi idea dan saya tak.kisah jika ada cas.. 🙂

    • Boleh emailkan gambar dan masalah ke email alamdesign(@)gmail.com

  32. Hello, saya nak minta pendapat sedikit. Saya ingin mengecat bilik tidur saya dengan warna pastel yang lebih ceria. Saya mencadangkan untuk mengecat dengan teknik striped wall. Saya inging menggunakan 2 warna cat yang serasi dan bersesuaian. Warna apa yang serasi dengan kehendak saya? Mohon reply segera 😀

    • Warna apa yang saudari suka? Sebab saya tidak tahu kehendak saudari :). Cara yang boleh H.A sarankan dengan ketahui warna yang sepadan dengan melihat warna-warna yang terdapat dalam almari pakaian kita. Bagaimana kita mix&match pakaian kita, cara itu juga kita boleh mencari 2 warna yang sesuai untuk dinding.

  33. saya mmpuyai bilik yg kurang luas….rumah sy hnya perumahan biasa…bilik sy ad tingkap tetapi tingkap 2 brada di dlm umh..sy tidak thu mcm mane nk ejaz bilik biar nmpak kemas dn cntik..di dlm bilik sy trdapat 1 katil kelamin 1 almari baju i meja sisi dan 1 meja tulis…

  34. slam..saya nak ty pendapat ruang tamu saya 4 segi padat kecil,sy minit pada merah terang untuk dinding sisi..tp warna tok belakang tv bg nak ceriakan ruang itu tak tahu..tolg bagi pendapat warna yang sesuai selain merah..sofa saya warna ko2 ad bunga2.sy dah pening memilih warna.sy nk ruangtamu nampak ceria dan kemas.

    • jadikan merah sebagai feature wall.
      Tip: jadikan warna pada sofa sebagai idea warna untuk aksesori. Contoh, warna bunga sofa ada biru,kuning dan pink. Jadikan tiga warna polos tersebut warna kusyen.

  35. salam, saya nak susun atur bilik tidur saya di rumah. tapi saya tak tahu nak susun katil tu ke arah mana sebabkan dinding tak sama rata. boleh ke bantu saya.

    • Cara atasinya, tidak kira dimana kita letak arah katil, pastikan ia tidak mengganggu ruang laluan bergerak kita, ruang apabila membuka pintu almari atau pintu laci. Dinding paling lebar sesuai diletakkan kepala katil.

  36. dari segi pemilihan jenama cat macam mana terutama untuk orang yang ada bajet cukup-cukup dalam menghias bilik tidur yang tidak terlalu luas (apartment) dan betul ke pemilihan warna cat iaitu peach seakan-akan merahjambu akan menyebabkan tompok-tompok pada permukaan dinding?

    • Jenama cat tempatan seperti colourland atau KCC. Ia bergantung kepada kualiti dan ciri-ciri tambahan pada cat. Sebab itu, Jotun, Dulux dan Nippon pilihan popular.
      Kesan-kesan ini bergantung kepada teknik kita mengecat. Warna lain pun boleh menghasilkan kesan tompok-tompok. Jika tidak yakin ketika kita cat itu cantik dan elok, sediakan bajet untuk upah mengecat.

  37. saya ingin menghias bilik tidur tetapi tiada idea dan tidak creative. i would like a very simple yet cozy look. its a very small room. there’s a 2 door cupboard n queen bed from the previous occupant. but i m gonna change it to single bed. could you give suggestion and illustration on how to decorate my room. my budget is very limited. around 500 (to buy decor for the room including to buy new furniture and what not) n may i now how much would your charges be. thank you.

  38. Salam, saya nak mengecat bilik tidur, tapi katil saya berwarna merah. wrna apa yg patut saya cat untuk dinding bilik saya? tapi saya sgt berminat dgn dinding warna merah. adakah sesuai jika saya mengecat wrna dinding di kepala katil saya dengan warna merah juga atau merah jambu? atau mungkin saya boleh gunakan warna merah di bahagian dinding yang lain? terima kasih..

    • Boleh merah yang berbeza. Keluarga merah banyak warna. Kalau katil merah pekat, dinding boleh merah cair. Mahu menarik lagi, pilih wallpaper merah yang bercorak atau bertekstur.

  39. en hazLam
    sy ingn minta pendapat dari hazlam. .
    sy mempunyai ruang tamu dan blik master bedroom yg luas. .di blik tido utama mempunyai pintu kacang sy buntu untuk permilihan untk ruang tamu dan bilik utama?blh tlg x untk permilihan wrna dan susun atur perabot??dan sy nk mtk tlg jugak untk dapur yg agak sempit dan blik tido yg sempit untuk ank perempuan?tlg sy untk warna dan perabot dapur dn perabot untk blik ank perempuan yg berukuran 12 kaki panjang 12 kaki lebar?tlg sy. .

  40. salam..sy ingin brtnye pndpt en.hazlam..padanan warna cat hijau kekuningan dgn coklat lembut utk ruang tamu yg sederhana kecil sesuai ke?

    • Sesuai selagi bukan warna-warna yang agak gelap. Takuti ia akan nampak ruang sempit.

  41. salam.. En. Hazlam..
    sy ingn btanya pndapat.. bilik tidur sy sederhana luas, 1 drpd wall sy brbntuk semi hexagon dan tdapat 1 sliding window dtghnya n 1 tingkap biasa dstiap sisinya.. jd jumlah tingkap yg ada dlm blik sy ialah 3.. dlm blik sy trdpt 2 almari, 1 meja solek,1 meja belajar, 1 rak buku, 1 kusyen single, karpet bwarna hjau dan 1 pnyidai serta katil bsaiz queen.. sy bcadang utk menukar wrna cat spaya blik nmpak lbih luas, selesa, moden serta bleh mmberikan ktenangan apabila pulang dr tmpat krja.. jd, bleh brikn pndpt x, wrna apa yg ssuai utk blik sy.. utk makluman encik, sy brkongsi blik dgn adik perempuan sy yg berumur 14 thn serta kami tdak bmnat pd wrna pink.. TQ.. Salam..

  42. Salam..saya tengah memikirkan wrna ape yg sesuai untuk bilik sy.Samada wrna light pink with light blue or myb light pink with light purple.Rumah sy ni bru siap,so untuk memikirkan wrna yg sesuai tu,sgtlah pening kepala.sy hrp ada la idea untuk sy siapkan bilik sy.sy seorg remaja n bnyk sgt brg untuk diletakkan di bilik sdgkn bilik sy amtlah sempit.TQ

    • Kedua-dua warna pilihan pun sesuai. Apabila banyak barang, ia memerlukan banyak ruang penstoraan seperti kabinet, rak, para dan kotak. Pastikan perabot dibeli mempunyai dwi fungsi.

  43. salam en. hazlam…

    sy ingin hias bilik anak perempuan berukuran 8kaki panjang x 6 kaki lebar dan ada 2 tingkap nako..camne nak hias bilik dgn ada katil bujang almari dan meja study. ada x contoh design katil almari dan meja study yg pasang siap punyer

  44. salam.. nak mntak pndapat cikit ne.. kire nak renovt bilik tdur,,kat bilik sye tu ada dua tingkap,,klw letak bhagian atas katil kat tingkap sesuai tak??

    • Boleh, tutupi dengan langsir 3 layer. Supaya tidak terasa panas di siang hari. Langsir bercorak seakan menjadi feature wall.

  45. salam, saya ingin sekali menghias bilik tido agar nampak romantic n simple tapi bilik itu mempunyai ruang yg kecik… boleh bantu tak?

    • Bilik nampak romantik warna lebih kepada merah dan putih. Taburan kelompak bunga, menyalakan lilin-lilin yang beraroma. Tiada beza ruang kecil atau besar. Cuma perabot diminimakan.

  46. salam. saya nk hias bilik tidur pengantin. lantai bilik warna soft blue ada corak sikit. so bleh tak bagi cadangan untuk sy cat warna bilik dan pilihan warna untuk curtain dan cadar. sy berminat nk buat english style utk bilik tersebut. thanks.

    • Menampakkan stail English:
      Perabot rupabentuk english lebih kepada tradisional look.
      Dinding warna Putih dan Cream
      Curtain dan cadar mempunyai corak bunga atau bercorak chequer.

  47. Kawan saya email salinan artikel nie pada saya… katanya idea2 dalam
    blog awak memang menarik… saya dah bookmark .. terima kasih
    dan kalau boleh nak mintak izin share kat fb…

  48. Salam..saya nak tanya pendapat utk master bedroom yang tak berapa luas..katil sy warna hitam and nak letak wallpaper yg mggunakan warna purple..dan dinding lain menggunakan purple lavender..tapi masalahnya..sesuai ke kalau wardrobe warna hitam sama seperti katil?adakah ruang bilik menjadi semakin kecil? Harap en hazlam dpt membantu.tqvm

    • Kalau wardrobe warna hitam memang akan menampakkan bilik kelihatan gelap dan kecil. Di sini mainan cahaya amat penting. Jika bilik terdapat tingkap pastikan langsir tidak terlalu tebal. Gunakan sheer berwarna. Pastikan terdapat lampu sisi sebelah katil. Purple lavender ada yang jenis warna pastel (warna ini tidak gelap).

      • Bilik tidur saya tiada tingkap..hanya ada sliding door sahaja..jadi sesuai ke if sy nk buat wardrobe warna hitam?if sy buat langsir tggi sampai siling ok ke? If guna sheer yg warna purple gelap ok tak?
        Untuk bilik tidur nilebih sesuai mnggunakan lampu downlight warm white atau cool white ye?
        tqvm for the info en Hazlam 🙂

        • Kalau ada pilihan menukar wardrobe hitam ke putih lagi bagus. Tiada masalah langsir dipasang tinggi ( ilusi ruang nampak tinggi). Perbezaan cool white dan warm white hanya keterangan cahaya (cool) dan warm berikan cozyness. Elok cool white untuk downlight dan lampu tambahan warm light.

  49. Assalam….mcm mana nk hias tandas skali ngan ruang bilik air yg kecil..?rumah teres..

  50. macanmana saya nak selesaikn apabila bilik tidur sya tidak mempunyai tingkat.sya nak keadaan bilk nampk selesai dan luas.

    • Tingkat ke tingkap? Boleh gunakan 5 cara yang saya kongsikan ini. Cermin (pasang di dinding), lampu (lampu meja, lampu siling) dan warna yang cerah (putih, kuning) memainkan peranan penting apabila bilik tidak bertingkap.

  51. as’salam..

    sy nk tya. ruang tamu rumah saya agak kecik tapi berbentuk 4 segi. saya rasa agak susah nak hias living room saya. boleh nk minta pendapat en Hazlam Anuar.. tqvm…

    • -Buang/derma/jual perabot dan aksesori yang tidak perlu dan jarang digunakan.
      -Minimakan perabot di ruang tamu. Contoh hanya ada perabot 2 sitter dan single sofa/ ottoman/ bench. Meja kopi di tengah dan kabinet tv.
      -Gantungkan cermin sederhana besar di kepala sofa 2 sitter.
      -Pilih carpet yang besar. Karpet kecil buat nampak lagi sempit.
      -Gantung langsir tinggi sehingga hampir siling.

  52. salam..sy nk tnya..sy nk ubh suai kddkn blik sy..sy nk nmpk luas dan ceria..klu blh sy nk tema wrna biru..so..wrna pa yg ssuai di pdnkn dgn biru spya blik xnmpk malap bila on lmpu..lgsir plak wrna pa..

    • Warna pilihan dengan biru:
      1) Pink
      2) Cream
      3) Apple green

      Langsir warna grey / dark green / coklat / beige

  53. salam..apakh pemilhan warna cat dinding yang sesuai utk bilk y sempit dan langsir yang sesuai dipadankan.Mnjadikan bilik dlm suasana romnatik.

  54. Warna bilik dalam gambar pertama dan second sangat cantik..Kombinasi warna tenang dan memang sesuai untuk merehatkan badan dan minda..Inspired

    • Maaf lewat balas kerana kesibukan menyiapkan buku ke-2. H.A sudah melihat blog dan memang sudah bagus dari segi susun atur dan warna 🙂

  55. Salam..boleh kh sy mahu mgubah ruang tamu yg sempit dgn style ala2 inggeris? Apakh hiasan yg perlu dn warna yg sesuai?

    • Kedai perabot yang menjual stail Inggeris. Boleh dapat perabot dan inspirasi di situ.

  56. salam..saya baru nak masuk rumah baru..
    rumah sya semidi..sya nak tnya cat apa yg
    boleh sya gunakan utk ruang tamu sya ikut trend
    skrg yg nmpk nice & sweet..utk blik tdo utama plak
    sya pkai set katil & almari wrna putih..clour dinding apa
    yg match utk set katil sya tu ye..klu boleh nak buat
    suasana romntik..tima kasen

  57. utk blik tdo anak2 plak..2 blik yg agak kcil
    tapi sya still nak pkai set queen katil
    bgaimna cara nak hias agar tak nmpak sempit.
    warna blik pulak colour apa yg sesuai agr nmpk
    luas & ceria..tqvm

  58. salam saya nak mintak pendapat tentang decorate bilik tidur saya ada satu bilik yang size nye boleh la letak dua biji katil. tapi masalah saya sekarang saya kena share bilik dgn adik2 lelaki saya. so saya bercadang untuk bahagikan bilik tu jd dua bilik satu bahagian utk saya n other utk adik2 lelaki macam mana ye idea utk buat pemisahan bilik ni jd dua?

  59. assalamualaikum..
    bilik tidur sy sgt kecil, hanya muat katil dan almari kecil 2pintu. bagaimana cara utk menghias bilik tersebut utk kelihatan luas dan apakah warna cat yg sesuai?

    • Waalaikumussalam.
      solusi 1- Cat wall putih. Berikan warna pada perabot/kemasan seperti karpet,batal dan cadar.
      Solusi 2- Cat warna pastel/lembut.
      Solusi 3- Feature wall warna yang sukai dan dinding lain dibiar putih.

  60. SALAM,,,, SAYA NAK TNYA KLAU BILIK KECIL BAGAIMANA CARA MENAMPAKKAN IA LUAS,,, BILIK NI UNTUK ADKK2X SAYA
    INGT NAK BUAT KATIL DOUBLE DECK UNTK MENGURANGKN KELUASAN BILIK TERSEBUT JIKALAU KATIL 2 SAYA NAK LETAK ATAS LAMPU KECIL BAHAGIAN ATAS KEPALA AND LETAKKAN LANGSIR DARI ATAS KATIL BAWA HNGGA KE BAWA KATIL
    HARAP BALAS,,,,
    TERIMA KASIH BANYAK2X

    • Nampak luas lebih kepada warna dinding. Warna yang cerah,lembut seperti pastel.
      Cara lain cat secara berjalur-jalur tinggi (untuk nampak tinggi) atau cat jalur secara melintang (untuk nampak lebar). Minima dua warna.

  61. saya mempunyai ruang bilik tidur yg sgt terhad, sy ingin menghias ruang bilik tdo sy dgn mengecat wall tapi sy masih buntu dlm pemilihan color utk menampakkan bilik kelihatan lebih besar. warna perabot bilik sy warna putih. sy memerlukan bantuan dr pihak tuan.

    • Warna apa yang disukai saudari?
      Lihat almari pakaian, majority warna apa? Jadikannya sebagai warna dinding. Untuk kelihatan besar warna pastel/cerah lembut.

  62. As Salam En Hazlam, saya hanis azam.. en hazlam warna perabot bilik semuanya putih termasuk almari dan katil, Apa pendapat en hazlam klu sy warnakan dinding seperti picture 1 diatas dan apakah idea yg bagus utk buatkan bilik kelihatan besar sbb sy nk letakkan cermin panjang di dinding.
    Sy perlukan pandangan En Hazlam as a designer yg berpengalaman.

    Terima Kasih!

  63. assalam..
    saya nak tanya cara nak susun bilik tidur yang ruangnya agak terhad bagi nampak tak serabut sangat. Dalam bilik ini, ada saya dengan kakak saya.
    Bilik tidur saya ada satu katil queen size dan satu katil bujang. Dalam bilik juga, terdapat satu meja solek, almari dan rak buku. Warna cat bilik tidur saya ialah warna kuning cair.
    Harap cik dapat balas..terima kasih

  64. salam..saya nk tanya pendapat ttg warna cat dinding bilik yg sesuai utk perabot yg dh siap dipasang berwarna coklat gelap..saya x suka perabot tu tp x boleh dibuang sbb jenis pasang trs melekat ke dinding..adakah katil warna putih sesuai??macam mana nk mixed or contra warna dinding dan set katil?tqvm..

  65. Salam…saya nak tanya…mcm mana saya nak luaskan bilik yg ada dua single bed…then bilik nie besertakan bilik air skali….

    • – Minimakan perabot.
      – Putihkan dinding. Warna daripada perabot dan aksesori
      – Mirror is the best way

  66. Salam. Kebanyakan perabot didalam bilik tidur saya berwarna gelap(hitam). Skrg dinding warna hijau muda n sy rse x sng dgn warna trsebut. Adakah warna trsbt sesuai dn blh mnmpkkn ruang tidur sy lebih besar?

    • Cat dinding putih semula. Cara lain warna pastel atau
      Adakah kebanyakkan perabot dalam bilik tidur perlu ada atau boleh dibawa keluar ke ruang lain /jual/derma/buang? Itulah cara bilik boleh nampak luas selain tip cermin.

  67. As salam.. saya nak tanya cara nak susun atur kedudukan katil, almari dan meja solek dalam satu bilik tidur. Bilik saya mempunyai dinding 2 tingkap dan 2 dinding penuh ( tingkap 1 bertentang dengan dinding penuh dan tingkap 2 betentang dengan dinding penuh). saya harap En.Hazlan dapat membantu dalam masalah susun atur bilik tidur saya. terima kasih

  68. Salam…bilik tidur saya sempit n ad tingkat yg jenis sliding…saya berhasrat utk wjudkn suasana yg romantik dlm bilik tidur…ape cat yg sesuai?suami cadangkan warna merah utk cat…

  69. sy nk tnya…bilik sy pnya byk perabot n wrna coklat.wrna apakah yg sesuai utk d cat semula bilik tersebut?b/mn cara sy perlu bt agar ia kelihatan luas?

  70. salam en.hazlam..mcmana nak hias/cat bilik tidur kami 4 beranak ( anak2 masih kecil)? anak2 masih tidur sebilik dgn kami dua suami isteri.. rumah kami baharu sahaja siap dan belum di cat langsung..

  71. ruang bilik ni sngt sempit dan mempunyai tingkap separuh pnjng dinding ..perabotnyer pulak besar2 .. sye tak tahu nk deko kannye.. btw warna apa yg sesuai?? klau boleh tidak mempunyai warna pastel.. sbb sye dah jemu dngn warna2 tu.. sye nk warna2 yg menarik minatt dan tdak jemu.. ala2 remaja + manja..bleh tlong tak? thankss

  72. salam. sy mempunyai 1 bilik yg tinggi dan 1 tingkap di bahagian atas skali di bahgian dinding pintu. adakah munasabah jika saya tambah 2tingkat untuk sy letakkan katil di setiap tingkat? blh x encik lakar kan idea untuk sy?

  73. rumah saya ada 2 bilik sahaja. boleh tak saya jadikan 1 bilik menjadi 2 bilik tempat tidur untuk anak lelaki dan anak perempuan saya agar Nampak menarik dan selesa.

  74. saya ada 2 bilik tidur.boleh tak saya nak buat 2 bilik tidur dalam 1 bilik untuk anak perempuan dan anak lelaki saya agar lebih menarik dan selesa tanpa sebarang masalah akan dating.

    • Pendapat saya, tidak mengalakkan anak lelaki dan perempuan berkongsi bilik. Masalah pasti akan muncul. Melainkan mereka masih kecil atau tadika.
      – Jika terdesak, buat dinding (divider). Katil asing (single) Almari pakaian asing, meja belajar asing.
      – Atau katil bertingkat. Almari sama dan meja belajar bercantum.

  75. Assalamualaikum en hazlam, saya ingin bertanya adakah warna lantai (tile) berwarna hijau lumut sesuai untuk ruang dapur? adakah tv sesuai diletakkan di ruang tengah rumah berdekatan bilik. Tq

    • Waalaikumussalam,
      -Warna lantai gelap, pastikan kabinet dan dinding warna cerah.
      – Selagi Tv tersebut tidak ganggu laluan. Atau jika rasa janggal, boleh alihkan semula ke dinding.

  76. Salam en hazlam…sy nk mintak mendapat..sy bru beli rumah teres setingkat…ruang tamu sy agak kecik tp lebar dan ade sliding…pe warna yg blh mnampakkn besar..dan warna ruang tamu tu samada nk smaakn dengn ruang mkan atau pun x..klau sy pilih warna grey lmbut sesuai x

  77. Salam. Sy nak tanya mcmana sy nak dptkn mirrored furniture mcm pic last yg tuan lampirkan tu. Puas mencari tapi tak jumpa. Terima kasih..

  78. Salam.

    Nak tanya, bilik tidur utama saya berbentuk L kerana ada tandas. Jadi, bahagian mana yang sesuai untuk dijadikan feature wall? Terima kasih.

  79. Salam

    mohon berikan cat yg sesuai untuk master bedroom untuk nampak luas n relax

    katil n almari warna kayu gelap. lantai kayu lamina coklat.
    cat dinding yg sesuai?
    perlu cat semua dinding warna sama atau satu sahaja?

    tq.

  80. Bagai mana nak susun atur perabot dlm bilik kecil. Saya ingin susun katil queen, almari baju, meja solek Dan baby coat. Perabot semua berwarna putih Dan dinding warna turquoise

  81. Hey,boleh tolong design tak bilik tidur sempit.warna bilik tu biru muda dan lantai ny bewarna ungu.jadi saya tidak tahu lagi bagaimana nak designkannya sebab ia terlalu nampak simple.

  82. assalamualaikum, bilik sya ne kecil tpi tak thu nak cat wrna apa..plan nak cat blkang katil and dpn katil wrna orange merah tpi tak thu wrna sesuai di pndankn dgn wrna orange merah?wrna cream okay tak?untuk dinding tepi katil..

  83. Salam,

    Saya nak bertanya. Ruang tamu rumah saya agak terhad. Tidak lebar..cuma memanjang ke dapur. Idea untuk mengemas ruang tamu memang agak tersekat. Macamana dengan pemilihan perabot yang sesuai dan perhiasan untuk ruang tamu seperti ini?

  84. Assalamualaikum…..sy ingin bertanya mcm mana nk bg nampk bilik luas ckit dgn adanya set bilik tidor….. keluasanny 15×10 jerr….

  85. Saya nak tanya kalau bilik saya berwarna kuning, perlukah langsir bilik terlalu tebal atau sekadar nipis sahaja? pemilihan cadar pula bagaimana?

  86. Assalam..tuan bilik utama sy terdapat 2 wall bertingkap.masaalah utuk sy aturkan katil.mcmana hiasan yg sesuai untuk kita meletakkan kepala katil arah dinding tingkap.

  87. salam.. tuan..
    sy nk tnya, warna cat apayg sesuai untuk perabot kayu? kayu warna brown gelap

  88. Sy baru beli tilam n divan storage.. ble pasang total letinggian hampir paras pinggang… rs cm pelik sgt. Patut ke sy tka tilam yg nipis skit? Current tilam 15inci.

  89. Dekat online shop mane eh yang ada jual cermin macam kat dalam gambar tu??

    • Kalau almari cermin. Ikea ada.
      Kalau perabot cermin pernah nampak di kedai perabot KARE dan SSF Home.

  90. Assalam, hi.. sy nak tnya.. bilik sy cuma ada satu plug charge dan ada betul2 sebelah pintu . dan ofcoursela sy kena beli extension cord smua sbb jauh dengan katil..bilik ni bentuk octagon.. saya xtau mcm mna nak susun almari smua ? mcm mna nak bagi wire2 extension tu nmpak kemas dan tak nampak serabut? terima kasih

    • Salam kembali.
      1) Selalu bilik jenis bukan empat segi ini, mereka akan buat built-in cabinet, built-in shelf. Supaya dapat gunakan ruang dinding sepenuhnya.
      2) Selalu bentuk octagon ini lebih kepada dinding tingkap. Jadi ruang situ selalu letak laci atau kerusi dengan meja kecil.
      3) Almari akan diletakkan di dinding lebar panjang. Kalau almari jenis 2 pintu, mudah letak di dinding lebar kecil.
      4) Extension cord bagi nampak kemas selalu akan di lekatkan di sudut dinding yang sesetengah kediaman ada skirting itu. Boleh tanya kedai Hardware cara pakukan/sangkutkan wayar di dinding.

    • Warna ke cat? Atau maksudnya wallpaper ke cat? Kalau rumah kayu memang sesuai cat. Sebab lebih pratikal, mudah dan murah.

  91. assalam..nk tnye klau blik tu dh colour wrne dark blue, agk2 wrne prabut ape yg ssuai n wrne langsir..brown okay?

    • Kalau langsir brown okey cuma jangan pilih yang gelap. Sama juga perabot (warna sesuai putih, warna kayu cerah) Sebab dinding dark blue sudah gelap.

  92. Kalau nak letak wallpper dinding sesuai dgn corak mana ya? Kalau wllpaper cmpur tapestries ok ke? Bilik akan nmpak luas ke?

    • 1.Corak ikut pilihan sendiri. Suka corak bunga pilih bunga dan sebaliknya. Cuma pastikan warnanya pastel / terang dan tidak gelap.
      2.Kalau mahu campur tapestries. Wallpaper tidak perlu bercorak sarat (sebab majoriti tapestry bercorak meriah dan sudah menjadi main fokus di dinding).
      3. Warna wallpaper boleh juga ambil dari warna tapestry.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *