Impian Menjadi Nyata bagi Figure Skate Julian Yee Zhi-Jie dan Tsao Chih-I

Julian Yee Zhi-Jie (Malaysia)

Kredit foto IG: @julianyeeee dan Anntopia

Julian Yee yang merupakan skuad luncur ais negara, telah mendapat tempat ke-6 teratas yang membuatkan dirinya layak ke Sukan Musim Sejuk PyeongChang 2018 pada 9-25 Feb 2018.

Ketika 2017 CS Nebelhorn Tropy di Jerman (pertandingan antarabangsa senior figure skating untuk kelayakan ke sukan Olimpik). Beliau mendapat markah 71.93 bagi acara Short program (figure skating). Acara free skating, di mana beliau mendapat tempat ketiga. Memberikan beliau mata 148.74 (mata yang diperlukannya untuk layak).

Serba sedikit tentang Julian Yee

  • Julian Yee Zhi-Jie, lahir pada 26 May 1997 di Kuala Lumpur. Juara lima kali pertandingan peringkat kebangsaan (2013-2017) dan telah bertanding dalam segmen akhir di tujuh ISU Figure Skating Championships, termasuk dua World Figure Skating Championships.
  • Mula berlajar ski ketika berumur empat tahun di Sunway Pyramid Ice Rink di Malaysia. Julian dan abangnya diperkenalkan sukan ski ini daripada ibu mereka, Puan Irene Cheow.
  • Pada tahun 2011, menjadi pemain ski termuda (13 tahun 10 bulan) yang menang dalam kategori Junior Men. Mengalahkan rekod lepas milik abangnya Ryan Yee Zhi-Jwen.
  • Tahun 2014, menjadi wakil Malaysia pertama ke Four Continents Figure Skating Championships yang berlangsung di Taipei City (20-25 Jan 2014) dalam kategori free skate. Merupakan antara peserta termuda dan mendapat tempat ke-23 secara keseluruhan.
  • Di 2014 Malaysia Open National Championship. Mendahului acara figure skating dan mempertahankan gelarannya untuk menjadi skater Malaysia kedua yang memenangi gelaran kategori Senior Men berturut-turut.

 

  • Di 2017 Four Continents Championships di Pyeongchang, Korea Selatan. Mendapat tempat ke-15 secara keseluruhan dan terus bergerak ke Sapporo, Jepun untuk bertanding buat pertama kalinya di Asian Winter Games. Beliau mendapat tempat ke-8 dengan mata peribadi terbaik 222.69.

“Saya terpilih oleh Persatuan Skating Ais Malaysia (ISAM) untuk menyertai 2009 Korean Dream Program di PyeongChang. Saya sangat berinspirasi kerana PyeongChang akan menjadi tuan rumah Olimpik¬† di masa hadapan dan saya mendapat peluang untuk belajar lebih tentang figure skating di Korean Dream Program.

Dengan Dream Program ini, menyebabkan saya sedar yang Olimpik Musim Sejuk ini sangat penting dan acara yang berprestij. Membuatkan saya mahu berada di sana suatu hari nanti.

8 tahun kemudian, ia benar-benar satu penghormatan dan pencapaian untuk dapat memenuhi syarat dan mengambil bahagian di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, tempat yang sama dengan Korean Dream Program.” – Julian Yee.

 

Baca: Dream Program: Program Inisiatif untuk memperkenalkan sukan musim sejuk kepada golongan muda

H.A doakan kejayaan beliau di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018. MALAYSIA BOLEH! Hwaiting!

Tsao Chih-I (Taiwan)

Kredit foto IG: @skating250

Tsao Chih-I merupakan figure skater dari Taiwan. Lahir pada 6 Oktober 1997. Beliau merupakan 2016 National Champion.Beliau layak ke segmen akhir lima World Junior Figure Skating Championships dan empat Four Continents Figure Skating Championships.

A post shared by ??? (@skating250) on

 

Kisah beliau pernah dipetik dalam ucapan Presiden Moon Jae-in (Presiden Korea Selatan) di Metropolitan, New York.

Saya ingin berkongsi kisah Tsao Chih-I dari Taiwan. Dia mengalami musim sejuk di Pyeongchang buat pertama kali dalam hidupnya ketika berusia 10 tahun. Kemudian, dia jatuh cinta dengan figure skate. Sekarang dia adalah pemain figure skate yang meningkat naik dengan menduduki ranking ke-13 di dunia. Tsao Chih-I menyatakan lawatannya ke Pyeongchang sebagai titik perubahan hidupnya. Saya percaya program yang bernilai ini harus kekal sebagai legasi Pyeongchang dan membawa kepada tradisi Olimpik Musim Sejuk, bagaimana pendapat anda? ” – Presiden Moon.

=====

Dibawakan oleh  Hazlam Anuar. Official Wow! PyeongChang! Malaysia Supporters

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *