Itinerari 2H1M BLACKPINK Road di Pulau Jeju yang BLINK boleh ikuti

Itinerari 2 hari 1 malam di Pulau Jeju ini dihasilkan berpandukan BLACKPINK Road in Jeju dalam rancangan BLACKPINK HOUSE TV episod 10 dan 11 di V LIVE. Tempat-tempat menarik  yang mereka pergi dengan berdasarkan cadangan kelab peminat (fandom) mereka yang digelar sebagai BLINK.

BLACKPINK HOUSE

Untuk maklumat pembaca, dalam website AirAsia. Jadual penerbangan Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Jeju International Airport (CJU). Didapati tiada awal pagi tiba ke Pulau Jeju.

Pada pandangan penulis. Bagi mengikuti itinerari BLACKPINK ini, sesuai dari Seoul atau Busan. Bukan terus dari Kuala Lumpur. Kerana boleh tiba awal pagi di Pulau Jeju berbanding tiba tengah hari / petang dari Malaysia.

Episod 10 BLACKPINK HOUSE TV

Dalam BLACKPINK TV, mereka berada di Gimpo International Airport (GMP) pada jam 8 pagi. Perjalanan ke Pulau Jeju mengambil masa 1 jam 10 minit .

Website: www.airport.co.kr

HARI 1

Hari pertama BLACKPINK di Jeju

 

Jeju Dongmun Traditional Market

15 minit dari Jeju International Airport ke Dongmun Market

Jeju Dongmun Traditional Market

Lokasi pertama yang mereka singgah ketika tiba di Pulau Jeju, iaitu Jeju Dongmun Traditional Market. Merupakan pasar paling besar dan tertua di Pulau Jeju.

BLACKPINK mempunyai misi di Jeju Dongmun Traditional Market

Star for Dongmun Traditional Market

 

Maze Land

46 minit dari Dongmun Traditional Market ke Maze Land

Jeju Maze Park

Mengambil masa 46 minit dari Dongmun Traditional Market ke Maze Land. Taman labirin ini yang turut menjadi lokasi  Running Man (episod 105) dan Kdrama ‘The Legend of The Blue Sea’. Menariknya taman  laluan berselirat ini mempunyai tiga jenis iaitu Whinstone Maze (bentuk  patung batu “Dolharubang’), Woman Maze (bentuk “Haenyeo”- Jeju women diver) dan Wind Maze.

Selain Maze Land terdapat labirin yang lain iaitu Kimnyoung Maze Park dan Jungmun Maze Park. Pastikan tidak keliru.

Star for Maze Park

  • Alamat: 3322 Pyeongdae-ri, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea
  • Tiket: 11,000 KRW (RM40)
  • Website: www.mazeland.co.kr

 

Hot Air Balloon Tour

30 minit dari Maze Land ke Jeju BEST Hill

Jeju Best Hill Hot Air Balloon

BLACKPINK mencuba aktiviti belon udara panas di Jeju B.E.S.T Hill (BEST singkatan untuk Beautiful Eco Site Tour). Merupakan sebuah lokasi penginapan, tapak perkhemahan dan tentunya aktiviti belon udara panas.

Star for hot air balloon tour

  • Alamat: 2109-36 Namjo-ro, Jocheon-eup, Jocheon,Jeju-do, South Korea
  • Fee: 99,000 KRW ( RM360) – 5pm
  • Website: Jejubesthill.com (Korean)

 

Jeju Shinhwa World Marriott Resort

58 minit dari Jeju BEST Hill ke Jeju Shinhwa World Marriott Resort

Jeju Shinhwa World Marriott Resort

Tempat mereka menginap  di Jeju Shinhwa World Marriott Resort. Menurut di Booking.com dan website, RM1,000+ (280,000KRW /night). 45-60 minit dari Jeju International Airport.

 

HARI 2

Hari kedua BLACKPINK di Jeju

3 Birds

Three Birds brunch cafe at Shinhwa World

Mereka mulakan hari kedua (hari terakhir di Jeju) dengan brunch di 3 Birds (country-style brunch cafe) yang bersebelahan dengan kafe GD ‘Untitled 2017’ di YG Republique Jeju Shinhwa World.

3 Birds brunch cafe interior

BLACKPINK at 3 Birds brunch cafe

Peta ke kafe 3 birds

  • Alamat: 38, Shinhwayeoksa-ro 304bun-gil,Andeok-myeon Seogwipo-si, Jeju
  • Tiket: Perlu membeli tiket masuk ke Jeju Shinhwa World
  • Website: www.shinhwaworld.com (English)

 

Tangerine Picking Farm (Jisoo & Lisa)

45 minit dari Jeju Shinhwa World Marriott Resort ke Choenamdan Gamoemul Tangerine Picking Farm

Choenamdan Gamoemul Tangerine Picking Farm

Mereka bahagikan kepada dua kumpulan. Jisoo dan Lisa ke Choenamdan Gamoemul Tangerine Picking Farm dan Jennie dan Rose memilih aktiviti berkuda.

Jisoo and Lisa at tangerine picking farm

Making tangerine jam

Star for picking tangerine farm

  • Alamat: 168, Namwon-eup, Seogwipo-si, Jeju-do.
  • Fee: 12,000 KRW (RM44)
  • Masa: 9 pagi ~ 6 petang (pintu masuk tutup jam 5 petang)
  • Website: Orangefarm
  • Facebook: ChoiNamDam

 

Hyeopjae Beach

1 jam dari Choenamdan Gamoemul Tangerine Picking Farm ke Hyeopjae Beach

Walk on the Hyeopjae Beach

  • Alamat: 329-10 Hyeopjae-gil, Hallim-eup, Jeju-si, Jeju-do
  • Website: visitjeju.net

 

 Seojjoggage vintage shop

Beberapa meter dari Hyeopjae Beach ke Seojjoggage vintage shop

Vintage shop in Jeju Island

Seojjoggage  atau dalam bahasa Inggeris iaitu (West Store) Jeju vintage shop. Berhampiran dengan Hyeopjae Beach (berjalan kaki). Jisoo dan Lisa membeli souvenir untuk Jennie dan Rose.

Cenderamata untuk Jennie dan Rose

  • Alamat: Jeollanam-do, Jeollanam-do, Hanil-ro 335 (Jangjae-ri 2447-27)
  • Instagram: @west_store_jeju

 

Horse Riding (Jennie & Rose)

22 minit dari Jeju Shinhwa World Marriott Resort ke Jeju Horseback Riding Park

Jeju Horse Riding Park

Lokasi di Jeju Horse Riding Park. Biyangboong (Biyangdo: nama pulau di Jeju) nama kuda untuk Jennie, dan Hamel, nama kuda untuk Rose.

Star for horseback riding

  • Alamat: 152-1, Nokgome-gil, Aewol-eup, Jeju-si, Jeju-do
  • Pakej: Riding Tour 33,000 KRW (RM120)- 110,000 KRW(RM400)
  • Website: Jeju Horse Riding Park (Korean)

 

St. Isidore Milk Cafe (Yooyoubudan Cream Shop)

20 minit dari Jeju Horseback Riding Park ke Yooyoubudan milk ice cream cafe

milk ice cream cafe

Pilihan Jenni dan Rose

Selepas menunggang kuda, Jennie dan Rose singgah di kafe aiskrim, St. Isidore Milk Cafe (Yooyoubudan Cream Shop). Jarak masa dalam 15-20 minit dari Jeju Horse Riding Park.

 

Aewol The Sunset cafe

Dari Uyubudan dan Hyeopjae Beach ke Aewol The Sunset cafe

Aewol The Sunset cafe

Lokasi terakhir dua hari satu malam BLACKPINK di Jeju sebelum pulang (35 minit ke airport). Aewol The Sunset cafe, merupakan kafe yang disarankan BLINK bagi melihat matahari terbenam.

Aewol The Sunset cafe interior

BLINK recommendation cafe

 

BLACKPINK di JEJU – Tamat

 

BLACKPINK Road in Jeju for sell!!!

Jisoo menjual BLACKPINK Road in Jeju. Kalau betul memang mahu beli.

TIP:

  1. Disarankan menyewa kereta berbanding menaiki bas.
  2. Panduan TIP SEWA KERETA & PANDU SENDIRI DI PULAU JEJU
  3. Menyewa teksi mengikut jam – Global Taxi
  4. Install apps peta Korea (English) di Google Play

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *