Itinerari TWICE 7 hari 6 malam di Switzerland yang ONCE boleh cuba ikuti.

TWICE di Switzerland

TWICE pada (10/4-17/4/2017) pergi bercuti ke Switzerland. Boleh lihat aktiviti-aktiviti travel (TWICE TV5 sebanyak 24 episod) mereka di V LIVE. Percutian mereka kali ini tidak lengkap kerana ketua mereka Jihyo sedang berehat dari pemulihan kakinya.

TWICE in Switzerland in (TV5) V LIVE

Sebagai ONCE ( nama fan TWICE), H.A teingin pergi ke Switzerland satu hari nanti, doakan. Mungkin secara solo atau keluarga atau dengan rakan. Artikel ini dihasilkan sebagai rujukan H.A satu hari nanti dan bagi pembaca-pembaca blog atau ONCE yang ingin melancong ke Switzerland cara TWICE. Boleh juga jadikan ini sebagai salah satu rujukan itinerari. Jom!

Hari 1 (Isnin- 10/4/2017)

  • TWICE tiba petang di Zürich Airport, Switzerland. Kalau kita dari Kuala Lumpur International Airport (KUL) ke Zurich-Kloten Airport (ZRH) perlu transit satu kali.
Contoh flight dari KL ke Zurich

Contoh flight dari KL ke Zurich : sumber cheapflights.com.my

  • TWICE  dari airport ke Bern menaiki bas (perjalanan mengambil masa 2 jam).
  • Train Zürich Airport > Bern (dalam 1 jam 20+).
Zurich Airport ke bandar Bern

Zurich Airport ke bandar Bern

Hotel Bellevue Palace

Hotel Bellevue Palace – photo credit bellevue-palace.ch

  • Nota:Kalau travel secara bajet, kita  boleh memilih hostel/dorm.  Anggaran harga RM180-RM470 semalam.

Hari 2 (Selasa- 11/4/2017)

BERN

Pemandangan Old Town Bern

Bern view – photo credit myswitzerland.com

  • Sarapan dan check out.
  • Pagi pertama di Bern, mereka mempunyai misi berbelanja 10 Swiss Franc (RM45.20) dan ada menerima duit 100 Franc (RM452) secara rahsia daripada staf. Mereka menuju ke pasar pagi dan street market. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang dijual seperti bunga, buah-buahan, souvenir, pakaian dan lain-lain.
  • Mereka kemudian melalui deretan kedai dan membeli aiskrim dan coklat. Di pasar, ke semua mereka ingin membeli souvenir untuk Jihyo.  Salah seorang ahli, iaitu Dahyun (membeli katak yang memegang bendera Swiss; 50 Franc=RM226)

Photoshot TWICE di sebuah jalan Old Town Bern

  • Menara Jam Zytglogge yang berusia 800 tahun. Boleh memasuki menara jam dan naik ke platfom pemerhati dengan dapat melihat landskap menarik bandar Bern (CHF 15= RM67). Mereka turut melakukan persembahan tarian ‘Knock, Knock.’

Melakukan persembahan di depan menara jam Zytglogge

Zytglogge watch tower

Menara Jam Zytglogge – photo credit Avelino Pellufa

Panorama Bern dari menara jam Zytglogge

  • Bergerak menuju ke Münsterplattform yang mempunyai pemandangan yang menarik.

Pemandangan dari Münsterplattform

  • Perjalanan seterusnya ke Berner Munster Cathedral (gereja terbesar di Switzerland). Mereka mengadakan kuiz dan melakukan persembahan tarian lagu ‘Knock, Knock’ di depan gereja.

Berner Munster Cathedral – photo credit Martin Gygax

  • Makan tengah hari di Kornhauskeller. Restoran mewah yang popular di Bern dengan  senibina Baroque . Sempat bermain Mafia games (permainan kegemaran TWICE).

Perjalanan TWICE di sekitar bandar Bern

  • Selesai makan tengah hari, mereka menaiki dua kali trams  menuju ke Rosengarten (Bern Rose Garden). Taman yang mempunyai pemandangan bandar Bern. Mereka bermain permainan dan kuiz sekali lagi.

Kornhauskeller ke Bern Rose Garden

Photoshot TWICE di Rosengarten dengan latar bandar Bern

  • Selesai di Bern Rose Garden (Rosengarten), mereka menuju ke bandar Montreux.
  • Sumber : Bern
  • Nota: Terdapat 8 lokasi masjid. Sumber: salatomatic.com
  • Nota: Terdapat 24 restoran halal. Sumber: zabihah.com

BERN > MONTREUX

Dari Bern ke Montreux

  • Train Bern ke Montreux ( 1 jam 30+ minit).
  • Kelihatan mereka parking bas di stesen Chexbres Village dan berjalan menuju ke tempat makan.
  • Makan malam di Le Baron Tavernier (Le Deck). Restoran lereng bukit yang mempunyai permandangan indah Tasik Lac Leman.

Lokasi restoran Le Baron Tavernier (Le Deck)

Daripada video cam Jeongyeon di Le Deck

Dari restoran Le Baron Tavernier ke Hotel Eurotel Montreux

  • Dari restoran, mereka menuju ke hotel Eurotel Montreux (RM800-RM1500/semalam).

Eurotel Montreux hotel

  • Nota: Penginapan bajet sekitar bandar Montreux (RM180-RM500/semalam)

Hari 3 (Rabu- 12/4/2017)

Dari Eurotel Montreux hotel ke Chaplin’s World

  • Pagi kedua di Montreux. Checkout dan  menuju ke Chaplin’s World. Di sini terdapat muzium, bilik tayangan, kedai souvenir. Harga tiket dewasa 24 CHF (RM108)
  • Persembahan tarian ‘Knock, Knock’ dan kuiz turut diadakan di sini.

Charlie Chaplin Museum

Dari Chaplin’s World ke Laderach chocolatier suisse

  • Dari Chaplin’s World ke Laderach chocolatier suisse di Vevey.

Kilang coklat Laderach chocolatier suisse di Vevey

  • Kedai coklat Laederach. Nayeon yang sukakan coklat paling teruja! TWICE turut melakukan aktiviti menghasilkan coklat bar (Tofu dan Mina menang) selain membeli-belah coklat.

TWICE sedang menyiapkan hiasan coklat bar

Dahyun memberikan maksud coklat barnya

  • Sumber: Laederach
  • Dari Kilang/ kedai coklat. Mereka menuju ke Chillon Castle.

Laderach ke Chateau de Chillon

  • Chateau de Chillon yang terletak di Veytaux. Harga tiket bagi dewasa 12.50 CHF (RM56)
  • Sumber: Chillon

Chanteau de Chillon, photo credit  Jean-Marc Bruchez

Photoshot TWICE di Chateau de Chillon

  • Selesai melihat sekitar istana. Mereka berjalan keluar beberapa meter di lokasi berhampiran untuk berpiknik.

TWICE berpiknik berdekatan Chillon Castle

  • Selesai berpiknik, mereka kembali ke bandar dan menuju ke Freddie Mercury’s statue. Freddie Mercury merupakan seorang vokalis kumpulan rock lagenda, Queen.

Chillon Castle ke Freddie Mercury statue

Freddy Mercury statue with TWICE

  • Membeli kudapan di pasaraya Denner yang berada di dalam bangunan berdekatan patung Freddie Mercury. Kerana perjalanan seterusnya mengambil masa 2 jam dan sekitar tempat penginapan di Mürren tiada gerai.

Freddy Mercury statue dan Pasaraya Denner

  • Nota: Restoran halal di Restaurant Aladin, Rue du Lac 8, 1800 Vevey, Switzerland dan Minute Kebab Montreux di Avenue des Alpes 10, 1820 Montreux, Switzerland.

MONTREUX > MURREN

Montreux ke Mürren

  • Montreux ke Mürren mengambil masa  2 jam lebih.
  • Train Montreux ke Lauterbrunnen ( 2 jam 40+ minit).

Mürren_view credit photo Cristo Vlahos

  • Tiba di Stechelberg dan menaiki cable car (Schilthorn Cableway) menuju ke Mürren. CHF 82.20 (RM371)
  • Ke penginapan di Hotel Edelweiss Mürren (RM650-2000/semalam).

Kampung Murren dan ke hotel Edelweiss Mürren

Hotel Edelweiss Mürren – photo credit edelweiss-muerren.ch

Photoshot TWICE di Mürren.

  • Nota: Penginapan bajet berada di luar perkampungan Mürren (RM160-RM700/semalam)

Hari 4 (Khamis – 13/4/2017)

  • Pagi. Meriah dengan drama SAIDA (Sana dan Dahyun). TWICE menaiki cable car dari Mürren > Birg > Schilthorn yang berketinggian 2970m aras laut. Merupakan lokasi popular filem 007 James Bond: On Her Majesty’s Secret Service (1969).

Cable car – credit photo myswitzerland.com

Dari Mürren ke Birg ke Schilthorn

Schilthorn – credit photo myswitzerland.com

  • Melakukan persembahan ‘Knock, Knock’ di ketinggian 2970 meter!
  • Makan di restoran berputar 360° Restaurant Piz Gloria dengan menu 007 Brunch. Turut mempunyai kedai souvenir yang menjual pisau lipat pelbagai guna yang popular (Swiss Army Knifes).
  • Dengan cable car, kembali menuju ke Stesen Birg. Aktiviti popular  di Birg seperti SKYLINE WALK dan Thrill Walk. Dahyun merupakan ahli yang paling penakut. Kesian Tofu.

Cabaran di Thrill Walk di Birg

Photoshot TWICE di sekitar Birg

Hari 5 (Jumaat – 14/4/2017)

MURREN > LUCERNE

  • Sarapan di hotel (sempat bermain games) dan check out.
  • Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih dengan bas.
  • Train Lauterbrunnen ke Luzern (2 jam 20+ minit).

Dari Murren ke Luzern

  • Ke jeti Luzern Bahnhofquai di Lucerne untuk menaiki Lake Lucerne Boat Trip  ( Rujukan pakej ). Melihat panorama sekitar tasik selama sejam dengan turut disediakan makanan. Mereka lunch di atas bot.
  • Dahyun dan Tyuzu (TO-TZU) menjadi tour guide dengan berpakaian tradisional Swiss.
  • Sumber : Lakelucerne

Jeti Luzern Bahnhofquai ke hentian Vitznau. Dari situ ke Mount Rigi dengan cogwheel railway

  • Tiba di Vitznau untuk menaiki cogwheel railway (train) menuju ke Gunung Rigi. Mengambil masa 30 minit. Berhenti di stesen Rigi Staffel.

TWICE menaiki cogwheel railway ke Gunung Rigi

  • Sumber: Rigi
  • Dari tempat perhentian, mereka menuju ke suatu tempat untuk mencuba alat muzik tradisional Switzerland ‘Alphorn’.

TWICE mencuba Alphorn – alat muzik tradisional Switzerland

  • Selepas itu, BBQ dinner serta ada kimchi (mungkin dari staf TWICE) di restoran BärgGnuss yang berada atas gunung berhampiran stesen Rigi Staffel.

Dari restoran menuju ke tempat penginapan di Campus Hotel Hertenstein

  • TWICE menginap dua malam di hotel Campus Hotel Hertenstein, Weggis. (RM900-RM3000/semalam)

Campus Hotel Hertenstein – photo credit  myswitzerland.com

  • Nota: Bagi yang travel bajet, boleh menginap di bandar Lucerne terus. Penginapan dalam RM280-RM2000/dua malam.

Hari 6 (Sabtu – 15/4/2017)

RIGI > LUCERNE

  • City Tour di Lucerne. TWICE tour bermula dengan melawat Lion Monument.

Dari Campus Hotel Hertenstein ke The Lion Monument

Terdapat restoran halal berdekatan  Lion Monument

Lion Monument

Lion Monument (Löwendenkmal): Photo credit Andrew Bossi

  •  Pergi ke The Glacier Garden yang berada berhampiran dan turut memasuki Mirror Maze yang dibina dengan 90 cermin pada tahun 1896 yang sungguh memeningkan dan boleh sesat!
TWICE berada dalam Mirror Maze

TWICE berada dalam Mirror Maze

Perjalanan TWICE di bandar Luzern

  • Kemudian , bersiar dan membeli-belah saat akhir sekitar bandar Luzern, melawat gereja dan Chapel Bridge (jambatan kayu tertua di Eropah).

Chapel Bridge (Kapellbruecke): Photo credit Simon Koopmann

  • Mereka kembali ke Campus Hotel Hertenstein bagi menyiapkan album foto diari kembara mereka dan membaca diari yang mereka tulis bersama selama di Switzerland.

Penutup TWICE di Switzerland

 

Hari 7 (Ahad – 16/4/2017)

  • Tiada video, tetapi menganggap mereka kembali ke Korea Selatan pada esoknya. Kita pula boleh pulang ke Malaysia atau boleh sambung travel ke negara Korea pula. 🙂
  • Train Luzern ke Zurich Airport (1 jam 3+ minit).

Anggaran kos individu seminggu

  • Kapal terbang: RM2500- RM3500 (return)
  • Tempat tinggal: RM1000 untuk lima malam (Booking.com)
  • Pengangkutan: RM1000 (Swiss Travel Pass)
  • Makanan: RM700 (anggaran makan tujuh hari)
  • Pelbagai (Entrance & Souvenir) : RM1000
  • JUMLAH : RM 6500- RM7000

 

Maklumat tambahan

  • Ibu negara: Bern
  • Mata wang: Swiss Franc (CHF) 1 = RM4.52 (July 2017)
  • Perbezaan waktu : Malaysia 8 jam awal.
  • Plug jenis: Swiss hexagonal three pin plug/ European hexagonal two pin plug.
  • Popular dengan: Coklat, jam , Banjaran Alps, keju, bank, Red Cross, Swiss Army Knifes, ski dan train/trams.
  • Bahasa: German, Perancis, Itali dan Romansh.
  • Waktu solat Swiss rujuk: islamicfinder.org
  • Tourist Information (map / info etc)
  • Swiss Travel Pass. 216-412 CHF (RM974-1900)

 

 

Related posts:

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *