Jangsaengpo Whale Museum – Muzium Ikan Paus Pertama dan satu-satunya di Korea

Filem Free Willy (1993) terlintas di ingatan ketika melawat Jangsaengpo Whale Museum yang terletak di Namgu, Ulsan, Korea. Selain merasa sedih tentang pemburuan ikan paus yang berlaku pada zaman 70an.

Disebabkan waktu kami ke sini hujan, kami tidak dapat bersiar-siar diluar ( banyak tarikan di sekitar seperti Whale Experience Hall dan Jangsaengpo Whale Culture Village).

Kelihatan bangunan Whale Experience Hall dan kapal pemburuan ikan paus JinYang No.6

Jangsaengpo Whale Museum

Killer Whale skeleton

Muzium Ikan Paus Jangsaengpo ini merupakan pertama dan satu-satunya muzium khas untuk ikan paus di Korea.

Muzium ini mengumpul, menjaga, dan memaparkan bahan dan artifak berkaitan ikan paus yang ketika itu hilang pada zaman pengharaman pemburuan ikan paus pada tahun 1986.

Dirasmikan pada 31 Mei 2005, bagi menghidupkan semula sejarah bandar ikan paus.

Bahagian-bahagian tulang yang terdapat pada seekor ikan paus
Bryde’s Whale skeleton dengan kepanjangan 12.4m dan berat 14.6t
Sebahagian beberapa spesimen porpoise
Hasil-hasil yang diperolehi daripada ikan paus
Produk yang mempunyai bahan daripada ikan paus
Senjata dan alatan pemburuan ikan paus
Bangudae Petroglyphs (national treasure 285th) dengan terlihat hidupan laut seperti ikan paus

Tiket Masuk

  • Kaunter Tiket: 9.00 pagi ~ 5.30 petang
  • Masa Operasi: 9.00 pagi ~ 6.00 petang
  • Tutup: ISNIN , Lunar New Years & Chuseok.
  • Harga: 2,000 Won (Dewasa 20 tahun ke atas), 1,500 Won (Remaja 14~19 tahun) dan 1,000 Won ( Kanak-kanak 36 bulan ~ 13 tahun)

Cara ke sini

Train

KTX > Ulsan Station > Bus limousine 5004 > take off at Shinbok Rotary > Jangsaengpo Whale Museum.

Bus

Ulsan Express Bus Terminal > Bus 246 > Jangsaengpo Whale Museum

Ulsan City Tour Bus

Website:http://ulsancitytour.co.kr

Rujukan:

Website: http://www.whalecity.kr (Korean) , www.ulsanonline.com , https://www.visitkorea.com.my/ulsan/

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *