Jenis-Jenis Pembahagi Ruang Berkembar

Soalan pembaca:

“Ruang tamu rumah saya panjang , boleh tak diletak pengadang untuk mengasingkan ruang tamu dan menonton .”

Pengadang (rak buku) antara ruang tamu dan ruang makan

Pengadang (rak buku) antara ruang tamu dan ruang makan

Jawapan:

Boleh, dan ada juga yang mengunakan pengadang untuk memisahkan ruang tamu dan ruang makan. Pengadang ini pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

1)Penghadang kekal. Seperti tiang-tiang kayu yang disusun sebaris. Partition kayu yang polos atau berukiran dan skrin kaca atau blok-blok kaca. Penghadang jenis ini memerlukan kos yang tinggi dan memakan masa. Juga boleh menyempitkan ruang. Jenis ini selalunya sudah sedia terbina di kediaman yang luas ruang dalamannya seperti banglo.

pengadang kekal_panel kayu

pengadang kekal_panel kayu

Blok-blok kaca

Blok-blok kaca

2)Penghadang tidak kekal. Seperti meja konsol, rak buku, bead curtain, panel skrin (bahan kayu atau wrought iron yang berpanel 3, 4 atau 5). Penghadang jenis ini berkos rendah dan pemilihan pengadang ini perlu sesuai dengan konsep sedia ada kediaman.

Contoh, kediaman konsep oriental, pengadang kayu berpanel dengan lukisan/ukiran Cina amat sesuai.

Panel kayu berukiran lukisan cina

Panel kayu berukiran lukisan Cina

Meja konsol_IKEA

Meja konsol_IKEA

Rak EXPEDIT_IKEA

Rak EXPEDIT_IKEA

bead curtain_langsir berjurai

bead curtain_langsir berjurai

 

Photo credit: ooh_food, trustmeiamnotageek, GmanViz, Robin Green Eye, Chris Ting – Sydney

 

Hazlam Anuar

Penulis Blinkbook, desainer dan ilustrator. Blog tentang dekorasi, penulisan dan pelancongan. Buku-buku yang pernah diterbitkan 'Mudahnya Google SketchUp, Projek Dekor-Dekor Ain Maisarah, Aku Mahu Banglo Pink, Aku Mahu Diari Pink.' Buku bergambar kanak-kanak ' Ayah, apa itu?'

3 Comments

  1. Kalau rumah tEres , pembahagi ruang apa yg sesuai untuk buat sbg partitiion antara meja mkn n ruang tamu?

    • Sama juga seperti yang dinyatakan dalam artikel ini. Selalunya kita mahu lihat, adakah kita suka pembahagi yang menghalang pandangan atau tidak. Jika tidak, pilih meja konsol berserta bunga hiasan yang rendah sebagai pembahagi.

  2. dimana saya bole beli penghadang 4berkembar yg lebar dan tidak mudah jatuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *